Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kalau korang ingat, sebelum ini Cik TK pernah join giveaway (GA) diblog kak Shida. Dan jarang-jarang berlaku, Cik TK menang GA! Alhamdulillah, rezeki walau masa tu join betul-betul last minute... Kemudian, beberapa hari lepas, ada sebuah parcel J&T tiba dirumah. Masa tu kira-kira jam 3 petang Cik TK tengah kerja dan tak sempat nak angkat call dari abang J&T. Sekali abang tu hantar mesej dan gambar di Whatsapp mengatakan dia meletakkan sebuah parcel di atas pagar. Zoom gambar masa tu tak nampak nama sendernya, agak kabur. Tapi dari bentuk huruf-hurufnya, Cik TK rasa itu nama kak Shida. Terus rasa excited! Telefon mama masa tu minta tolong ambilkan parcel kat atas pagar cepat-cepat. Tapi cepat-cepat pun, Cik TK masih kat tempat kerja. 😅 Mama ambil gambar parcel tu, yup memang dari kak Shida. Excited jap! Kalaulah ada pintu doraemon kan, buka pintu terus tadaaaaaa balik rumah sekejap nak buka hadiah!
Malam tu tiba dirumah jam 11.20 malam (shift petang masa tu), lepas dah mandi apa semua baru duduk tenang-tenang dan buka parcel tu. Hati-hati Cik TK buka takut kalau-kalau terosakkan isi di dalam. Dan tadaaaaaa! Dalamnya ada sebuah kotak beserta nota di atasnya. Thanks ya kak Shida!!!
Terima kasih kak Shida!! |
Tadaaaaa!!! |
Meriah ada 7 jenis item di dalam kotak misteri ini! |
Rasmikan terus! Selamat masuk ke novel! |
3. 2 paket serbuk kari ayam & daging dan serbuk kari ikan Cap 0 - belum buka lagi sebab serbuk kari di dapur masih belum habis. Habis sahaja nanti Cik TK rasmikan yang ini pula!
4. 1 unit senduk kayu - Comel je Cik TK tengok senduk kayu ni. Eh ke spatula namanya? Yang penting senduk ni selamat mendarat didapur dah. Boleh guna untuk madu ni. Juga untuk rempah.
5. 1 keping facemask Jovian - Cantik mask ni. Rasa sayang pula nak pakai cantik sangat!
6. 1 unit frame gambar - Nanti Cik TK akan cari gambar yang sesuai nak letak didalamnya.
7. 1 paket Sambal Goreng Wanez - Variasi bilis dan pucuk ubi. Pertama kali Cik TK jumpa sambal yang ada pucuk ubi sekali didalamnya. Cik TK dah try dan ianya sedap! Makan dengan nasi hangat dengan telur mata sahaja pun memang best!
Sambal ini Cik TK dah layan di tempat kerja. Cik TK memang bawa bekal berbungkus dari rumah macam ini, sebab malas nak basuh bekas. Sambal ni memang sedap! |
Meriah kan hadiah-hadiahnya? Oh ya! Sebenarnya Cik TK ada ambil video semasa unboxing parcel tu. Korang boleh la layan videonya di bawah ini ya!
@ciktk Menang GA dari blog Shida Radzuan, jom kita unboxing kotak misteri! #KotakMisteri #Hadiah #Blogger #unboxing #fypã‚· ♬ Acoustic guitar live performance Gentle and nimble in nature(1007339) - Melonest
Akhir sekali, terima kasih sekali lagi kak Shida! Nanti kalau ada GA lagi insyaAllah Cik TK join lagi. Kepada semua yang sedang membaca entri ini, kalau ada yang masih belum mengenali kak Shida bolehlah terus klik banner di bawah ya!
14 Ulasan
tahnia diucapkan
BalasPadamThanks etuza!
PadamTahniah Cik TK. Memang meriah hadiah-hadiah dari Shida. Terliur tengok sambal tu
BalasPadamAlhamdulillah.. thanks ya kak sal
Padamtahniah, syok tengok sambal goreng kering tu. Sesuai di makan dengan apa-apa je
BalasPadamBetul tu kak dana. Btw, thanks ya kak
Padamsambal goreng tu mmg sedap kan! yg sy pnya kejap je abs sbb sedap sgt.. haha
BalasPadamtahniah cik TK! =)
Thanks awak... Haha kann kejap je habisss
PadamAlhamdulillah rezeki. Tahniah Cik TK. menang giveaway ni memang boleh buat hati berbunga sbb bila hadiah sampai tu, rasa berbunga je kan. serupa surprise gitu haha
BalasPadamThanks awak..
Padamtahniah cik TK :) rezeki gak tu
BalasPadamAlhamdulillah... Thanks kak ana
Padamcongrats!!
BalasPadamthanks mummy ayu!
PadamJangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!