Advertisement

TIPS SUPAYA SPAGETTI TIDAK MELEKAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebagai peminat masakan pasta, kadangkala pasti stress bila hidangkan asing dengan kuah, mee pasta itu melekat antara satu sama lain. Oh, Cik TK selalu hidangkan mee dan kuah asing. Contohnya spagetti carbonara. Sebabnya senang orang dirumah nak kaut sebanyak mana mee dan kuah ikut citarasa masing-masing. 


Cik TK biasanya rebus pasta guna sedikit garam. Kemudian tunggu air menggelegak dulu baru masukkan mee pastanya. Satu lagi, jangan patah-patahkan mee pasta tu ya.

Kemudian setelah masak bila angkat, Cik TK lalukan bawah air dan toskan. Kemudian letak sedikit minyak (biasanya minyak zaitun) dan gaul rata. Sebabnya Cik TK lalukan bawah air tadi tu biasanya sebab Cik TK biasanya tak terus makan. Lepas masak (spesis masak awal) tu tunggu semua orang ada baru makan sama-sama.

Sekiranya untuk makan terus, tak lalukan bawah air pun tak apa. Lepas angkat terus toskan dan boleh terus guna.

Kalau ada lebih pula, cara simpannya ialah gaulkan dengan sedikit minyak zaitun supaya tidak melekat dan simpan dalam peti sejuk. Kalau awal-awal lagi sudah gaul dengan minyak zaitun, tidak perlu letak minyak lagi dan boleh simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan akan datang.








Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. ammi pun lalukan bawah air gak utk matikan proses memasak dia tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik TK pun.. sebabnya bila tak buat macam tu, dia suka melekat

      Padam
  2. memang kene boh minyak baru tak melekat.... kalau melekat aduh tensin

    BalasPadam
  3. Ai masukkan terus minyak masa nak rebus tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik TK pun ada buat, tapi still melekat lepas biar lama

      Padam
  4. Stress oooo kalau spaghetti melekat. Saya bubuh minyak dalam periuk time rebus spaghetti tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik TK pun, tapi kadang2 masih melekat la Amie.. huhu.. stress dibuatnya

      Padam
  5. ooo mcm tu..tq cik TK atas tips ni..ya

    BalasPadam
  6. tips ni mmg bergunaa!! sbb mine always melekat

    BalasPadam
  7. yg gaul dgn minyak tu mmg selalu buat. even celur mi kuning pun sy buat jg...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mee kuning juga ye.. ooo boleh buat juga nanti ni...

      Padam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!