Advertisement

RANDOM: PROSPERITY BURGER, NEXTAR BROWNIES DAN TWISTIES SPICY SEAWEED SPLASH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Di Selasa yang ceria ini, Cik TK cuma nak kongsi beberapa benda random. Seperti biasa, random sebab Cik TK rasa nak menulis tapi tak tahu nak tulis apa. Haha!!!  Sebelum itu, Cik TK nak ingatkan kepada semua. Jika keluar itu jangan lupa patuh pada SOP ya! 


RANDOM 1: PROSPERITY BURGER

Cik TK tak pernah layan prosperity sebenarnya. Serius. Sebab kurang layan McD except for the dessert, especially ice cream. Then zaman sekolah muda remaja ada la juga layan untuk Happy Meal. That's all.

Then satu masa ini, masa buat discussion kami singgah McD untuk lunch. Kisah akhir Disember 2020 ni sebenarnya. Masa-masa vibe perayaan Krismas. Pada masa itu, burger prosperity ini baru muncul kembali dan Cik TK pun terus je order prosperity sebab semua kata sedap.

Tadaaa! My first prosperity burger!

Memang sedap rupanya! Patutlah ramai excited bila burger prosperity ini muncul tiap tahun. Twister fries pun mengancam! Dessert seperti biasa Cik TK tak lupa. Haha ada sundae di situ ya. Lepas ni boleh ulang lagi. Eh dah ulang pun sebenarnya masa balik kerja beberapa hari yang lalu. 😅

Masa itu lepas habis discussion dan habis makan-makan, kami jalan-jalan dulu sekitar mall ini. Eh Cik TK lupa nak mention, kami di mall masa tu. Weekday, so tak ramai orang. Sebelum balik itu jalan sekejap cuci mata sebelum ke MRT untuk balik.


Masa itu ada nampak macam maze di perkarangan Mytown ini.

Dalam mall pula ada ini. Comel!!!


RANDOM 2: MENCUBA NEXTAR BROWNIES

Nextar Brownies ni keluaran Nabati (sebuah syarikat dari Indonesia). Produk Nabati ni pun dah banyak juga ada di pasaraya sebenarnya dan banyak produk yang best dari mereka seperti Richeese biskut cheese dan biskut coklat pelbagai jenis dan sebagainya. 

Dah beberapa kali juga baca review kata brownies ni sedap. Tapi semalam Cik TK baru jumpa produk yang ini. Sekotak ada 8 unit, RM2.50 kalau tak silap semalam. Rupa dia macam biskut tapi textur dia lembut. Memang sedap macam brownies, comel lagi mini size, mudah nak bawa ke mana-mana.

Sekotak ini ada 8 unit di dalam

Comel je saiznya kan?

Macam ini rupa di dalamnya. Macam biskut, tapi lembut saja

Ini pula rupa dalamnya. Comel enak dan lazat!


RANDOM 3: TWISTIES SPICY SEAWEED SPLASH

Semalam juga Cik TK jumpa Twisties dengan rasa yang tak pernah Cik TK tahu sebelum ini. Rasa spicy seaweed. Jadi sebagai peminat seaweed memang wajib la Cik TK rasa kan? Pada Cik TK, rasanya okaylah masih boleh diterima cuma rasanya mungkin lagi best kalau tiada rasa pedas. Mungkin sebab Cik TK ni jenis kurang makan pedas kot. Apapun, Twisties rasa cheese dan tomato still terbaik! 

Tadaaa! Inilah packagingnya warna biru.

Inilah rupa dalammya



Catat Ulasan

20 Ulasan

  1. that nextar looks so tempting!! huaa drooling .. nak kena cari ni... then prosperity pula tak kena dgn tekak i :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe sedap nextar tu.. ada masa nanti boleh cari tu atie. Kat ecoshop pun ada tu dengarnya

      Padam
  2. prosperities tu mmg set yg ditunggu² setiap tahun... dr muda sampai skrg suka... tp cukup mkn sekali je sudah.. lepas gian kata org... twisties seaweed tu penah gak beli, mmg pedas tp anak² kakmim mkn je.. ibu nya tak sbb ibunya mmg xkn pandang twisties selain tomato or chicken

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe Cik TK baru merasa prosperity. Next year boleh layan lagi.. hehehhe

      hehe kita sama suka yang tomato

      Padam
  3. Semua nampak sedap. Tahun ni tak dapat lagi prosperity tu.

    BalasPadam
  4. Prosperities burger tu memang tunggu tiap-tiap tahun. Paling suka twister fries tu :)

    BalasPadam
  5. Cheq ni pulak tak suka prosperity burger sebab black pepper sauce dia overwhelming sangat 😬

    Nextar brownies tu nampak menarik 🤓

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe faham.. ada je orang tak suka rasa blackpepper yang kuat

      kannnn

      Padam
  6. peminat prosperity bueger mmg akan tgu sbb skali sethn muncul..husband peminat...ank ngan mamanya suka big mac

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha ni betul. tengok kawan2 pun dok menanti prosperity muncul tiap tahun

      Padam
  7. Nextar Brownies tu macam sedap je. Biasa gak makan biskut nabati. Boleh cuba try Nextar Brownies tu pulak. Twisties spicy seaweed pun nampak menarik untuk dicuba.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biskut nabati ni sedap gak. biasa makan yang cheese tu.

      Hehe sila sila kak fiza! Selamat mencuba!

      Padam
  8. Ambooi cik TK heheee..sedap semua makanan yg awak tayang ni haaa heheee ^_^

    BalasPadam
  9. eh nextar tu kita makan jugak hehehe beli kat ecoshop RM2.10! btw follow sini :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat ecoshop yaaa... nanti kalau ke sana boleh cari!

      Thanks sudi follow ye awak!

      Padam
  10. nextar dgn twisties tu sy x jumpa lg

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!