Advertisement

RESTORAN MEE TARIK, MENARIK UNTUK DICUBA JIKA DATANG KE SEKITAR PASAR SENI

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Apa khabar semua? Baru-baru ini, (beberapa hari lepas juga la sebenarnya) Cik TK pergi ke kawasan Pasar Seni, Kuala Lumpur untuk saja lepak-lepak cari makan semasa on the way balik dari kerja. Memandangkan ketika itu sudah mula gelap (baru jam 7.40 pm), di kawasan sana kebanyakan kedai sudah pun tutup awal maka kami pun merayau cari kedai mana yang masih buka. Tiba di jalan yang ada restoran Leaf n Co. (Cik TK pernah cerita pasal restoran ini) ternampak diseberangnya ada satu kedai mee tarik yang masih dibuka. Jadi kami ambil keputusan untuk makan di sini.

Restoran Mee Tarik, sebuah restoran muslim-friendly. Pelanggannya yang agak ramai dan berbilang kaum (sampai diluar ye meja makannya pada masa itu)  memberikan impresi pertama yang positif, menunjukkan mesti menu hidangan di restoran ini enak-enak belaka. Semasa baru menjejakkan kaki di restoran ini, seorang uncle yang bekerja di sini tanya kami berapa orang dan terus menghalakan kami ke meja kosong di dalam. Setelah duduk di meja, ada kod QR di atas meja yang boleh di scan untuk melihat menu dan order. Memang banyak hidangan menarik untuk dicuba di sini. Cik TK ambil keputusan untuk mencuba Beef Ramen dan Encik L pula order Beef Daoxiao Noodle. Daoxiao ini, menurut pakcik Google maksudnya mi yang dipotong nipis dari doh dan terus direbus. Mi yang dibuat di sini kita boleh lihat adegan pembuatannya secara langsung, mi yang ditarik-tarik serta mi daoxiao yang dipotong-potong laju masuk ke rebusan air melalui dapur yang berada di pintu masuk. Yup betul, dari luar pun boleh lihat terus bagaimana mi ini dibuat. Selain hidangan mi, Cik TK juga order Chinese Dumpling manakala Encik L order Steamed Twisted Roll. Rasa lapar pada masa itu sesungguhnya mendorong kami untuk memesan lebih banyak makanan. 😅

Beef ramen. Mi yang kenyal dan sup yang enak!

Ini pula mi daoxiao. Mi yang ini lebih lebar dan tebal sedikit dari beef ramen yang Cik TK makan.

Masa Beef Ramen Cik TK tu sampai (hidangan pertama yang sampai ke meja kami), kami terkejut dengan saiz mangkuk dan portion yang agak banyak. Boleh tahan juga ni. Timbul juga perasaan ragu pada mulanya adakah dapat habis makan semua menu yang kami order tadi. Tapi rasa mi yang kenyal bersama sup yang enak membuatkan semuanya habis licin. Steamed Twisted Roll tu juga enak, boleh dimakan begitu sahaja. Bagi Chinese Dumpling pula, kami cicah dengan campuran chilli oil dan kicap cuka. Sedap, nak makan dumpling tu  macam tu saja pun boleh. Bila tengok dumpling ni teringat pada Gyoza. Rupa gyoza dan dumpling ni sama, cuma Cik TK biasanya jumpa gyoza ni jenis yang digoreng (pan fried). Tadi risau tak habis, akhirnya habis licin kami makan semua 😁

Secara kesimpulannya, hidangannya enak dan lain kali bila datang area Pasar Seni boleh singgah lagi makan mi tarik di sini. Boleh try menu lain pula nanti! 

Yang disebelah kanan ini Chinese dumpling. Nyummy!

Ini lah rupa Steamed Twisted Roll tu. Macam pau, tapi bergulung macam ni. Tiada inti, tapi sedap dimakan begitu sahaja.


Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. eh..saya suka mi tarik. boleh cuba ni. selalu jugak ke area pasar seni

    BalasPadam
  2. Susah saya makan makanan sebegini. Mungkin sebab belum pernah mencuba.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti ada kesempatan boleh cuba makan mee tarik

      Padam
  3. menarik utk dicuba...feveret nih..

    BalasPadam
  4. kalau jalan yg ada Leaf n Co tu rasanya kawasan petaling street...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah dekat2 dengan petaling street, dekat dengan mrt pasar seni juga

      Padam
  5. saya memang suka mi tarik ni.. lagi2 kalau dibanjiri dengan cili oil.. letak banyak2 pun tak pedas

    BalasPadam
  6. Menarik semuanya. Saya jenis suka mencuba. Kalau ada depan mata memang nak terkam semua hehehee.

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. Maaf tanya, kedai ni ada sijil halal ke? Kedai ni owner Chinese Muslim @ kedai Chinese? Sebab dia cakap Muslim-friendly je. Muslim-friendly ni tak semestinya halal. Better cek halal JAKIM. Kalau betul halal & semua staff Muslim, Alhamdulillah

    Selalunya yang buat food review & suggest restoran Muslim-friendly tu di kalangan chinese jugak. Takut juga kalau istilah Muslim-friendly diguna sebab takde daging babi. Tak semua non Muslim tau syarat halalan toyyiban kita

    Maaf ya, saya tanya je

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!