Advertisement

JOM BUAT KEYCHAIN (SHRINKY DINKS)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

"Hari ini kau datang riang tersenyum buatku senang!" Hehe yeay Dhia datang! Kita rembat pinjam baju dia satu. Eh? Nak buat apa? Okay, itulah tujuan entri kali ini. Kali ini nak buat keychain satu. Nak letak pada beg Dhia. Oh, Dhia kecik lagi bukan dia yang pakai beg tu. Mama dia yang pakai. Dalam beg tu semua barang Dhia. Susu dia, pampers dia dan sebagainya.

Alkisah keychain shinky dinks sebelum ini:


Inilah dia salah satu baju Dhia. Cik TK suka sangat tengok panda ni. Dhia pun jadi sangat comel bila pakai baju ni. Okay, sekarang kita jangan fokus pada baju ni. Kita fokus pada panda tu sahaja ya! Cik TK akan terangkan step-by-step macam mana nak buat ini. Maaf Cik TK tak buat video. Lain kali bila Cik TK buat shrinky dinks lagi mungkin Cik TK buat video.

Step 1: LUKIS, WARNA, LUBANGKAN DAN GUNTING


Cik TK gunakan shrinking plastic jenis matte. Cik TK suka guna jenis matte ni, sebab boleh lukis dan warna guna pensil warna. Kalau jenis licin tu, kena guna pen atau alat tulis yang berasaskan minyak, contohnya seperti oil-based pen marker dan sebagainya. Kalau nak guna juga plastik yang jenis licin, kikis dulu permukaan plastik dengan kertas pasir.

Oh ya, shrinking plastic ni boleh je beli dekat Shopee atau Daiso. Setakat ini di situlah yang Cik TK jumpa. Kalau nak guna plastik lain, pastikan plastik tu adalah plastik nombor 6 (tengok logo anak panah segi tiga recycle di dalamnya ada nombor 6). Kalau plastik lain, yang Cik TK cuba tak menjadi.

Malas nak fikir nak lukis apa, kita tekap saja dari baju Dhia.

Waktu lukis itu pula, pastikan saiznya adalah 4 kali ganda dari saiz keychain yang akan dihasilkan. Sebagai contoh, nak buat keychain saiz sepanjang 5cm. Maka lukisan itu haruslah 4 kali ganda panjangnya iaitu 20cm. Lepas lukis itu terus gunting dan buatkan lubang di bahagian mana yang nak dimasukkan besi keychainnya nanti. Proses ini mesti dibuat terlebih dahulu kerana setelah dibakar nanti, ia akan mengecut dan mengeras dan tak dapat nak buat lubang dah lepas tu.

Jangan lupa buat lubang dan pastikan kedudukan lubang nak letak besi kechain tu betul.

Step 2: BAKAR


Setelah puas hati dengan hasil lukisan pada plastik dan digunting mengikut bentuknya, mula panaskan oven. Cik TK guna suhu 100°C sahaja. Atau boleh rujuk pada packaging plastik suhu berapa yang patut digunakan. Setelah oven panas, dengan penuh hati-hati (panas tu) masukkan plastik hasil lukisan tadi. Bakar agak-agak 30 saat atau sampai tiada pergerakan pada plastik berkenaan (pada suhu tinggi, plastik tersebut akan mengeliang-ngeliut sambil mengecut dan mengeras). Apabila tiada pergerakan lagi pada plastik dengan berhati-hati keluarkan dan tekan dengan sesuatu yang rata supaya hasil keychain kita nanti akan jadi rata.


Step 3: RESIN/DOOMING 


Untuk proses ini pula, Cik TK gunakan UV resin. Beli di shopee saja. Kalau menggunakan UV resin, pastikan cuaca diluar baik kalau tiada lampu UV. Macam Cik TK tiada lampu UV, maka tunggu ada matahari di luar. Boleh juga kalau menggunakan epoxy resin, tapi pada Cik TK epoxy resin ni macam agak rumit (kena bancuh dulu) berbanding UV resin (terus guna). Nak letak mod podge sebelum diresinkan pun boleh juga agar warnanya lebih tahan. Cik TK tiada mod podge, jadi Cik TK skip part ni.

Ini UV resin, kena keringkan bawah lampu UV atau bawah cahaya matahari.

Mudah sahaja untuk menggunakan UV resin ini sebenarnya. Yang penting, buat di permukaan yang terbuka dan pakai glove. Baunya agak kuat dan jika terkena tangan ambil masa lama nak hilang (pengalaman sendiri). Lebih baik tape-kan sementara keychain pada dulang atau apa-apa yang boleh digunakan supaya tak bergerak-gerak masa pasang resin dan supaya tak bergerak masa kita nak bawa 'sidai' kat luar.

Atas permukaan keychain tadi, tuangkan resin sikit demi sikit dan ratakan dengan lidi. Haha yup, Cik TK guna lidi. Tak terfikir pula nak guna apa lagi pada masa itu. Kasi semua permukaan kena resin, ratakan dengan penuh kasih sayang. Nak tambah glitter pun boleh biar nampak cantik comel gitu, tapi Cik TK tak ada glitter masa ni. Setelah siap, bawa 'sidai' diluar. Agak-agak dalam 20 minit sahaja. Tapi kalau macam masih melekit, biarkan lama sikit. Tapi Cik TK biarkan 20 minit saja.


Step 4: PASANG BESI KEYCHAIN


Setelah selesai proses sidai tadi, bawa balik masuk ke dalam dan pasangkan besi keychain. Selesai sudah, selamat dari sekeping plastik menjadi keychain! Dan selamat juga semua keychain di bawah ini sudah pergi bersama tuan-tuannya!

Tadaaa! Panda yang menjadi. Comelnya!!!

Si kentut, si rashuuunnn dan foxy sekalian!


Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. wahh bestnya.. pandai buat keychain sndiri..
    kreatif betol!

    BalasPadam
  2. wah! baru tahu teknik nie...yeayy kite nak try nanti heheh

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Hehe boleh jadi aktiviti bersama anak2 ni kak syaz! Maksud Cik TK, hasil lukisan mereka boleh jadi keychain ni

      Padam
  4. Teknik yang menarik. Boleh cuba ikut karekter yang diminati

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikut rasa sendiri sahaja nak lukis apa kak sal

      Padam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!