Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Mempelajari sesuatu yang baru ini sangat menarik! Tidak kiralah dalam bidang apa pun! Terutama sejak beberapa bulan ini, sudah pasti ramai yang mempunyai masa lapang dan belajar sesuatu yang baru. Cik TK juga tidak terkecuali. Boleh refer entri-entri sebelum ini mengenai ini: Aktiviti semasa PKP part 1 dan part 2, main seni tali, saja cuba main macrame dan main masak-masak.
Selain dari semua yang dinyatakan tadi, Cik TK juga ada belajar bahasa Jepun. Kenapa bahasa Jepun? Sesiapa yang mengikuti perkembangan Cik TK pasti akan perasan yang Cik TK ni minat dengan lagu-lagu berbahasa Jepun, layan anime dan juga layan J-dorama. Walau sudah tidak terlalu aktif seperti dulu, Cik TK masih lagi minat.
Tapi bahasa ini Cik TK belajar sendiri-sendiri. Tidak mengikuti kelas formal. Jadinya macam belajar secara tidak serius. Walau apa pun belajar bahasa lain ni memang sesuatu yang menarik! Pernah ikut kelas online masa zaman study dulu (nak jadikan kelas bahasa ketiga sudah penuh masa tu, jadi Cik TK ambil mandarin). Tapi kelas online tu selalu juga tak ikut sebab time zone yang berlainan. Kemudian lama-lama tinggalkan sejak mula bekerja. Jadinya sudah lupa. Pernah juga beli buku, tapi tak konsisten juga bukanya. Mungkin sebab belajar sendiri jadi susah nak fokus dan susah nak memahami.
Kemudian selepas beberapa tahun, tepatnya masa PKP hari tu saja cuba belajar balik bahasa Jepun. Mula balik dari asas, ingat-ingat balik tulisan hiragana dan katakana. Belajar vocabulary balik dan grammar macam mana nak buat ayat. Then bila mula masuk kerja balik, tinggalkan lagi. Apa punya perangai ini. Kebelakangan ini, Cik TK mulakan kembali belajar bahasa ini. Bermula dari guna aplikasi, sebab tak berapa nak sempat nak tulis nota dan menulis macam sebelum ini. Cik TK guna Duolingo.
Screenshot dari phone |
Masuk hari ini adalah hari yang ke-18 Cik TK guna aplikasi ni. Bagus juga aplikasi ini sebenarnya. Sebabnya dari aplikasi ini Cik TK belajar mengingat balik apa yang telah dipelajari sebelum-sebelum ini. Belajar vocabulary sambil dengar bunyi sebutannya bagaimana, kemudian terus belajar buat ayat dengan cara/grammar yang betul. Tapi kanji, memang Cik TK ni susah sikit nak ingat tulisan kanji (tulisan yang rupa macam tulisan cina tu).
Kalau ada yang nak join belajar sekali boleh lah download aplikasi ini di Play Store. Banyak bahasa sebenarnya yang disediakan di sini untuk dipelajari. Selain aplikasi ini, ada lagi aplikasi lain yang boleh digunakan seperti Memrise, Drops dan banyak lagi. Pilihlah mana yang terbaik untuk kalian guna.
Tapi apapun, apa yang Cik TK dapat simpulkan di sini ialah cara apa pun yang kalian guna yang penting itu sebenarnya rasa nak belajar, kemudian fokus dan beri komitmen. Buat nota dan latihan. Praktis dan praktis. Bila ada kesempatan itu yang Cik TK nak buat. At least, nak la juga tonton anime dan drama Jepun tanpa subtitle. Tiberrr... Haha!
Boleh pilih nak tulisan jepun sahaja (hiragana, katakana dan kanji) atau dengan pronunciation sekali (romaji) |
Ini part di mana kalian kena dengar sambil baca dan translate ayat ke bahasa inggeris |
Ini pula sebaliknya. Translate la pula dari bahasa inggeris ke bahasa jepun |
Part ini pula test listening skills. Dengar dan susun balik ayat apa yang telah disebutkan. Kalau waktu itu tak boleh nak dengar, contoh ada di dalam tren yang bising ke, tekan je 'Can't listen now'. Part listening ini akan hilang untuk tempoh sejam. |
Ini sama macam dalam gambar di atas cuma inilah rupanya kalau kita on-kan fungsi pronunciation (ada cara bacaan atau lebih dikenali sebagai romaji) |
Ini pula padankan tulisan kanji dengan cara bacaannya |
Ini pula cari apa tulisan kanji bagi perkataan yang diberikan |
12 Ulasan
wah bagusnya tahu bahasa asing, saya tahu 2 bahasa je huhuk
BalasPadamBaru-baru belajar je kak syaz.. hehe.. masih beginner lagi kak.. kak syaz pun boleh try belajar bahasa lain kak..
Padambest learning japanese is to practice writing and translate article :)
BalasPadamBetul tu atie. Kena practise. Macam Cik TK yg masih beginner (lama betul nak upgrade) ni, susah juga nak translate ayat bila kurang tahu vocab. Pendek kata banyak yang perlu dipelajari. Hehe
Padamkakmim tau sayonara je.. hehe
BalasPadamhehe ok juga la tuuu
PadamBest gak belajar guna apps. Sekarang dah mudah. Dulu belajar masuk kelas 3 sem. sekarang terus lupa dah bila tak pratik. Betul, yang penting usaha tu :)
BalasPadamwah bestnya dapat belajar 3 sem..
PadamWah menariknya cik TK..bagus belajar bahasa lain ni..All the best cik TK!
BalasPadamthanks kak shida!!
Padamganbate������teruskan usaha
BalasPadamThanks anies!
PadamJangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!