Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua? Apa yang korang buat hujung minggu kali ini? Untuk yang bekerja selamat bekerja Cik TK ucapkan. Kali ini Cik TK cuti weekend. tapi seperti biasa duduk dirumah saja. Cik TK memang jenis jarang keluar rumah melainkan bila perlu atau ada apa-apa plan.
Kali ini mood main shrinky dink datang lagi. Maka inilah mainan Cik TK hari ini. Adik Cik TK minta buatkan design musang ini, saja nak dibuat keychain. Sebelum ini pernah juga Cik TK buat shrinky dink, boleh rujuk kembali di entri ini. Serius yang Pikachu tu Cik TK sangat suka!!!! Rasa comel gila hasilnya!
Patutkah Cik TK terangkan dengan lebih lanjut cara pembuatannya? Hmm... Mungkin Cik TK terangkan secara ringkas di sini. Untuk cara yang lebih terperinci boleh cuba search di Youtube, taip saja 'Shrinky Dinks'. Ada pelbagai kaedah sebenarnya bagaimana ianya dilakukan. Salah satu contoh adalah seperti di bawah (sila gunakan webview version ya untuk lihat video ini).
Cara Cik TK buat
Cara Cik TK buat tak sama seperti apa yang ada di dalam video di atas kerana penggunaan bahan yang berbeza. Cik TK punya plastik bukan jenis yang boleh terus lukis/warna guna pensil. Maka Cik TK kikis salah satu permukaan dengan kertas pasir, seperti yang Cik TK mentioned dalam entri sebelum ini. Baiklah pertama sekali sediakan design apa yang korang mahu. Boleh terus lukis tekap dari mana-mana gambar juga.
Musang-musang ini design yang adik Cik TK pilih. |
Cik TK lukis menggunakan unipen, lepas tu tunggu dia kering. Sebab sepatutnya untuk plastik jenis yang Cik TK guna ini kena pakai oil-based ink, tapi Cik TK belum ada pen jenis ini, maka guna apa ada saja. |
Kemudian di bahagian yang telah dikikis itu Cik TK warnakan guna pensil warna. Maka hasilnya jadi seperti dalam gambar di bawah. Selepas itu terus Cik TK masak bakar di dalam oven yang telah dipanaskan. Cik TK gunakan suhu 150°C. Masa ini jangan pergi dari oven tu. Korang layan je pemandangan plastik korang mengecut. Bila ianya sudah berhenti mengecut, terus keluarkan dan tekan guna sesuatu yang mempunyai permukaan yang rata.
Inilah hasilnya setelah diwarnakan |
Masa ini boleh tengok pemandangan plastik ini mengecut. Ianya akan mengecut kira-kira 4 kali ganda. Bila dah tak mengecut, terus keluarkan dan tekap guna sesuatu yang rata. |
Nampak seperti dah cantik kan? Tapi eksperimen kali ini seperti tak menjadi sedikit, kerana mungkin semasa melukis itu Cik TK sempat padam akibat salah lukis dan kerana itu ianya menjadi agak gelap (watak berselimut) dan dagu transparent (yang ada bunga). Hanya yang memakai topi itu sangat nice kejadiannya! Maka dengan ini, dapat Cik TK simpulkan bahawa semasa melukis ini kena hati-hati supaya tidak lagi jadi seperti di bawah ini. Dan Cik TK rasa akan datang nak try and error cara lain pula dan nak letak UV resin supaya nampak profesional.
Sedikit sejarah
Kalau korang nak tahu, yang Cik TK buat sebelum ini dalam entri ini bukanlah eksperimen yang pertama. Pada mulanya Cik TK try and error guna plastik recycle dan buat corak random saja (tidak menggunakan karakter apa-apa). Yang di bawah inilah yang menggunakan karakter yang pertama sebenarnya. Salah satu percubaan yang tak berapa nak menjadi, tapi Cik TK suka sebab ada kenangan mengenai si Kentut ini.
Waktu percubaan pertama ini Cik TK guna plastik yang Cik TK recycle dari bekas makanan (pastikan plastik berkenaan tertera nombor 6, baru menjadi) |
Masa ini agak kecewa sedikit kerana ia menjadi sebahagian transparent dan sebahagian lutcahaya. Apapun, Cik TK berpuas hati dengan hasilnya, maklumlah percubaan pertama. |
11 Ulasan
Cantikk dah tu untuk first time buat! Next time boleh buat lagi baik ^^
BalasPadamThanks awak!! Baik nanti Cik TK perbaiki lagi!
PadamOk je tu. Cute pulak.
BalasPadamThanks PC!! ヾ(≧▽≦*)o
Padamterima kasih wak!!
BalasPadamUsaha tangga kejayaan cik TK :)
BalasPadamBetul tu.. main try and error lagi sampai jadi the best lepas ni!!
PadamCantik dah tu.. Dah menjadi walaupun first time cuba.
BalasPadamthanks awak!!
PadamUntuk first time,dah cantik dah tuu cik Tk 🥰
BalasPadamthanks cik nadya!!
PadamJangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!