Isnin, 1 Jun 2020

MULA MEMBUANG HABUK DAN SAWANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sudah terlalu lama rasanya Cik TK tak muncul di sini. Dah terlalu tebal dengan habuk dan penuh dengan sawang sebab seronok En.Spidey bersama geng-gengnya berpesta si sini.

Banyak perkara yang berlaku sepanjang beberapa tahun ni. Segala suka, duka, gembira, gelak, tawa, liku, rintangan, halangan semuanya ada. Apapun yang jadi kita harus sentiasa positif menuju ke depan. Yang terkini, kita semua menghadapi PKP dan PKPB disebabkan oleh wabak Covid19. Jadi beberapa bulan ni apa saja yang kalian semua buat di rumah? Macam Cik TK, Cik TK masih lagi berada di rumah (Work From Home sehingga diberitahu). Nanti jika Cik TK rajin Cik TK up satu entry pasal apa je yang Cik TK buat sepanjang masa berada dirumah.

Sebenarnya Cik TK secara tidak sengaja terbuka kembali blog yang bersawang ini dan tergerak di hati untuk membaca beberapa entri lama yang mana ianya membuatkan Cik TK teringat kenangan-kenangan lama yang telah Cik TK lupakan. Dan disebabkan itulah Cik TK rasa nak cuba untuk kembali menulis walaupun hanya untuk Cik TK sendiri baca. Disamping itu, Cik TK juga ingin memperbaiki juga cara penulisan Cik TK. 

Sebagai permulaan, Cik TK rasa sampai di sini saja dulu pertemuan kita. Oh ya! Masih tidak terlambatkan untuk Cik TK mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang beragama Islam dan juga Selamat Hari Gawai pada kalian yang menyambutnya hari ini. Sambut perayaan biar berpada jangan lupa pakai mask, sentiasa cuci tangan dan amalkan penjarakkan sosial ya!

Jumpa lagi di entry akan datang!

selamat hari raya, selamat hari gawai
Cik TK baru saja download aplikasi Canva, saja nak cuba edit grafik menggunakan Canva.
Nanti Cik TK up satu review pasal aplikasi Canva ni.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Dipersilakan kepada semua untuk tinggalkan komen dan pendapat kalian di sini. Nak tinggalkan jejak di sini pun boleh! Nanti Cik TK blogwalking ke sana ya!