Sabtu, 26 Disember 2020

SARAPAN UNTUK BEBERAPA HARI INI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? Harap semua sihat-sihat belaka. Cik TK terasa nak menulis, tapi tak tahu nak tulis apa. Eh ini taip, bukan menulis! Maaf! Maka bila skrol gambar-gambar dalam galeri phone ini, maka Cik TK rasa Cik TK nak update apa sarapan Cik TK untuk beberapa hari ini. Mana tau ada yang dapat idea ke kan?

Oh, memang Cik TK ni sejenis suka ambil gambar apa yang Cik TK makan... dan masak. Habit dari zaman muda remaja dulu. Walaupun kadang makanannya agak merapu sikit Cik TK kerjakan. Tak apa, untuk tekak sendiri kan? Tapi kadang ikut mood juga. Bila lapar sangat atau mood tu pergi kelaut dalam, maka tiadalah gambar untuk makanan waktu itu.


Sarapan 1: Soto

Yup. Soto. Mama selalu jugalah buat soto untuk kami. Kira lengkap juga la. Ada nasi, sohun, ayam carik atau daging, bergedil dan sebagainya. Gambar yang di bawah ini kalau perasan, bergedil tu tak sempat goreng. Khas untuk Cik TK je tu. Masa tu Cik TK kalut nak gerak pergi kerja punya hal la kan. Mama tak menyempat nak goreng, Cik TK dah rembat dulu. Tak apa, kentang tu dah rebus dulu. So dah masak juga sebenarnya. Haha!

Satu lagi spesis Cik TK ni, tak suka sangat soto tu letak nasi atau nasi himpit. Makan dengan sohun macam di bawah ini, jadi rupa macam bihun sup sudah! Tapi dengan bergedil. 😅

Soto



Sarapan 2: Roti canai

Siapa tak kenal roti canai, kegemaran rakyat Malaysia kan? Para pelancong yang datang dari luar pun sudah pasti akan mencuba roti canai! Sekali sekala kami pun makan roti canai untuk sarapan. Dekat area rumah Cik TK ni ada kedai makan melayu tu, jual roti canai. Beli dekat sanalah biasanya. Biasanya cicah kuah dhal dan sambal. Cik TK ni spesis nak letak kuah asing macam dalam gambar ni. Lepas tu cicah dan terus ngap! Jarang Cik TK makan jenis kuah banjir.

Roti canai


Sarapan 3: Bihun goreng

Bihun goreng ni bahaya kadang-kadang. Tahu kenapa? Sebab Cik TK boleh bertambah-tambah makannya! Tak tahulah kalian macam mana. Kadang makan kosong macam tu saja. Kadang dengan telur mata. Kadang dengan sosej ke. Atau kadang jadi macam di bawah ini! Dengan nugget pun ada.



Sarapan 4: Roti goreng

Ni mama buat. Dari roti putih biasa, dipotong-potong dan goreng salut tepung. Saja kadang-kadang buat kelainan. Makan ni cicah sos cili. Sebenarnya sambil layan movie pun boleh kan, macam makan fries pula.



Sarapan 5: Teh hijau

Bukan Cik TK punya. Mama punya. Cik TK ada juga tumpang-tumpang minum. Sikit.. sikit.. lama-lama jadi bukit. Haha separuh juga kadang dia punya sikit tu. Nak buat sendiri punya malas. Tak juga la nak buat sejag. Sebab kami dua je layan teh hijau. Oh ya! Tak la minum ni saja. Ada makan roti sekali sebenarnya. Tapi tak la snap gambar.




20 ulasan:

  1. Banyak juga aneka kudapan ni. Sedap semuanya Cik Tk. Alhamdulillah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam-macam boleh jadi kudapan ni kak eza. Tunggu kerajinan untuk buat saja. Tapi... Kalau penyakit M datang maka, beli je. Heheeee

      Padam
  2. sotonya very light tapi nampak healthy n macam sedap ja

    BalasPadam
  3. green tea pun i wajib tiap tiap hari

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagusnya atie!! Nice!

      Green tea ni part second time punya rendaman tu paling sedap bagi Cik TK. Tanpa gula pun rileks jaaa

      Padam
  4. Mama Cik TK ni rajin masak, semua makanan yg Mama Cik TK msk nampak sungguh menyelerakan. Selamat Thn Baru ya - in advance! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe thanks!! Selamat tahun baru juga in advance!!

      Padam
  5. Halo, mampir disini 🙌.
    Teh hijaunya bikin pengin 😏

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus juga kan minum green tea.. banyak khasiatnya juga

      Padam
  6. bihun goreng tu menggoda betul

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe nyummy!! Cik TK memang suka tambah letak macam2

      Padam
  7. Balasan
    1. Kalau beli yang frozen pun senang. Tinggal panaskan saja.

      Padam
  8. Saya pun suka minum green tea. Lama tak breakfast soto. Tak rajin nak buat. Teringat soto kat opis. Sedapnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe sedap kan soto. Paling best part bergedil dia..

      Padam
  9. Dalam byk2 menu sarapan..k.shida xpernah mkn soto lg cik TK ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ye ke kak shida.. ada peluang nanti kena cuba tu kak shida.

      Padam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!