Advertisement

SATU HARI DI HARI OFFDAY: MAKAN MAKAN MAKAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? Di hari offday hari ini... Oh ya sekarang kalau bukan work from home Cik TK akan ada cuti masa weekday (bergilir-gilir, ada weekend dan ada weekday). Sememangmya Cik TK memang suka cuti weekday berbanding weekend. Sebabnya kalau cuti masa weekday, pergi mana-mana tak ramai. Maksud Cik TK macam mall, taman, karaoke dan lain-lain. Malah, nak buat urusan bank atau apa-apa urusan rasmi senang, tak perlu ambil cuti atau half day ke apa kan. Kalau weekend di mana-mana pun ramai. Jalan jem, pergi mall ke atau mana-mana semua ramai dan kadang sampai susah nak cari parking lagi. So dari cuti bikin stress, baik lepak kat rumah. Itu pendapat Cik TK. Different people have different opinion. 

So alkisah offday hari ini... Cik TK nak bercerita soal makanan. Apa yang Cik TK makan sepanjang hari ini. Cik TK ni kalau tak bercakap pasal makanan ni tak sah kan? Patutlah baju makin mengecut! Apapun, jom layan!


SARAPAN


Pagi ini terasa nak makan benda yang lain, yang lari jauh dari kebiasaan. Maka bila buka peti sejuk, ternampak ada sepaket udon. Baru teringat ada baki sepaket lagi udon (biasa kalau beli tu yang paket yang isinya ada 3 tu) belum dimasak dalam peti sejuk. Maka berkungfulah kita pagi-pagi di dapur, dan terhasillah ---> UDON GORENG BLACKPEPPER! Sedapnya lahai! Hehe kalau bukan diri sendiri nak puji siapa lagi kan? 

Udon goreng blackpepper. Sedapnyaaa!

MAKAN TENGAH HARI


Untuk lunch pula, Cik TK keluar nak beli barang. Kebetulan lalu di kawasan sini, saja singgah kot kot ada makanan best boleh buat lunch! Lama juga tak singgah area sini. Nampak macam pasar kan? Tapi bukan pasar ni. Memang semua kat sini tu makanan je. Sebelum ini ada lalu tapi masa tu gerai-gerai ni tak semua yang buka. Macam-macam ada di sini. Nasi lauk, nasi ayam, goreng-goreng (ayam goreng, popia dan sebagainya), cucuk-cucuk (bebola, sosej dan lain-lain), takoyaki, bomboloni dan macam-macam lagi. 


Jadinya apa yang Cik TK beli? Salah satunya Cik TK beli ini. Kopi Vietnam apa entah. Tak ingat pula. Siap ada whipcream dan coklat coklat! Sedap tu... Saja nak try, walaupun hakikatnya actually Cik TK tak minum kopi. Boleh la try flavour lain lepas ni. Oh ya, buat tak nampak saja ye dengan Pikachu dan Kumamon tu. Diorang ni peneman Cik TK dalam kereta. Hehehe~

Lepas tu, Cik TK beli takoyaki (inti campur, bukan sotong sahaja) dan sushi. Sushi ni RM1 seketul. Maka untuk rasa Cik TK ambil saja setiap jenis apa yang ada di sana. Maka kami pun balik rumah layan ini sahaja untuk makan tengah hari. Biasa kalau untuk lunch ni memang Cik TK tak makan banyak pun, lagi-lagi kalau duduk rumah.  

Tak ingat pula pilih kopi vietnam flavour apa. Tapi sedap!

Takoyaki! My favourite!

Beberapa jenis topping sushi di sini. Next time nak cuba yang RM2 seketul pula.


MAKAN MALAM


Untuk makan malam pula, hari ini Cik TK mogok tak nak makan nasi agaknya. Nasi dah tersedia. Lauk pun kami dah masak sebenarnya. Tapi tu la. Nak makan sesuatu selain nasi. Jadinya Cik TK masak kuey tiaw goreng. Jangan pelik dengan rupanya. Itu Cik TK letak ketam... dan rumpai laut. Okay korang boleh start kata pelik. Haha! Salah satu makanan yang Cik TK suka makan juga adalah rumpai laut. Alaaa yang Tao Kae Noi tu.

Tapi untuk yang ini bukan jenama itu Cik TK letak. Ini adalah rumpai laut berperisa Sea Salt yang Cik TK beli di Mr Dollar beberapa hari lepas. Masukkan rumpai laut ni last sekali nak kasi layu saja. Rasanya ngam ditekak Cik TK. Rumpai laut ni juga siap Cik TK buat 'pizza' dengan roti putih. Juga sedap! Korang pernah buat eksperimen apa saja dengan rumpai laut? Mungkin boleh share diruangan komen di bawah. 

Kuey tiaw goreng basah tapi terkering pula tambah rumpai laut.


Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Syoknya ada off day hari weekday. Berjalan pun senang sebab banyak tempat tak ramai orang

    BalasPadam
  2. Best tak kopi Vietnam tu? Pekat betul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap gak! Ada juga flavour lain. Next time boleh try yg lain pula!

      Padam
  3. suka jugak jln2 ms weekday.. xramai org.. nk jln pon tenang je.. hihi

    bestnya jalan2 dan makan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kannnn... kalau cuti weekend Cik TK jarang keluar...

      Padam
  4. tak pernah try kopi veitnam tu..mcm sedap je kaler dia cik TK!

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!