Advertisement

ANIME FEST 2022 @ PARADIGM MALL, PETALING JAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ini, para peminat anime sudah pastinya tahu akan kewujudan Anime Fest yang diadakan dari 12 Mei hingga 16 Mei 2022 yang lalu dan sudah pastinya ramai di antara peminat-peminat ini yang mengunjungi Anime Fest. Dan itu sudah semestinya termasuklah Cik TK. Baik, sebelum Cik TK pergi lebih lanjut Cik TK terangkan dahulu apa itu Anime Fest. Anime Fest adalah sebuah konvensyen mengenai ACG, iaitu Animation, Comics and Games yang dianjurkan oleh Comic Fiesta (CF). Apa pula itu Comic Fiesta? Comic Fiesta adalah sebuah konvensyen ACG yang boleh dikatakan paling lama (sejak 2002 kalau tak silap), paling besar dan paling ditunggu-tunggu setiap tahun oleh para peminat anime dan manga terutamanya. Sebelum ini Cik TK pernah pergi ke CF pada tahun 2018 dan 2019. Memang best!!


Balik kepada Anime Fest tadi. Anime Fest ni bukanlah Comic Fiesta 2022. Ianya macam mini konvensyen anjuran Comic Fiesta. Walaupun begitu, kemeriahannya sangat wow! Haha terus jadi speechless. Sangat ramai yang berada di sana. Cik TK memang sudah merancang awal untuk ke sana pada hari keempat, iaitu Ahad 15 Mei bersama Encik L dan juga adik lelaki Cik TK (kita panggil dia M ya). Jadi sebelum itu selalu tengok update keadaan di sana melalui media sosial. Massive crowd, orang yang sangat ramai pada awalnya membuatkan Cik TK jadi ragu-ragu nak pergi atau tak. Tapi disebabkan minat, Cik TK pergi juga! Kiranya untuk tahun ini, inilah kali kedua Cik TK pergi event berkaitan anime. Yang pertama hari tu Lubok Menan 2.0 yang diadakan di Bangi.

Anime Fest ini diadakan di Paradigm Mall, Petaling Jaya. Disebabkan orang sangat ramai di sana, kami sengaja tak pergi dengan kereta. Takut nanti jalan sesak (lagi sebab public holiday) dan sudah semestinya tiada parking. Kami guna kenderaan awam iaitu LRT. Untuk ke sana ada 2 cara kalau naik LRT. Turun di stesen Kelana Jaya dan naik Grab dari sana, atau di stesen Glenmarie dan jalan kaki kira-kira 15 minit. Kami pilih pilihan kedua, sebab 15 minit berjalan kira tak jauh sangat. Lagipun kami bertiga ni memang kaki jalan. Jadi dah biasa jalan-jalan. Tiba di sana terus wow, ramainya... Mata kami terus liar lihat para cosplayer, mencari watak-watak yang kami suka, juga watak-watak yang menarik dan terus bergambar dengan mereka! Oh ya! Kalau nak bergambar dengan mereka, sila minta izin juga ya. Jangan pula tarik mereka dan terus snap gambar pula. Kena jaga adab. Sekurang-kurangnya, sapa mereka dan tanya boleh tak kalau nak berfoto dengan mereka. "Hai, boleh saya bergambar dengan awak?". Itu contohnya. Dekat area Cosplayer Square memang ramai cosplayer berkumpul maka Cik TK memang cuci mata.

