Advertisement

EMAIL DARI GOOGLE SEARCH CONSOLE

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Pejam celik pejam celik, tiba-tiba dah masuk bulan Jun. Cepat betul kan masa berlalu, dah masuk tengah tahun. Musim panas ke musim hujan ya sekarang ni? Sebab bila waktu panas, terik betul sampai nak keluar pun malas. Tapi bila mula hujan, hmm... Macam kelmarin, satu hari suntuk hujan on off dan sejuk satu hari. Bestnya!!!  Hehe, baiklah kita terus kepada tujuan entri kali ini. Semalam Cik TK buka email. Lama tak buka email sebenarnya, jadinya masa tengah skroll tengok ada email apa yang menarik mata Cik TK terkunci pada satu email yang Cik TK terima dari Google Search Console seperti yang Cik TK screenshot di bawah ini. Tadaaaaa!!



Kemudiannya Cik TK search email seperti ini sebab nak perhati balik rekod bulan-bulan lepas. Rupanya yang sebelum-sebelum ini tidak ada yang pernah cecah 3K clicks. Jadi bila terima email seperti ini rasa seronok pula. Sebab kebelakangan ini Cik TK jarang update blog. Moga selepas ini Cik TK ada lebih banyak kesempatan dan idea untuk menaip. Bulan Jun ini, ada perubahan untuk jadual kerja Cik TK sebenarnya. Harap segalanya akan baik-baik saja dan kena mula belajar membiasakan diri dengan keadaan baru.

Oh ya, berbalik kepada email tadi... Apabila Cik TK tekan button 'See insight for your site' yang ada di bahagian bawah email berkenaan, maka keluarlah carta kejuaraan kata kunci mana dalam Google Search yang boleh sampai ke blog Cik TK. Cik TK screenshot top 10 sahaja dan Cik TK nyatakan top 4 entri yang ditunjukkan di dalam carta berkenaan. Nanti korang boleh la singgah juga lepas ni kalau belum pernah baca lagi! Cik TK sertakan linknya di bawah carta ini ya!

 


4 Entri yang berkaitan dengan carta di atas:















Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. tahniah cik TK... jadi semangat kn bila dpt email mcm ni

    BalasPadam
  2. Tahniah. Ini google hendak beri semangat.

    BalasPadam
  3. tahniah! sedap tu mee tarik...

    BalasPadam
  4. wah..hebat. moga jadi pemangkin semangat Cik TK terus update blog ya

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!