Advertisement

ALKISAH GARLIC SPREAD

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Siapa suka makan roti di sini? Rasanya rata-rata semua suka makan roti tidak kira pelbagai jenis, pelbagai inti, pelbagai rasa dan pelbagai topping. Kalau pergi  membeli roti ni tidak kiralah sama ada dikedai roti, pasaraya atau gerai sekalipun, salah satu yang Cik TK suka ialah roti yang ada rasa garlic-garlic ni. Tapi walaupun begitu, Cik TK tak pernah pula terfikir nak beli garlic spread. 

Ada satu masa ni.. Eh tidak lama sangat sebenarnya. Baru-baru ini, Cik TK tak perasan ada yang membeli garlic spread ini dan simpan dalam peti sejuk. Sampai la pada waktu sarapan tu Cik TK seperti biasa makan lambat sikit. Bila sampai di meja makan, ternampak ada garlic spread atas meja. Pada waktu ini pun, Cik TK macam rasa excited sekejap dan tertanya-tanya. Bila pula ada garlic spread ni? "Lama dah dalam peti sejuk tu...", kata adik. Serius tak perasan la.

Tiba-tiba jadi blurr sekejap. Sapu terus dan makan ke atau bakar roti dulu baru sapu ke macam mana? Lepas tu apa lagi? Datang perangai-ingin-mencuba Cik TK, kesudahannya kita cuba saja semua cara.

Pertama, sapu terus pada roti bantal leper atau roti buku dan makan. Sedap. Kedua, bakar roti dulu dan sapu garlic spread. Sedap juga. Ketiga, sapukan pada roti dan bakar dikuali tanpa lekat. Pun sedap! Terlebih rajin cuba tiga-tiga cara ni. Sedar tak sedar total dari ketiga-tiga cara ini 5 keping. Boleh tahan. Lepas ni boleh la tambah stok garlic spread ni. 

roti dan garlic spread
Yang ini cara kedua. Bakar roti dulu kemudian sapu garlic spread.
Garlic spread ini yang terlibat dalam pembikinan kali ini


Nota kaki: Kalau banyak makan garlic spread ni boleh bau bawang putih ke?




Catat Ulasan

24 Ulasan

  1. Buat sendiri pun boleh. Sagat atau tumbuk bawang putih pada mentega, selalu buat begitu kalau teringin hendak makan.

    BalasPadam
  2. Rasanya tak ada bau bawang putih, sebab kami selalu juga makan roti bubuh garlic spread. Kak Amie sellau buat cara ketiga tu, sapu siap-siap di permukaan roti, lepas tu panggang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohooo nice! Hehe aah kak amie, yang ketiga tu paling best!!

      Padam
  3. Kakmim selalu buat atas pan.. sapu butter.. letak garlic powder byk2 pastu oregano.. anak2 ckp lg sedap dpd pizza hut! Hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Garlic powder dan oregano ye? Hehe thanks kakmim!!! Nanti Cik TK try cara ni!!

      Padam
  4. ahahha Sy blogwalking malam2. nampak gambar ni. terasa lapar plaa. Memang nampak sedapp

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe thanks.. tapi.. bahaya bahaya... Makan lewat malam sangat tak elok..

      Padam
  5. i klu buat garlic bread just potong bawang putih and kacau dlm butter then sapu.. bakar.. tu jer.. but this is nice ! beli jer and ready made

    BalasPadam
    Balasan
    1. Next time Cik TK nak try buat sendiri pula..

      Padam
  6. Uit, banyaknya letak garlic spread! Hehe.. Saya bakor dulu roti dalam toaster, dan sementara roti bakor masih panas, sapu garlic spread. Cair, kau. Aummm! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha Cik TK pun tak tahu nak letak banyak mana. Hentam saja.. 😅

      Uii sedap bunyinya... Betul lepas bakar roti tu terus sapu kan.. seronok tengok dia mencair

      Padam
  7. Sedap tuu....ishh ni yang rasa gatai tangan nak order garlic spread kat shopee ni 😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe senang nak beli, semua di hujung jari gitteww

      Padam
  8. Penggemar garlic bread datang terliur di sini 🤣

    BalasPadam
  9. Saya pun suka roti garlic sapu garlic bread ni. Bakar lepas tu cicah dengan mushroom soup. Sedap!
    Kurang kot bau bawang putih tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahh mushroom soup. Lama tak layan. Boleh la beli nanti ni

      Padam
  10. baru shida tahu hahaaa..shida mmg pemakan roti xde lah tahu ade garlic spread..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada kak shida. Kalau kat pasaraya dia kat bahagian sejuk, sekali ngan area butter

      Padam
  11. aida suka buat garlic bread, TK. memang la feveret.
    biasanya tumbuk bwg putih, gelek dgn butter.
    tapi kalau ada yg ni, lebih mudah ni.
    "garlic spread" ek nama nyer. nanti aida cari la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah best boleh buat sendiri! Nanti kalau ada kesempatan cik tk nak belajar buat...

      Aah itulah namanya... Kat bahagian sejuk tu biasanya

      Padam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!