Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua? Cik TK sekarang ni cuti 5 hari, bermula hari ini. Jadi perancangannya masa cuti ni, Cik TK nak relax puas-puas layan movie, layan Dhia.. dan... hmm.. entah la. Tak plan pun nak buat apa sebenarnya. Cik TK saja-saja ambil cuti nak rehat je sebenarnya. Mungkin juga nanti akan keluar ke mana-mana, ada beberapa hari lagi. Tapi buat masa ini, masih tiada perancangan lagi.
Baik, kembali ke tajuk asal kita. Tengah hari tadi, kami buat sesuatu yang Cik TK pun tak tahu nak panggil apa sebenarnya. Alkisahnya roti ni dah nak expired. Maka, untuk menghabiskannya mama terfikir idea ni. Roti ni dikoyak-koyakkan, digaul dengan chicken floss, bersama sos dan mayonis. Juga sedikit oregano. Kemudian semuanya digaul-gaul dan dimasukkan kedalam loyang, dimampat-mampatkan sedikit. Tambah lagi mayonis di atasnya. Nak tambah cheese habis stok pula. Kemudian, ianya dibakar sebentar didalam oven. Maka jadilah hasilnya seperti yang dibawah ini.
Nak kata puding, bukan puding. Nak kata kek pun bukan. Oh buat-buat tak nampak sahaja dengan kuey tiaw goreng dibelakang tu. |
Tadaaaa! Inilah rupanya setelah sepotong diangkat keluar dari loyang. Sedap rasanya! Boleh buat lagi lepas ni! |
15 Ulasan
Nampak sedap! 😋👍🏻
BalasPadamHehe memang sedap!
Padamtak kisahlah kek ke roti..janji sodap
BalasPadamya benar tu ammi! dan kenyang!!
Padamteringin pula saya nak try hehehe
BalasPadamnyummy! kak syaz boleh try buat...
PadamNak kata kek pun bukan kek. Nak kata puding pun bukan. Yang penting sedap, menjadilah tu. Lepas ni boleh dah create resepi baru
BalasPadamHehe yg penting kenyanggg!!!
Padamtgk pon sedap kek roti ituuu.,. ;p
BalasPadamHehe thanks wak!
Padamyang penting boleh dingap beramai2 heheheh
BalasPadamhehe betul tu kak dana!
PadamNampak sedap.. inovatif sangat, Cik! 😁
BalasPadamOhcyaa, "kek" tu "cake" kah? Dalam Bahasa Indonesia itu kue
iya mas! kue kalau dalam bahasa indonesianya.
PadamMemang seronok kan bila ada leftover kita buat macam ni. Ubah selera
BalasPadamJangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!