Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dengan bertambahnya sebulan lagi tempoh PKPB sehingga 6 Disember 2020, maka dengan ini diumumkan bahawa Cik TK semakin tepu rasanya dirumah. Hahaha! Boleh je kalau nak keluar, kalau Cik TK ada tujuan sahaja. Pergi beli barang ke atau apa-apa urusan lain. Keluar saja-saja tu tak adalah. Kalian pun sama ya, keluar bila perlu sahaja. Mari kita sama putuskan rantaian Covid19 ini.
Cik TK kadang-kadang bosan juga dirumah. Jadinya di masa senggang macam-macam yang Cik TK cuba buat ikut mood. Sekejap membaca, sekejap tonton drama dan movie, sekejap tidur (eh?) dan benda-benda lain seperti dibawah.
Seperti dalam entri sebelum ini, kali ini Cik TK cuba membuatnya lagi menggunakan chinese cord atau tali nylon dan paracord. Kali ini temanya fully black! Saja Cik TK cuba buat bracelet dan knot (simpulan tali) seperti ini kerana ianya kelihatan menarik dalam tutorial di Youtube dan Pinterest! Di bawah ini antara yang siap. Ada lagi, tapi dah pergi kepada tuan masing-masing (adik-adik) dan lupa nak snap gambar.
Di bawah ini pula adalah benang yang Cik TK gunakan. Benang nylon hitam 2.5mm (segulung terus atau 100m Cik TK rembat sebab masa beli yang warna wine red tempoh hari 5m sahaja tidak cukup untuk Cik TK main-main) dan juga paracord hitam 4mm (yang ini se-bundle terus 30m). Kenapa banyak-banyak sangat ni? Sebabnya yang pertama, saja nak isi masa lapang bermain benda ni dan sebab kedua, Cik TK ada benda yang Cik TK nak cuba buat. Kalau menjadi, Cik TK akan kongsikan di sini.
Selain daripada ini Cik TK pun suka tengok tutorial Macrame di Youtube dan Pinterest. Maka adakah Cik TK akan mula cuba buat Macrame pula lepas ni?
Nota kaki: Apabila terpengaruh dengan tutorial-tutorial di internet maka inilah jadinya... (TヘT)
20 Ulasan
Pandainya buat.. boleh jual dh ni
BalasPadamEr, hai cik TK.. kakmim br dtg follow... follower ke-500... hihihihi
hehe tak berani lagi nak jual. sekadar suka-suka saja ni.
PadamWahh terima kasih sangat2 sudi singgah dan follow!! Nombor bertuah ni 500 ヾ(≧▽≦*)
cantiknya cik TK, boleh buat gelang, getah rambut!!! waaa boleh buat jual ni
BalasPadameh nampak macam getah rambut ye? okay Cik TK perbaiki cara buatnya nanti...
Padamtak la Cik TK, nmpk obviously gelang.. tapi boleh jadikan getah rambut juga hehehe
PadamOo faham faham.. maaf Cik TK salah faham tadi..
PadamMemang kena ada aktiviti untuk isi ruang-ruang PKPB.
BalasPadamBetul sebab bila wfh ni kebanyakan masa berada dirumah. Jadinya ada banyak masa senggang yang boleh diisi.
Padamcantik, akak musim pkpb ni kene kerja ke opis jugak, jadi idok la bosan sangat duduk kat rumah ada la keluar jugak kan
BalasPadamBestnya ada juga pergi office.. Cik TK dah hampir sebulan juga ni tak ke tempat kerja
PadamCantiklah. Pandai buat ikatan gelang tu.Kemas je tengok. Boleh jual tu. Saya suka juga buat macrame. Dah buat untuk tali gantung pasu :)
BalasPadamThanks fiza! Wahhh menarik kan macrame tu. Kalau pandai buat cantik hasilnya!
Padamsesuai aktiviti begini time2 PKPB ni.. ada benda nak dibuat
BalasPadamisi masa lapang.. plus aktiviti cemni boleh hilangkan stress..
Ini betul, tengah2 bosan tu boleh cari something untuk isi masa lapang
PadamBagus juga ade aktiviti mcm ni..skurg nya dpt la mgisi msa lapang yg bosan duduk kt rumah dan plg bagus ade modal nk update entri heheee :) kan cik tk :)
BalasPadamHaha sambil menyelam minum air.. hehee... Apa pun, seronok try buat benda2 baru ni kak shida! Masa pun terisi!
PadamSangat kreatif, kemampuan mendengar dan kepiwaiannya dalam merajut sejalan dengan tingkat kreatifitasnya. salut. Oh ya, blog ini sangat ringan, padahal widgetnya sangat banyak. apakah ada aplikasi khusus. Sangat ringan loading blog ini.
BalasPadamMakasih ya mas.. oh ya nggak ada aplikasi khusus tuh mas... Alhamdulillah bagus dehh kalau loadingnya cepat.
PadamKalau ada hobi kita tak akan terasa bosan walau pun berhari hari duduk di rumah
BalasPadamHaaa ini betul! Sebab kita ada something yang nak dibuat selalu
PadamJangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!