Advertisement

RANDOM: PEWARNA MAKANAN DAN ZENTANGLE

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ini Cik TK nak berkongsi sedikit kisah berkaitan seni. Kisah bulan lepas ni sebenarnya, baru nak share sekarang. Serius, bulan lepas tersangatlah sibuk sampai tak sempat nak buat banyak benda sebenarnya. Bukan setakat dengan tugasan hakiki, malah Cik TK sibuk melayan Dhia yang suka melekat dengan mak long dia ni.


ALKISAH PEWARNA MAKANAN


Di suatu hari cuti, Cik TK pun tak ingat bila sebenarnya... Cik TK terpengaruh dengan satu posting di TikTok ni. Cik TK dah lama nak main-main warna air sebenarnya. Tapi tak nak beli warna air sebab takut nanti tak pakai, terletak macam itu saja. Di posting berkenaan, pewarna makanan yang expired digunakan sebagai bahan pewarna.

Maka Cik TK pun kedapur cari pewarna makanan kot kot ada yang telah tamat tarikh luputnya. Dan Cik TK jumpa dua botol. Satu warna biru (true blue) dan satu lagi warna merah (cochineal). Maka bereksperimenlah Cik TK dengan yang warna biru ini terlebih dahulu. Pandai-pandailah nak bancuh macam mana. Cik TK tak reti pun, main try and error saja. Dan jadilah hasilnya seperti di bawah. Next time ada masa boleh cuba lagi dengan yang warna merah dan campurannya (boleh jadi ungu).

Jadi begini, Cik TK gunakan untuk journal

Inilah yang Cik TK gunakan. Dah expired, mama jarang pakai.

ALKISAH ZENTANGLE


Rasanya ada antara korang mesti dah nampak karya di bawah ini. Bila tengok macam ini, rupanya macam itik pula ya. Ini namanya zentangle. Merujuk kepada kita melukis sesuatu yang berulang-ulang, dimulakan dengan kertas kosong dan menjadikan segi empat sama sebagai 'canvas'nya. Tapi yang ini Cik TK hentam je buatnya. Masa tu lukis sambil dengar talk ke kursus ke apa entah masa tu. Kira nak hilangkan mengantuk juga sebenarnya ni. Cik TK juga ada up mengenai ini di TikTok, kalau rajin boleh la layan.

Boleh baca kisah lain juga:

@ciktk Reupload... Sometimes zentangle may help to be more focus. #zentangle #zentangleart #art #creative #drawing #artwork #letsdrawsomething ♬ FEEL THE GROOVE - Queens Road, Fabian Graetz


 

Catat Ulasan

10 Ulasan

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!