Advertisement

SARAPAN HUJUNG MINGGU KALI INI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat berhujung minggu! Marilah kita merehatkan diri dan bersantai bermalas-malasan bersama keluarga tercinta. Oh ya! Selamat bekerja bagi mereka yang bekerja! Patuhi SOP apabila keluar ya!

Entri kali ini ringkas sahaja. Saja nak tunjuk apa yang kami makan semasa sarapan untuk 3 hari ini. Jumaat lepas, semalam dan pagi tadi. Sarapan itu penting tau! Walaupun kebanyakan kita masih duduk dirumah saja, sarapan itu perlu supaya kita bertenaga dan bersemangat menjalankan aktiviti harian kita.

Boleh baca entri lalu: Kepentingan sarapan  



JUMAAT LALU: MAKARONI GORENG DAGING

Ini dinner malam tadi sebenarnya. Ada lebih, maka simpan dalam peti sejuk dan panaskan untuk makan pagi ini. Kami selalu simpan makanan lebih, lagi bila habit Cik TK ni selalu masak terlebih sebab kadang ada 5 orang, kadang 8 orang dalam rumah. Lagipun hari esoknya masih boleh makan. Tinggal panaskan saja. Atau boleh diolah jadi hidangan lain. Boleh jadi nasi goreng lauk semalam, pizza bertoppingkan lauk semalam dan sebagainya!

Salah satu kegemaran Cik TK ni. Makaroni goreng dengan daging.
Pakai daging yang kisar tu, senang sikit masak. Rasa dia? Nyummyyy!


SABTU SEMALAM: ROTI TELUR BAKAR

Pagi semalam pula sarapan simple. Roti bantal leper disalut telur dan kemudiannya dibakar saja. Eh sekejap. Kalian panggil roti Gardenia tu roti apa? Sebab kadang dengar roti buku la, roti putih la, roti bantal leper la, roti biasa la... Hmmm.. macam-macam nama ada untuk satu roti ini kan?

Tadaaa! But but delicious!


PAGI TADI (AHAD): ROTI DENGAN SOSEJ DAN NUGGET

Okay ini kejadian pagi tadi. Kami berlima semua nak sarapan hidangan lain-lain. Maka, nak makan roti bersama nugget dan sosej saja. Dan disebabkan terpengaruh dengan burger prosperity yang ada bawang didalamnya maka, muncul jugalah bawang dalam versi roti kali ini. 

Inilah persediaan awalnya

Jadinya projek sarapan pagi ini bermula dengan menggoreng semua yang diperlukan. Nugget, sosej dan bawang besar hiris. Okay nugget banyak-banyak seperti dalam gambar si atas ini bukan Cik TK sorang saja makan ye. Ni bersama dengan adik Cik TK sekali ini. Haha!

Kemudiannya nugget atau sosej tadi disusun dalam roti seperti dalam gambar di bawah dan diletakkan sekali bersama bawang dan mayonis. Sengaja Cik TK tak letak sos, sebab tekak ini tak mahu sos hari ini. Sesudah itu, lipatkan roti dan makan.

Versi bersama sosej
Versi bersama nugget


Jom baca entri  sebelum ini: Kisah sarapan sebelum ini




Nota: Rasa macam kebelakangan ini asyik up entri mengenai makanan sahaja. Rasa macam lepas ni nak up entri mengenai hal lain pula. 😅


Catat Ulasan

25 Ulasan

  1. eh eh nampak sedap jugak roti sosej & segala menu cik TK tu! aaaaaa laparnyeee T__T

    BalasPadam
  2. Nampak menyelerakan sangat roti dan sosej tu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kann.. nyummy! Kalau nak rasa pedas2 sikit boleh tambah sos cili

      Padam
  3. Nampak menarik, makaroni goreng daging. Roti gardenia tu, saya panggil roti putih. Oh, macam hotdog Cik TK buat, sosej dan nugget letak dalam roti. Nampak sedap belaka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti Nur boleh buat juga. Bahan senang dapat.

      Padam
  4. sarapan mcm ni..kak shida kdg2 buat juga bila ada anak2 buah ramai2 dtg rumah mak kak shida..mkn ramai seronok ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa betul tu kak shida! Lagi bila tengok anak2 buah makan sedap je kan.. seronok tengok!

      Padam
  5. Sedapnya macaroni daging tu Cik TK. Rasa teringin nak masak pulak

    BalasPadam
  6. Sarapan macam ni pun sedap jugak Cik TK. Eza pun kalau makanan semalam tak habis, akan bawa ke sarapan juga esoknya. Hehe. Sayangkan buang makanan tak habis. Huhu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul!!! makanan itu tak salah kan... selagi masih elok, bawa je ke hari seterusnya!

      Padam
  7. Semua menu Cik TK buat akak terliur. Aishhh! Terus jadi lapar dah ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe maaf buat akak lapar... hehehhe.. tapi kak, antara semua ni, yang first tu paling nyummy!

      Padam
  8. macaroni goreng tu nmpk sedap..suka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan nampak je kak nohas. Memang sedap ni. Hehee

      Padam
  9. janji sarapan simple dan mengenyangkan.. kt rumah panggil roti gardenia putih tp nk lebih kenyang cuba oatmeal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oatmeal ni pun lebih bagus orang kata. Tahan kenyang lagi lama

      Padam
    2. betull dr roti putih yg byk kanji

      Padam
  10. sama cik TK. k.fiezz pun klu ada lebihan makanan, kalau boleh elak nak buang. k.fiezz panaskan je balik & makan sampai habis. sayang nak buang. bila dah bekerja & beli sendiri bahan-bahan nak masak ni, rasa sayang nak buang makanan gitu je. sebab kita tahu nilai duit yang keluar tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul! Cik TK setuju part nilai duit tu. Sebab tu tak nak membazir.

      Padam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!