Advertisement

AKTIVITI DIRUMAH SEMASA PKPB SETAKAT INI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? Sekarang ini seperti mana yang kita semua tahu, kes positif Covid19 semakin mencanak naik. Oleh itu marilah kita semua lebih berhati-hati. Patuhi SOP yang telah ditetapkan. Jangan lupa pelitup muka/mask dan juga hand sanitizer. Elakkan juga 3S, iaitu tempat sesak, tempat sempit dan juga sembang dekat.
 
Beberapa kawasan dan negeri juga sedang dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebagai salah satu usaha untuk membendung wabak ini dari terus mengganas. Oleh itu, mereka yang tiada kepentingan untuk berada di luar silalah duduk di rumah, bantu putuskan rantaian Covid19 ini. Untuk mereka yang terlibat dengan PKPB, apa aktiviti kalian di rumah setakat ini?

PKPB di negeri yang Cik TK duduki (Selangor) dan kerja (Kuala Lumpur) bermula pada Rabu, 14 Oktober yang lalu. Pada hari pertama PKPB Cik TK masih bekerja (ada surat kebenaran ke tempat kerja) dan mula Work From Home (WFH) sejak Khamis, 15 Oktober. Sejak mula WFH, hingga detik entri ini dikarang (hari ini, 17 Oktober) masih tidak banyak aktiviti yang Cik TK lakukan di masa senggang. Apa yang sempat setakat ini ialah:


Baca novel

Cik TK ni suka beli buku. Beli je la, bacanya entah bila. Serius banyak lagi buku yang masih belum dibuka. Tidak kira novel atau bacaan ilmiah. Siap ada juga yang masih dalam plastik. Bukan tak nak baca. Tapi tak berkesempatan dan kadangkala rasa tak seronok bila selalu kena baca-berenti-sambung dan baca-berenti-sambung. Jadi, hasratnya kali ini nak baca buku-buku berkenaan. Setakat ni sempat la buka satu novel. Velvet:2 (sambungan dari Velvet) hasil tulisan Ikmal Ahmad, keluaran Buku Fixi. Tak habis baca lagi la tapi. Kalau dapat, Cik TK nak habiskan hari ini.

Velvet:2 hasil tulisan Ikmal Ahmad. Menarik kisahnya. Untuk yang meminati kisah thiller.


Belajar membuat gelang dari benang nylon

Yang melihat story IG Cik TK pastinya perasan kejadian cubaan pembuatan gelang/bracelet dari benang nylon atau orang panggil chinese cord. Yang Cik TK guna ni ketebalannya 2.5mm. Asalnya nak guna paracord. Tapi tak apalah, Cik TK cuba guna benang ini dulu. Hasilnya, menjadi walau ada kecacatan sedikit. Cik TK kurang berbakat dalam benda-benda seni ni maka ianya sedikit mengambil masa.

Antara kesilapan yang berlaku ada seperti salah potong panjang benang, salah pintal (Cik TK tak pasti kalau ianya disebut pintal) dan salah cara matikan benang. Tapi tak apa.. nanti Cik TK perbaiki lagi dan Cik TK juga nak cuba design lain pula!

chinese cord bracelet
Percubaan pertama. Kira menjadi juga la kan?

5m chinese cord
Inilah benang itu pada asalnya, dengan ketebalan 2.5mm, panjang 5m.

3 bracelet
Lebihan benang Cik TK buat lagi dua gelang yang macam ni. Saja nak cuba pelbagai bentuk yang Cik TK jumpa di internet.

Ini yang Cik TK beritahu tadi mengenai kecacatan itu. Salah cara matikan benang itu, maka jadilah setompok hitam hangus di situ. 


Blogwalking

Kebelakangan ini jarang Cik TK dapat blogwalking dan ziarah teratak rakan-rakan sekalian. Kesempatan ini cik tk ambil untuk singgah setakat mana yang sempat. Maaf ada yang masih Cik TK tak sempat singgah terutama mereka yang komen dan baru follow. Nanti Cik TK singgah ya!!



Kongsikanlah juga aktiviti kalian, mana tau Cik TK dapat idea untuk aktiviti seterusnya!


Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. semoga kes covid ni dapat dikawal dan menurun dalam tempoh PKPB ni.
    cantik gelang tu. selamat membaca cik TK :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amiinnnn... Semoga kita semua dijauhkan dari wabak ini..

      Hehe thanks tiara!!

      Padam
  2. Banyak aktiviti boleh buat semasa PKPB.
    Saya di N9 setakat ni masih bebas, harap terus kurang Covid-19 risau juga.
    Stay Safe Cik TK..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, macam2 benda yang boleh dibuat untuk mengisi masa lapang. Nak atau tak nak buat saja.. hehe

      Thanks ya redza! Stay safe juga!!

      Padam
  3. suka color gelang tu! red wine ! hopefully pkpb ni tak bersambung.... take care tau Cik TK

    BalasPadam
    Balasan
    1. my favorite colour tu atie selain dari warna hitam. hehe... awak pun.. take care!

      Padam
  4. memang banyak aktiviti berfaedah yang kita boleh buat du rumah

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul. time ni la kita boleh buat apa2 yang kita nak buat wak

      Padam
  5. walaupun PKPB di KL, akk hari2 gi ofis spt biasa...menarik gak gelang benang nylon tu..nampak rugged je si pemakainya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe masih ramai yang ke ofis ya nohas? cik tk pula jadi wfh. duduk je kat rumah buat apa yang patut.. hehe pertama kali main dengan benang ni

      Padam
  6. Dalam tak sedar kita dapat capai macam-macam dalam PKPB ni kan. Apa pun sama2lah kita doa, semoga Allah angkat dan lenyapkan virus Covid19 ni. Aminn

    BalasPadam
  7. Nice sharing cik TK masa pkpb ni lah ade benda kite xtau buat jadintahu...

    BalasPadam
  8. Ya Allah lama tinggalkan aktiviti sulam dengan benang nylon. Haha baru tahu namanya nylon. Dulu rajin buat orang lidi dengan manik bulat besar. Aduh tidak tahu istilah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada yang panggil benang nylon, ada juga yang panggil chinese cord NA. wahh mesti comel buat orang lidi tu

      Padam
  9. Memang mati kutu kalau tak ada yang nak dibuat selain mengahadap screen. Huhuhu...Baca buku tu pun saya suka juga. Sama lah kita, beli kadang tu tak terbaca. Baru-baru ni beli online lagi buku di MPH. Matilanakk...hahahah~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha kena cari hari dan masa yang sesuai untuk santai2 baca buku ni..

      Padam
  10. Mama pun bekerja sebab kategori essential. Tapi esok xtau lagi mcm Mana huhuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga semuanya dipermudahkan... seram bila fikir ni mama

      Padam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!