Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Pagi tadi semasa Cik TK makan roti canai bersama kawan Cik TK di warung, kelihatan seorang mamat berbaju merah yang hensem mengalahkan Brad Pitt datang menuju ke meja di belakang Cik TK. Okay, Cik TK bukan nak cerita pasal mamat tu. Cik TK nak cerita pasal apa yang dia order.
Akak kedai tu berjalan perlahan ke arah mamat tu membawa sehelai kertas kecil bersama sebatang pen, lalu bertanya ‘Minum apa?’. ‘Kasi teh ais satu’, kata mamat tu. ‘Makan?’, akak tu tanya. ‘Roti jantan satu ye kak’, mamat tu kata.
Cik TK dan kawan Cik TK yang duduk dekat dengan mamat tu terus berpandangan sesama sendiri. ROTI JANTAN? APA TU? Siriyes Cik TK memang tak pernah dengar.
Ingatkan kami je yang tak tahu. Rupanya akak kedai tu pun sama! ‘Apa itu?’, akak tu tanya kat mamat tu. Mamat tu terdiam sekejap. Lepas tu dia kata, ‘itu roti telur kasi 2 telur…’. ‘Oh, cakap la roti telur dua!’, akak tu kata. Mamat tu sambung, ‘Bukan dua roti telur. Satu je roti telur, tapi time buat tu letak la dua telur!’
Oh, baru lah Cik TK dan kawan Cik TK faham. Itu rupanya Roti Jantan! Tapi kan, pelik la… Kenapa bagi nama roti jantan? Cik TK pun search la kat gugel, ada yang kata, namanya roti jantan sebab orang lelaki ada dua telur. Alamak! Cam lucah pula TK rasa!
Roti jantan dah ada. Lepas ni mungkin ada roti betina pula ek~ Haha!
23 Ulasan
hahahahaaa.. lucahhh
BalasPadamHehe...kali pertama dgr org buh nama roti jantan.
BalasPadam1st time dgr nie.. hehe
BalasPadamhaha teeetttt... apa itu
BalasPadamtah.,..mcm lucah je!! haipppp!!
BalasPadam@Kotak bulat
BalasPadamhaha! agak lucah kan! ntah cam ne org kasi nama ni...?
@Adry@Daun
Tu la, TK pun kali pertama gak dengar ni.
@KorN
TK pun kali pertama gak dengar ni
@FITRAH JAMIL
teetttt.....! hehe~
@cikpinky
tu la. TK pun rasa cam tu gak~
waaa, baru tau, ada roti jantan. kalau letak tiga telur pulak apa ya nama dia?? heheee :D
BalasPadam@Dakara
BalasPadamHurm..... Super Jantan!? haha!
Baru duk kedai..terdengar family cina order roti jantan..I was like " dafuq " is that... alang2 badu Tau..gelak trus.😂😂
BalasPadamHaha kan.. entah macam mana la nama tu boleh wujud kan...
PadamKalau roti betina byk telur lah
BalasPadamHahaha =D
Padamhahaha cem tu ternyata ya roti jantaan.
BalasPadamAda-ada saja mamat tu 😂😂
BTW hajimemashite, frisca desu, yoroshiku onegaishimasu 😁
Hahaha.. hajimemashite!! Watashi wa TK-san desu!! Douzo yoroshiku! =)
Padam☺️☺️☺️☺️
Padamはい, TK-さん
hahah logik
BalasPadamKann logiknya sebegitulah
PadamHahaha ok saya baru tau...
BalasPadamDah tau memang rasa agak lucah
Adesss hahaha
😂😂😂
PadamPernah! Pergi kedai mamak, nampak roti jantan ni dalam menu. Tanya la staf situ. Bila dia jawab, kami hanya mampu tergelak. Hahahaha
BalasPadamHaha faham faham!
PadamKalau roti betina tu rasanya roti susu kot? opsss..
BalasPadamTertanya-tanya juga macamana rupa roti jantan. Dah baca, tarik nafas panjang heheheee.
BalasPadamJangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!