Advertisement

RESEPI: SAYUR CAMPUR MAIN CAMPAK-CAMPAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kadangkala ada waktunya rasa macam dah tak tahu nak masak lauk apa. Jadi kadang tu bila dah tak tahu nak masak lauk apa tu, main campak-campak sajalah. Untuk kali ini ada sardin dibelakang tu. Lepas tu disebelahnya ada cendawan goreng. Satu lagi pasal nak sesuatu yang berkuah atau bersup, Cik TK buat sayur campak-campak saja. Mungkin ramai yang buat lauk macam ini, tapi saja Cik TK nak kongsikan mana tahu dapat memberi manfaat kepada sesiapa.


Nak buat menu ini pun senang sahaja. Bahan juga ikut suka hati. Untuk kali ini Cik TK potong saja kubis, lobak merah dan juga brokoli. Kuantiti ikut suka. Nak guna sayur lain pun boleh. Ikut selera masing-masing. Hiris juga bawang merah dan daun sup. Cik TK guna seketul bawang putih, ketuk je dia. Nak hiris atau cincang pun suka hati. Bahan lain, ikut suka. Cik TK guna bebola daging dan udang. Potong-potong.


Kemudian tumis bawang merah dan putih hingga bawang merah tu layu. Selepas itu masukkan sayur-sayur dan air. Apabila sudah menggelegak, masukkan isi-isi lain seperti bebola daging dan udang tadi. Daun sup tadi pun jangan lupa! Perasakan dengan garam dan lada sulah atau lada hitam. Nak tambah sos ikan pun boleh. Biarkan masak lama sikit pun boleh, sebab kadang lobak dan brokoli ni lambat masak. Okay siap! Sedia dihidang.


Catat Ulasan

30 Ulasan

  1. Menu campak campak ni lah yang sedap. Sayur campur macam ni ratah pun sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya benarrr!! Last sekali boleh ratah jaa!!

      Padam
  2. Campak-campak pun sedap! Kalau sup tambah cendawan perghhh sedapnyaaaa

    BalasPadam
  3. Sedap ni walau campak-campak!

    BalasPadam
  4. kalau nak lagi sihat, tak perlu tumis bawang tu Cik TK. Reneh saja dalam air panas. saya selalu buat gitu sebab saya sangat malas. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh diamalkan ni, kurangkan penggunaan minyak!

      Padam
  5. biasanya yg campak2 ni la extra sedap! hihik

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. Hehhee kan kak syaz! Sedap sampai bertambah!

      Padam
  7. Sedapnya.. campak campak ni biasa sedap .

    BalasPadam
  8. campak-campak bukan sembarangan ni..jadi lauk mantap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bole try main campak2 lauk lain pula lepas ni. Hehehe

      Padam
  9. Main campak-campak takpe jangan sampai tercampak ke. Haha

    BalasPadam
  10. Sayur campak2 asal ada tetap jadi pilihan. Yum!!!

    Kes mak tang asyik kena makan sawi je. Haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lauk campak2 ni best! Paling senang!

      Jarang Cik TK layan sawi, sebab kurang kena dengan selera

      Padam
  11. campak-campak ni senang kan, ikut suka kita nak campak apa

    BalasPadam
  12. sy suka makan yg simple2 je mcm selera kg. biarpun mudah namun menyelerakan!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadangkala simple is the best! Lauk kampung banyak juga yang simple dan sedap!!

      Padam
  13. yg campak2 tu laa yg akn abis dulu��

    BalasPadam
  14. campak2 pun satu menu yg sedap tau..serius! heheee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe mesti kak shida pun dah biasa main campak-campak kannnn.... hehhehehe

      Padam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!