Kemudian kami ke tingkat atas nak menuju ke kawasan yang ada booth barangan anime (ACG Market). Part ni 'menangis' sikit kerana ada eskalator yang rosak. Ada satu tingkat tu eskalator naik yang rosak dan satu tingkat lagi tu eskalator turun yang tidak berfungsi. Oh ya, lepas balik nampak di media sosial ada seekor Pikachu besar (watak dari Pokemon, tengok gambar di bawah nanti) yang sedang perlahan-lahan menuruni eskalator yang rosak, terus macam... "Waaaaa... Comelnyaa! 🥰". Huhuuu kalau dapat tengok depan mata mesti lagi best! Eh macam terpesong pula. Balik ke booth tadi. Tiba di kawasan ACG Market, rasa macam kawasan ini yang paling sesak. Susah nak bergerak dan tengok barang, tapi dapat juga kami habiskan satu round dan lepas tu terus naik tingkat atas lagi sebab ada Collector's Gallery. Jadi kami tengok keadaan ACG Market tadi dari tingkat atas. Ramainya... Tak sangka kami redah keramaian itu tadi. 😅 Dekat setiap tingkat yang kami pergi, kami enjoy cuci mata tengok para cosplayer. Kagum juga bila tengok banyak diantara mereka yang menggayakan watak mereka dengan jayanya. Ketelitian kostum dan pembawakan watak yang dimainkan, wow! Banyak juga kami ambil gambar, di bawah Cik TK kongsi sedikit gambar yang Cik TK ambil. 

Tadaaaa! Pikachu!! Comelnyaa!!!! 🥰

Ada ramai juga hijabi cosplayer. Jangan ingat pakai tudung tak boleh cosplay tau. Ni watak Nezuko dari Kimetsu no Yaiba (Demon Slayer). 

Anyaaaa!!! Cik TK jumpa banyak Anya di sini! Ni salah satu. Sekarang Cik TK layan anime Spy X Family. Sangat best! Selain Anya Forger, ahli keluarga Forger yang lain iaitu Loid Forger dan Yor Forger (watak ibu bapa Anya) juga ada. 

Kamen Rider Vice dari Kamen Rider Revice!

Peminat anime Detective Conan sudah pasti kenal watak ni. Kaito Kid!!!

Semua adaaa!!! Geng Akatsuki dari anime Naruto! Peminat Naruto sudah semestinya kenal semua watak-watak ni! Oh ya, sebelah Cik TK tu M, adik Cik TK.

Ni yang paling Cik TK suka. Imajin dari Kamen Rider Den-O, siri Kamen Rider yang paling Cik TK suka! Yang hitam tu Deneb, diikuti dengan Momotaros (merah), Urataros (biru) dan Ryuutaros (ungu). Kalau ada Kintaros (kuning) dan Sieg (putih) mesti lengkap. Dan lagi best kalau ada watak utama sekali iaitu pelakon favourite Cik TK iaitu Takeru Sato! Haha tapi itu tak mungkin la. Hehe...

Kamen Rider Zeronos dari Kamen Rider Den-O. Teringat watak Sakurai Yuuto, comel! 

Kami di sana tak lama sangat. Tiba kira-kira jam 12 di sana, jam 2.30 macam tu dah gerak keluar dari sana. Tak boleh nak lama-lama juga sebab ramai orang. Makan tengah hari pun bukan di sana, sebab semua lokasi ramai orang, jadi masa on the way nak ke LRT Glenmarie tu kami singgah makan di kedai mamak dulu sebelum meneruskan perjalanan. Akan datang, bakal ada pelbagai event anime lagi. Bulan depan (Jun) kami aim nak ke Cos-Mic di Sunway Clio Exhibition Centre yang akan diadakan pada 25 dan 26 Jun 2022. Jadi panjang pula entri kali ini, rancangan asalnya nak buat Wordless Wednesday (WW) je sebenarnya. Baik lah, sampai sini saja kali ini. Nanti jumpa lagi entri akan datang. 



Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. mesti meriah dan teruja dgn costume diaorg ni kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe memang meriah.. best terutama untuk penggemar dunia anime, manga, game dan cosplay

      Padam
  2. Bestnya dapat pergi..Harap lepas ni boleh join jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Next ada event 25-26 jun. Join la! Di Sunway Clio Exhibition Centre

      Padam
  3. tak minat anime sangat, tapi Kaito Kid tu memang kenal lah. hehe. best event ni kalau betul minat

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!