Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua? Moga semua baik-baik belaka. Hari ini Cik TK cuba sesuatu yang baru. Dalam entri sebelum ini Cik TK ada menyebut mengenai ingin mencuba membuat macrame kan? Apa itu macrame? Macrame adalah sejenis seni mengikat atau menyimpulkan tali menjadi pelbagai produk. Seperi contoh, dream catcher, beg, hiasan dinding, penggantung pasu dan sebagainya.
Beberapa hari ni, Cik TK asyik tonton tutorial-tutorial macrame ini dan terasa nak buat. Jadi Cik TK cuba yang senang dulu. Seperti macrame feather yang ada dalam gambar di bawah (screenshot dari Google). Cantik kan?
Sepatutnya guna tali macrame untuk hasil yang cantik macam ni. Tapi oleh kerana Cik TK saja nak cuba-cuba dulu, maka Cik TK guna saja benang milk cotton (untuk mengait) yang ada. Sebelum tu, ni sebenarnya Cik TK buat sambil briefing online. Telinga mendengar, mata dan tangan ke benang! Haha! 🤫
Okay balik ke tajuk asal. Hasilnya adalah seperti di bawah. Okay kesimpulannya benang ini memang tak sesuai! 😅 Tapi sekadar untuk praktis bolehlah. Jadinya Cik TK pertama kali cuba buat saiz kecil saja, guna selapis sahaja benang ini dan jadi seperti yang warna ungu ini. Puas trim, tak rata-rata juga bahagian tepinya itu.
Percubaan pertama. |
Untuk percubaan seterusnya, cuba pula buat besar sikit. Kali ini guna double benang atau 2 lapis benang, dalam fikiran konon nak bagi dia nampak tebal. Maka jadilah seperti yang warna coklat di bawah ini. Pun sama, puas trim bahagian tepi tak rata-rata. Nasiblah. Tapi alang-alang bila tengok-tengok hasilnya macam ni, rasa macam nak kemaskan dan jadikan keychain je terus. Gantung dekat beg. Besi bulat tu boleh jadikan macam mini dream catcher gantung dalam kereta. Nice juga kan?
Percubaan kedua |
39 Ulasan
cantik dan kemas walaupun baru festime buat.. practice makes perfect..
BalasPadamnanti boleh cuba guna tali yang betul tu..
Hehe nanti ada peluang Cik TK guna tali yang betul pulak
Padamwah pandai cik TK buat.niceee
BalasPadamThanks cuyaa!!
PadamAlaaa cantiknyaaaa...nak jugaa mencubanyaa.. sekali dah pandai, boleh buat macam-macam ni kann...
BalasPadamBetul tu sis lin.. macam2 boleh buat
PadamWah berbakat cikTk ye, boleh dikomersialkan ni. Nmpk cantik juga walaupun guna benang kait.
BalasPadamThanks ya!
PadamLaaa... macam2 hobi yg uncle tak tau...
BalasPadamBanyak lagi benda menarik boleh explore ni uncle!
PadamMacrame...1st time tau ni.
BalasPadamPercubaan kedua nampak lebih menarik, mungkin sebab saiz lebih besar, lebih menyerlah.
Yang kedua tu pun lebih tebal. Cik TK guna benang 2 lapis
PadamAlhamdulillah jadi. Cantik.
BalasPadamTerima kasih PC..
Padamcantiknya. kreatif juga cik tk ni kalau saya follow tutorial tak tahu la jadi ke tidak..haha ♕Tiara Sapphire♕
BalasPadamInsyaAllah boleh tu tiara.. untuk yang ini mudah saja. Cuma perlukan kerajinan
Padamcantik juga...
BalasPadambuat la banyak-banyak dan boleh jual di Shoppee
Uii.. tak berani lagi Cik TK nak jual.. huhuuu tapi itu cadangab yang bagus. Thanks ya!
Padamcantik...syok tengok macam2 jenis macrame kt pinterest..
BalasPadamKannn.. cantik2 semua tu nohas.. tu yang terasa macam nak buat je.
PadamWahhh cantik lahh Cik TK buatt , serius ni 😍 comel . Boleh gantung dekat beg mesti lawa tu wah
BalasPadamHehe memang itu salah satu plannya
PadamCantiknya! Warna-warni tu yang kelihatan tambah menarik!
BalasPadamKann kak amie.. boleh la tone warna juga ni. Mesti nice!!
Padamdua2 cantik cik TK..yg kedua warna coklat dan saiz besar skit nmpak lbh menarik!
BalasPadamThanks kak shida!
PadamCantik. Saya pun pernah cuba yang simple. Pertama kali cuba cuba buat pun salah guna jenis tali gak
BalasPadamhttp://www.azhafizah.com/2019/11/cuba-diy-macrame-feather-mudah-je.html
tapi sampai sekarang belum beli tali yang sesuai lagi. huhu..tergendala projek macrame saya.
Kalau ada kesempatan, boleh cuba lagi nanti tu fiza guna tali macrame yang betul
PadamBaikk..kena mencari tali yang sesuai baru lawa hasilnya.
PadamKreatif, belajar cepat, hanya melalui proses mendengar saja bisa menghasilkan sebuah karya yang sangat menarik. Indikator orang kreatif, salut.
BalasPadamMakasih ya mas
PadamDeco mcm ni bbnu suka ni.. letak kt sling bag, henpon, cer try jual kt hari koperasi kt skolah.. eh manade skolah dh kn? Anyway.. nice sgt.. letoppp
BalasPadamThanks kakmim! Hehe letak kat dinding ke dalam kete pun nice gak ni kakmim!
Padamcreative nya! cantik betul ni... mcm2 boleh letak, keychain ,dekat kereta.. dinding bilik
BalasPadamBetul betul ni atie macam2 boleh buat. Tu la yang tertarik tengok benda2 ni. Bohomian style gituu
PadamCantiklah hasil tangan, Cik TK.
BalasPadamTerima kasih kak farah!
PadamCantik!
BalasPadamThanks 😊
PadamJangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!