(   ̄)y―oo0O0O〇○**

Monday, 26 December 2011

PENANGAN HEBAT SI CHARLIE

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Korang semua pernah tak dengar pasal Kumbang Charlie? Siapa di antara korang yang dah pernah kena dengan gigitan bisa si Charlie ni?

Bukan Charlie yang ini ya!
Okay, untuk sesiapa yang belum pernah dengar pasal Charlie, mari TK perkenalkan dulu apa itu Kumbang Charlie tu...


Nama Am: Kumbang Rove, Charlie, Semut Senai, Semut Kayap, dll
Nama Saintifik: Paederus fuscipes Curtis

Kumbang ini mempunyai toksin yang dikenali sebagai 'pederin' yang mempunyai 12 kali tahap keracunan berbanding venom ular tedung.  Persentuhan dengan kumbang ini semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan  konjunktivitis dan penyakit  kulit yang teruk yang dikenali sebagai 'dermatitis linearis', 'paederus (kumbang rove/staphylinidae) dermatitis', 'whiplash dermatitis' dan sebagainya. 



Tadi TK baca blog kawan TK, dan dia beritahu dia baru kena gigitan charlie. Kali ketiga dah katanya... Ini mengingatkan TK yang TK pun dah pernah kena sekali. Tahun lepas kalau tak silap… Kena dekat muka, sebelah kiri antara mata dengan rambut. Waktu kena tu, sememangnya dahsyat! Mula-mula ingatkan ruam, lepas tu jadi macam kesan melecur pula. Pedih rasanya, campur pula gatal-gatal, Kena pula waktu tengah sibuk dengan macam-macam aktiviti.

Masa TK kena tu, sebenarnya ramai je kawan-kawan TK kena juga. Kecoh juga la satu asrama perempuan masa tu ramai yang kena gigit dengan si Charlie ni… Oleh sebab TK tak pergi jumpa doktor, TK cuma dapat sapu ubat gatal yang biasa TK pakai je. Kalau tak silap la masa tu dalam seminggu dua elok da, cuma parutnya susah nak hilang.

Apapun, nanti kalau korang jumpa si Charlie ni, jangan pergi dekat-dekat dengan pula dengan serangga tu... Melainkan kalau korang nak merasakan kedahsyatannya, SILAKAN...!

2 comments:

pha is said...

penah tengok, tapi alhamdulillah, x penah kena lagi.. hehehe

TK said...

@ pha is
TK pernah dah kena sekali... hukhuk~ 'sedap'!