Advertisement

SEDIKIT PERBINCANGAN MENGENAI STRESS

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

It's about stress and mental wellness macam tu untuk entri kali ini. Oh jarang betul rasanya Cik TK nak tulis sesuatu yang serius dan panjang lebar macam ini kan? Hehe tak adalah panjang sangat sebenarnya cuma kali ini terasa nak menulis mengenai ini kerana kami baru saja bincangkan mengenai ini untuk group discussion kami. Jadi Cik TK akan tulis secara ringkas mengenai apa yang kami bincangkan.

Oh ya! Jadi bagaimana keadaan di kawasan kalian sekarang? Walaupun sekarang ini kita dalam keadaan berPKP atau statusnya nanti akan jadi PKPB ke PKPP sekalipun, kita semua harus jaga diri kita dan keluarga kita terutamanya. Duduk rumah, keluar hanya bila perlu, patuh pada SOP bila keluar. Mask atau pelitup muka itu pakai betul-betul. Bukan sekadar pakai tapi hidung tak tutup. Scan kod QR MySejahtera. Kalau boleh elakkan golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak dan warga emas untuk keluar.

STAY HOME STAY SAFE

Kini dimasa kita hidup dinorma baru, dimasa kita tidak bebas ke sana dan ke sini seperti dulu. Di masa kita semua berjuang untuk melawan dan mempertahankan diri dari sesuatu yang kita tak nampak. Sudah pasti ada yang terkesan dan stress dengan keadaan sebegini sekarang.

Memang tak dapat disangkal, sudah pasti yang duduk saja dirumah ini pun kadang kala boleh rasa rimas, stress dan penat. Mana taknya kan, bila duduk dirumah ini, mana nak buat kerja hakiki lagi (yang work from home), mana nak buat kerja-kerja rumah lagi (memasak, kemas rumah dan sebagainya), nak jaga anak lagi (nak pantau dan ajar anak bagi yang belajar secara online) dan macam-macam lagi. Sudah pasti rasa macam nak klonkan je badan kepada beberapa bahagian supaya semuanya settle. Yang kena masuk office juga pasti runsing siapa jaga anak dan sebagainya, betul tak? Jadi macam mana kalian atasi situasi ini?


APA ITU STRESS?


Stress. Siapa yang tidak merasakan stress? Bahkan yang senyum sentiasa nampak ceria seperti tiada masalah pun sudah pasti merasakan stress. Cuma macam mana cara kita berhadapan dengan rasa stress ini. Stress ini adalah satu perasaan negatif seperti resah, gelisah, cemas dan tegang yang dirasakan apabila merasakan suatu tekanan akibat sesuatu kejadian.

Ada banyak faktor, pencetus atau penyebab yang boleh menyumbang kepada ketidakstabilan emosi ataupun stress ini. Contohnya seperti tekanan dari orang sekeliling seperti rakan, keluarga, pasangan, ditempat kerja dan sebagainya. Faktor lain adalah keadaan sekeliling yang berlaku, contohnya seperti penceraian, kematian seseorang, masalah ekonomi keluarga dan sebagainya. Keadaan diri sendiri juga boleh menjadi pemicu stress. Contohnya seperti keadaan kesihatan diri, pemikiran negatif yang berterusan (cemburu, sedih, berfikiran sempit dll)


KESAN DARIPADA STRESS


Jadi apakah kesan-kesan daripada stress? Menurut sumber, terdapat kesan dari stress ini yang dapat dilihat dari segi fizikal, mental dan emosi, juga dari segi tingkahlaku.

Secara fizikalnya, antara kesan dari stress adalah jantung berdebar-debar, gementar, sakit perut, cirit birit, cepat letih, masalah tidur, sakit kepala dan sebagainya. Bagi kesan secara mental atau psikologi pula adalah seperti gelisah, cemas, cepat marah, mudah lupa, kurang daya tumpuan dan pemikiran yang tidak sihat. Manakala dari segi tingkahlaku pula seperti masalah tabiat makan dan terjebak dengan perkara-perkara negatif.

Selain itu, keadaan stress yang melampau juga boleh membawa kepada penyakit seperti darah tinggi, penyakit jantung dan strok. Kemurungan atau depresi juga boleh berlaku akibat stress ini. Kita boleh perhatikan sekeliling kita, apabila ada ahli keluarga atau rakan-rakan yang tiba-tiba berubah sifatnya seperti jadi pendiam secara tiba-tiba, walhal kebiasaannya dia ceria. Atau yang tiba-tiba jadi menjauhkan diri dari hobi, minat dan kehidupan sosialnya, kehilangan semangat dan motivasi hidup. Bahkan sampai ada suicidal thought. Mungkin itu sudah menjadi petanda murung.


MENANGANI STRESS


Jadi apa yang boleh kita buat untuk hilangkan stress? Salah satunya adalah membuat aktiviti-aktiviti yang boleh membuatkan kita tenang, rileks dan happy. Apa itu? Ini bergantung kepada individu masing-masing. Ada yang release stress dengan bershopping (waktu pandemik ini shopping online la jawabnya), beriadah (bersenam, jogging dan sebagainya), mendengar muzik dan menonton filem, drama dll. Ada juga yang suka tidur untuk release stress. 

Luahkan pada seseorang yang kalian percaya juga adalah salah satu cara, supaya kita berasa lega setelah meluahkan pada seseorang. Ada juga jenis yang tidak suka meluahkan dengan kata-kata. Jenis ini, ada yang meluahkan dengan cara menulis dan melukis (berkarya). Satu lagi, beribadat. Dekatkan diri pada Tuhan. Luahkan pada Tuhan. Berdoa kepadanya. Pendek kata, setiap individu itu mempunyai cara berhadapan dengan stress yang berbeza. 

