Assalamualaikum dan salam sejahtera…
#Entri kali ini ditulis berdasarkan World Wildlife Day yang berlangsung pada 3 Mac setiap tahun. Entri ini dijadikan sticky post dan untuk membaca entri baru sila skroll lagi ke bawah.
#Entri kali ini ditulis berdasarkan World Wildlife Day yang berlangsung pada 3 Mac setiap tahun. Entri ini dijadikan sticky post dan untuk membaca entri baru sila skroll lagi ke bawah.
Red panda. Picture source |
Di dunia ini banyak jenis hidupan flora dan fauna yang
kita boleh jumpa. Di darat kita boleh jumpa pelbagai spesis mamalia, reptilia,
burung, amfibia, tumbuhan dan sebagainya. Di air juga wujudnya pelbagai hidupan
akuatik. Dan sebenarnya masih banyak yang kita belum kenali.
Wujud dalam pelbagai warna dan saiz. Ada yang besar
seperti ikan paus dan gajah dan ada yang kecil seperti semut. Wujud dalam
pelbagai keunikan juga. Ada tumbuhan yang bersifat karnivor, ada serangga yang
mengalami metamorphosis, ada yang mampu memancut racun dari mata sebagai
pertahanan mereka dan banyak lagi. Memang unik dan indah ciptaan Allah.
Akan tetapi, pada masa kini akibat pelbagai aktiviti
dan kerakusan manusia itu sendiri flora dan fauna kini menghadapi masalah pengurangan
populasi dan kepupusan. Seperti contoh, jerung. Saban tahun, memang tak
dinafikan terdapat BEBERAPA kes manusia yang mati akibat jerung. Akan tetapi,
dalam tempoh 10 tahun ini, JUTAAN jerung mati diburu manusia. Kenapa?
Sirip dan dagingnya dijadikan makanan, giginya dijadikan perhiasan, dan jerung
punya liver oil jadi bahan pembuatan kosmetik dan ubat.
Jerung, berbahaya tetapi diancam. Picture source |
Itu baru satu contoh. Bagaimana pula dengan haiwan
lain? Penyu, harimau, gajah, beruang matahari dan sebagainya. Itu baru spesis
dalam Malaysia. Belum lagi luar negara. Sebelum ini juga sebenarnya terdapat
banyak spesis yang telah mengalami kepupusan. Contohnya seperti Quagga dan Thylacine. Pernah dengar nama-nama tu? Mesti ramai yang tak pernah kan? Okay, video di bawah menunjukkan
spesis-spesis yang telah pupus dan yang diancam kepupusan:
Hidupan liar haruslah dilindungi supaya mereka tidak
lenyap dari muka bumi ini. Mereka haruslah dilindungi supaya generasi akan
datang dapat melihat dan mengenali mereka, bukan hanya dari buku dalam seksyen ‘hidupan
yang sudah pupus’. Banyak yang boleh kita lakukan untuk bantu lindungi hidupan
liar ini, antaranya:
Lindungi
habitat mereka
Kehilangan habitat merupakan salah satu punca utama kepupusan
hidupan liar. Seperti contoh, pembalakan haram dan tak dikawal. Aktiviti ini
akan menyebabkan tumbuhan tertentu musnah dan haiwan kehilangan tempat tinggal
mereka. Disebabkan ini kadangkala terdapat kes haiwan liar seperti harimau
muncul dikawasan penduduk, dan sebagainya.
Perlahankan
kenderaan dikawasan yang dilalui mereka
Memandu laju dikawasan ini sudah pastinya akan membawa
malapetaka kepada haiwan yang sedang melintas, dan mungkin kepada pemandu itu
sendiri bergantung kepada jenis haiwan yang lalu di situ. Bayangkan jika yang
lalu itu gajah besar dan pemandu panju laju di selekoh tak sempat nak brek.
Agak-agak siapa yang lenyek? Cik TK sendiri pernah ada pengalaman hampir terlanggar
sekumpulan babi hutan disuatu malam yang gelap tiada lampu jalan berdekatan
hutan, walau sempat mengelak ianya masih pengalaman yang menakutkan.
Kurangkan
penggunaan racun
Memang tak dinafikan penggunaan racun serangga
sememangnya menghindar tumbuhan yang dijaga diganggu serangga. Tetapi kesannya boleh
dilihat apabila terdapat haiwan lain yang memakannya. Terdapat haiwan yang
lemah untuk menentang kesan racun serangga dan mati. Racun serangga biasanya
mengambil masa untuk proses degradasi, maka ia mungkin boleh terkumpul di dalam
tanah dan mampu mengganggu kitaran makanan.
