Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sebelum ini (dalam entri ini) pernah Cik TK mention yang Cik TK akan tulis satu entri mengenai apa yang Cik TK buat sepanjang tiga bulan berada dirumah kerana pandemik ini. Selain daripada kerja dirumah (work from home - WFH) di masa senggang, inilah antara aktiviti-aktiviti Cik TK (ikut mood waktu itu nak buat yang mana):
Belajar bahasa Jepun
Kalau ada yang perasan dalam entri sebelum-sebelum ini (malah jauh bertahun sebelum ini), Cik TK ni suka dengar lagu Jepun, tonton anime/movie/drama dan minat budaya Jepun. Tetapi Cik TK tak pernah lagi ambil kelas bahasa Jepun.
Jadi dikesempatan ini juga Cik TK ambil peluang untuk belajar asas bahasa Jepun. Bukan ambil kelas juga ni. Tetapi belajar secara online. Ini termasuk tulisan hiragana dan katakana, vocabulary dan juga asas tatabahasa yang mereka gunakan.
Sebelum ini Cik TK hanya mendengar dan belajar sekadar dari anime dan faham sikit-sikit saja. Nanti kalau Cik TK rajin Cik TK akan buat entri mengenai belajar bahasa Jepun. Boleh kita belajar sama-sama.

Ini buku nota Cik TK. Sila abaikan tulisan yang buruk itu. |
Habiskan membaca buku
Kalau nak tahu, hobi Cik TK ni ialah membeli buku. Tapi beli sajalah, bacanya tidak. Entah bila nak ada masa untuk betul-betul membaca. Novel terbengkalai, buku motivasi entah ke mana, buku lain terperuk dalam almari buku dan masih berplastik.
Jadi dalam tempoh ini lah Cik TK mula membaca buku-buku mana yang tak sempat dibaca lagi tu. Bolehlah tu bergerak sikit dah... Berkurang dah buku dalam plastik belum berbuka.
Jadi dalam tempoh ini lah Cik TK mula membaca buku-buku mana yang tak sempat dibaca lagi tu. Bolehlah tu bergerak sikit dah... Berkurang dah buku dalam plastik belum berbuka.
Ini antara buku yang tidak habis baca lagi. Sengaja letak atas katil supaya nampak jelas yang ini mahu dibaca |
Eksperimentasi makanan
Untuk sepanjang tempoh ini, Cik TK bermain-main didapur. Main campak-campak. Apa sahaja Cik TK rasa nak sumbat Cik TK sumbat. Apa pun jadi dengan hasilnya, semua kena pasrah. Makan saja! Baiklah, Cik TK tak sejahat itu ya. Semuanya boleh dimakan.
Pada waktu inilah Cik TK banyak tonton video-video di Youtube dan Instagram mencari ilham apa yang mahu dimasak lebih-lebih lagi pada bulan puasa sebelum ini. Untuk sahur dan untuk berbuka.
4 Ulasan
Wah!
BalasPadamKagum dengan kesungguhan Cik TK belajar bahasa Jepun. Nampak betul kesungguhannya. Semoga terus berjaya!
Hobi kita sama, beli buku! Memang banyak buku tak sempat dibaca. Berangan nak baca waktu PKP, tapi tak terbaca juga hihihiiii.... sayonara!
Terima kasih!!! Haa itu laaa.. nak cari masa membaca tu payah.. sebab macam-macam benda lain nak kena buat. Tapi, sekali dah start, apa lagi... *mode Do Not Disturb ON!!!*
PadamBagus belajar bahasa..suka jg layan drama jepun..
BalasPadamDrama Jepun best kan.. drama Korea pun best juga!
PadamJangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!