Kita juga kena kenalpasti punca dan pemicu apa yang membuatkan kita stress. Dalam erti kata lain, kenalpasti stressor (seperti yang telah diterangkan di atas) dan cuba bawa berbincang, cuba atasinya. Manage it, or get rid of it! Cuba senaraikan apa yang perlu dibuat setiap hari dan cuba susun ikut priority/kepentingan. Mana yang patut diutamakan dibuat terlebih dahulu. Mana tugas yang boleh dibahagikan bersama cuba buat bersama. Seperti contoh, masa isteri masak, suami jaga anak. Isteri basuh baju, suami lipat baju. Rasanya tak salah kan sebegitu? Kerjasama namanya.

Selain itu, kawal cara pemikiran kita juga adalah salah satu cara yang boleh dilakukan. Kadangkala kita boleh stress memikirkan kenapa sesuatu itu terjadi. Sebagai contoh, "kenapa situasi ini boleh berlaku??" kepada "apa patut saya buat untuk selesaikan masalah ini". Ini cuma contoh. Memang tak mudah, tapi kita kena cuba. Contoh lain semasa PKP yang pertama sebelum ini. "Kenapa kena duduk rumah saja, bosan" kepada "Oh banyak benda yang boleh dibuat dirumah. Spend time dengan family/friends dan belajar buat benda baru" Sentiasa berfikiran positif dan bersyukur dengan apa yang ada. Tak semua orang yang bernasib baik. Di masa sekarang ini ada yang kehilangan kerja, ada yang sakit, ada yang mempunyai masalah rumahtangga. Maka bersyukurlah kepada mereka yang masih mempunyai nasib yang baik. 

motivational quote


Sumber rujukan [12]

Catat Ulasan

30 Ulasan

  1. thank you sharing CikTK.. nowadays this is important utk kawal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sebab keadaan sekarang ni sedikit sebanyak memberi kesan kepada kita semua.

      Padam
  2. abe kie tgh stress skrg sejak sek dibuka ni kena mengajar byk kelas. harap cpt2 la spm 2020 ni abis. x tahan stress rasanya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sabar abam kie.. tak lama dah tu abam kie. moga2 semua urusan abam kie dipermudahkan

      Padam
  3. Stress ni sangat perlu ditangani sebaik-baiknya dan dengan segera.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu PC, sebaiknya jangan dipendam. Luahkan pada orang yang boleh dipercayai, supaya ringan sikit beban

      Padam
  4. Betul CikTk, antara point kena kawal pemikiran & try to sentiasa positfi tu betul..bila tak cuba fikir bukan2 inshaAllah kurang rasa stress..Thanks for sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2 awak... Sama2 kita try untuk sentiasa berfikiran positif, jauhkan overthinking...

      Padam
  5. PKP, PKPB memang boleh buat stress... nak kemana2 tak boleh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu kak dana. Moga cepat keadaan ini reda... Huhuhuuu

      Padam
  6. Semoga kita semua dapat kawal stress kita di saat sekarang ni. Sentiasa ingat Allah dan fikir positif hikmah yang mendatang. Tahun ni nak tenang tenang dan happy happy je. Mudah mudahan..Aaminn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga apa yang kak fiza harapkan tercapai... Amiinnnn...

      Padam
  7. Terima kasih atas artikel bermanfaat ini..lega sedikit selepas membaca :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama.. marilah kita praktikkan pemikiran positif sentiasa..

      Padam
  8. Balasan
    1. Hehe betul tu wak! Kita jalan2 saling menziarahi di alam maya!

      Padam
  9. Akak kalau stress samada baca novel, dengar radio atau muzik atau tgok movie kat netflix

    BalasPadam
  10. Terima kasih atas reminding nya cik TK :)
    Inshaa Allah akan lebih kawal stress..tp mmg betul dgn norma baharu dgn PKP
    betul -betul mencabar emosi dan lebih dikatakan stress..huhuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu kak.. huhuuu sama-sama kita belajar kawal stress.. memang tak dinafikan situasi sekarang ini boleh buat orang stress. jadi, berhenti sekejap bila stress buat sesuatu, rehat jap, then baru sambung balik. Buat something yang best atau belajar benda baru dirumah.

      Padam
  11. Betul tu Cik TK. Stress ni bahaya jugak tau kalau tak pandai nak handle. Kena tau cara nak lepaskan stress dengan cara yang terbaik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu eza! lagi2 zaman sekarang ni, dengan ramai yang terkesan dengan keadaan sekarang ni kan.

      Padam
  12. work from home kalini mmg stress...nasibaik family, kwn2 sentiasa ada bg kata2 semangat utk atasi stress ni..disamping berdoa smoga allah permudahkan urusan kita smua

    BalasPadam
    Balasan
    1. syukur dapat sokongan dan dorongan dari rakan-rakan dan keluarga.

      Padam
  13. Moga kita semua dapat lapangkan hati dan fikiran, cuba kawal stress sebaik mungkin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amiinnn... sama-sama kita cuba untuk sentiasa positif!

      Padam
  14. sejak covid melanda ni rata2 setiap orang akan hadapi stress yg lebih teruk dr sblumnya.
    nice sharing TK. kalau tak boleh handle, boleh teruk emosi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu awak. Memang mungkin susah kita nak sentiasa positif dan mungkin susah nak elak dari stress. Tapi kita kena cuba kawal emosi dan kawal diri. Buat benda yang boleh buat kita happy, reduce negativity, try to sort out everything.

      Padam
    2. paling senang avoid dr toxic people..

      Padam
    3. Kan, salah satu cara yang boleh dilakukan.

      Padam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!