Laporkan jenayah
hidupan liar
Jangan sesekali terlibat dengan jenayah penyeludupan dan
penjualan hidupan liar secara haram. Haiwan yang patut dilindungi juga tidak
patut diburu dan dibunuh untuk kepentingan sendiri.
Di Malaysia terdapat akta-akta yang berkuatkuasa
melindungi hidupan liar seperti Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Wildlife Conservation
Act 2010) yang digunapakai di Semananjung Malaysia dan Labuan. Di Sarawak pula
menggunakan Wild Life Protection Ordinance 1998 dan di Sabah menggunakan Enakmen
Pemuliharaan Hidupan Liar Sabah 1997. Perlindungan hutan di semua negeri pula
mengikut akta National Forestry Act 1984.
Sebarang aduan dan jenayah hidupan liar yang berlaku
boleh dilaporkan kepada pihak PERHILITAN,
WWF
dan lain-lain organisasi yang terlibat.
Dari laman web WWF. Picture Source
|
Jangan buang
sampah merata
Pembuangan sampah sesuka hati mampu membunuh haiwan liar.
Contohnya, plastik yang dibuang ke dalam laut, sekiranya tertelan secara tidak
sengaja oleh penyu yang menganggapnya sebagai makanan, penyu tersebut boleh
mati tercekik. Membuang sampah yang tidak kena pada tempatnya bukan saja
memudaratkan hidupan liar, malah manusia juga. Sistem saliran yang tersumbat
akibat sampah boleh mengakibatkan sistem saliran tersebut tersumbat dan banjir
boleh berlaku.
Sertai
aktiviti sukarela
Aktiviti sukarela seperti program cakna pantai
(membersihkan pantai) bukan sahaja membantu mengembalikan nilai estetika
pantai, malah mampu menyelamatkan nyawa hidupan akuatik. Ingat contoh yang Cik
TK baru nyatakan tadi pasal penyu tercekik plastik? Korang boleh join aktiviti
sukarela dalam pelbagai organisasi seperti WWF, MNS, MyCAT dan sebagainya.
Baiklah, sampai sini saja entri kali ini. Terima kasih
sudi baca. Jumpa lagi dalam entri akan datang.
p/s:
Dah lama Cik TK tak tulis entri mengenai alam
sekeliling kita, kan? Sebelum ini Cik TK pernah tulis mengenai beberapa jenis
tumbuhan dan hidupan liar. Boleh rujuk link entri-entri Cik TK di bawah ini dan
Cik TK rasa macam nak tulis balik entri sebegini untuk memperkenalkan korang
dengan lebih banyak keunikan alam ini:
· Entri lalu - Fauna
· Entri lalu - Flora
* Bila Cik TK tengok balik entri-entri lama, terasa
perbezaan ketara pada tahap kematangan dan cara penulisan entri-entri tersebut.
Malu seyh!
** Salah satu dari spesis tumbuhan yang dinyatakan dalam entri lalu itu
terlibat dengan Projek Akhir Tahun masa di universiti. Kenangan sungguh. Hehe~
Agak-agak yang mana tu ek?
13 Ulasan
JOM JOIN CONTEST:)
BalasPadamhttp://biskutmarry.blogspot.com/2014/03/jom-join-contest-my-bff-me.html
blogwalking siang hari
BalasPadamKita pun turut kena berusaha demi menyelamatkan haiwan2 ini daripada terus pupus dari muka Bumi ni.
BalasPadam@Wafi Remli
BalasPadamSama-samalah kita usaha!
@single is better Wah ada contest ek? Nanti ada masa saya join..
BalasPadam@Ahmad Afandi Hai, selamat datang!!! ^~^
BalasPadam1st time baca blog yg banyak cerita pasal pencinta alam mcm nie.. keep up the good work.. >_<
BalasPadam@Hafiza AizZawa Thanks Fiza sudi baca! Yes, I will!
BalasPadamSaya suka dgn nukilan Cik TK. Walaupun ianya fakta, tp xmembosankan. All the best Cik TK. ^-^
BalasPadam@Aisyaaa Terima kasih Aisyaa!!! ^~^
BalasPadamHai Cik TK...salam kenalan...
BalasPadam@Ana Solehah DI Hai ana.. salam kenalan!
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamJangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!