Advertisement

AKTIVITI TIGA BULAN DIRUMAH - PART 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebelum ini (dalam entri ini) pernah Cik TK mention yang Cik TK akan tulis satu entri mengenai apa yang Cik TK buat sepanjang tiga bulan berada dirumah kerana pandemik ini. Selain daripada kerja dirumah (work from home - WFH) di masa senggang, inilah antara aktiviti-aktiviti Cik TK (ikut mood waktu itu nak buat yang mana):



Menonton movie/marathoning series

Untuk yang ini, Cik TK tonton macam-macam movie (sama ada tonton sendiri atau pun bersama keluarga) yang ada di Youtube dan juga Facebook. Movie apa? Serius secara rawak saja. Mana-mana yang yang nampak macam best, layan saja. 

Sementara untuk yang bersiri, Cik TK layan kebanyakannya anime. Baru atau lama semua Cik TK layan. Charlotte, Noragami, Kamen Rider Zero One, bahkan Ultraman Dyna. Seronok bila layan balik cerita lama-lama ni.

Suka Ultraman Dyna ni (Sumber gambar)


Belajar muzik

Cik TK memang sudah lama nak berjinak-jinak dengan alat muzik (selain daripada rekorder masa zaman sekolah dulu kan). Jadi kisahnya, dirumah ada sebuah gitar kapok milik adik Cik TK. Tapi disebabkan dia sudah lama tidak menggunakannya, maka Cik TK pun ambil jadi harta untuk saja-saja belajar main. Tambah ilmu, tak salah kan.

Cik TK bagi tunjuk sikit tengah pegang fret ukelele.
Yang anak panah tu stand untuk gitar dan ukulele

Selain itu, Cik TK juga sempat beli ukulele beberapa bulan sebelum mula PKP sebelum ni, memang nak belajar tapi tak sempat-sempat. Jadi semasa tempoh tiga bulan ada dirumah ini, Cik TK buat kerja gila cuba belajar kedua-dua instrumen ini serentak.

Untuk pengetahuan kalian semua, kedua-dua instrumen ini mempunyai perbezaan yang sangat ketara. Di mana gitar mempunyai 6 tali dan ukulele pula 4 tali. Bunyinya berbeza. Kedudukan chord nya juga berbeza untuk kedua-dua instrumen. Maka apalagi, pening jadinya. Contoh seperti gambar di bawah ini, ini baru chord C Major.

Perbezaan chord C untuk ukulele (atas) dan gitar (bawah)
Sumber gambar dan info lanjut perbezaan gitar dan ukulele boleh rujuk di sini

Untuk alat-alat muzik ini, bukan sahaja perlu mahirkan diri dengan chord (sekurang-kurangnya chord asas). Cara tuning dan cara strumming juga perlu dipelajari. Tapi secara jujurnya, untuk beberapa bulan ini, Cik TK rasa ukulele lagi senang untuk dimainkan. Lagi-lagi untuk orang yang baru nak berjinak-jinak dengan alat muzik. Itu pendapat Cik TK lah.

Cik TK masih baru dengan gitar dan ukulele ni dan masih belajar lagi. Dan tiba-tiba Cik TK ada wishlist baru. Cik TK nak belajar main drum dan Kalimba pula. Untuk yang tak pasti apa itu kalimba, boleh rujuk video di bawah. Cik TK belum ada kalimba lagi, masih menjalankan sesi tinjau-meninjau dulu dan dalam sesi mencari dulu maklumat cara penggunaan.



Selain itu, Cik TK pun saja la cuba-cuba nak belajar vokal. Bukan untuk jadi penyanyi, tapi saja nak belajar benda baru dan ianya menarik! Belajar dari Youtube saja, majoriti yang Cik TK biasa tonton adalah dari channel VokalPlus dan juga channel AmaZane.





Cik TK rasa sampai sini dulu... Nantikan akan datang sambungan entri ini part 2. Terima kasih sudi singgah dan baca.


Nota: Sambungan Part 2 di sini


Remark: Sepanjang tiga bulan tu, zon masa tidur Cik TK lari sampai tak dapat nak kejar. Selalu tidur lambat, bahkan pernah tak tidur langsung. Segalanya bermula seperti di bawah.

Sumber





Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Haha sama jadi kelawar lebih-lebih lagi bulan puasa.
    Singgah sini hujung minggu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa itu betul.. lagi-lagi masa bulan puasa. Paling dahsyat punya.. selalu jadi burung hantu waktu tu..

      Padam
  2. Canggihnya aktiviti PKP dia...hihi, cheq ni pula banyak layan K-drama dengan memasak saja masa PKP tu 😆

    Follow sini #403 🎈

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kdrama Cik TK sempat gak layan Skycastle dan Hospital Playlist. Best!!

      Tq sudi follow <3

      Padam
  3. Wow..belajar musik...semoga sukses ya..

    BalasPadam
  4. Wahh..minat bidang seni..semoga berjaya..first time dgr alat muzik kalimba..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pasal kalimba ni pun Cik TK first time tengok kat youtube.. Dari situ rasa macam menariknyaaa!!!

      Padam
  5. hahaa..marathon tu samalaa..shida pun pulun habis tgk movie korea ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. uii bestnya! banyak kan movie ngan drama korea yang best2

      Padam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!