Advertisement

SELAMAT DATANG BULAN OGOS! DAN AKTIVITI HARI INI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Apa khabar semua? Pejam celik pejam celik kita sudah pun masuk bulan Ogos. Sekejap je rasa dah masuk bulan ke-8 untuk tahun 2021 ni. Bulan Ogos adalah bulan kemerdekaan negara kita, jadi saja Cik TK main-main di Canva dan jadilah hasilnya seperti di atas. Walaupun dah lama Cik TK ada Canva dalam fon ni, Cik TK agak jarang pakai sebab jarang juga men-design apa-apa. Autodesk pun ada, Cik TK baru download untuk Cik TK main conteng saja-saja.

Untuk permulaan Ogos hari ini, Cik TK nak mulakan dengan menonton 'buah hati' Cik TK. Mungkin ada yang perasan siapa yang Cik TK maksudkan. Ada juga beberapa kali Cik TK mentioned pasal dia diblog Cik TK ni. Boleh tahu lebih lanjut mengenainya di sini. Jadi nak tonton apa hari ni sebenarnya? Cik TK nak tonton filem yang baru sahaja di-release di Netflix pada 30/7 yang lalu tapi tak sempat lagi nak tonton iaitu 'Rurouni Kenshin: The Beginning'. Peminat anime Samurai X sudah pasti akan menonton movie kelima Rurouni Kenshin ini.


Habis tonton ini sekejap lagi, mungkin nak start baca novel 'Sonogram' hasil tulisan Syafiq Aizat. Berapa minggu dah beli, masih tak buka lagi tu. Entah kenapa kebelakangan ini kalau beli buku, selepas beberapa minggu baru baca. Jangan ditiru perangai ini ya korang! Eh lupa pula! Balik ke tajuk asal mengenai Ogos kita, harapan untuk bulan Ogos ini moga bulan ini menjadi lebih baik dari bulan-bulan sebelumnya. 

"Dear August,
please be a good month
and bring smiles and happiness
to my family and friends."

Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. Kejap je da masuk bln 8 kann. 🤩

    BalasPadam
  2. salam bulan kemerdekaaan cik TK :)

    BalasPadam
  3. Bulan kelapan. Semoga semua bertambah baik ke depannya. Aamiin.

    BalasPadam
  4. Hello August. Semoga baik baik je di bulan August ni. Selamat menonton dan membaca Cik TK.

    BalasPadam
  5. Hi Ogos! Jangan lupa bulan ini ada 31 hari.

    BalasPadam
  6. Tahun paling cepat masa dan tak buat apa2. huhu tahu2 dah bulan 8. Semoga ada berita gembira

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha kannn tiberrr dah bulan 8. Cepat gila masa berlalu

      Padam
  7. semoga bulan Ogos baik-baik sahaja. sementara ada Olimpik ni, jarang dah layan Netflix. Take care and stay safe!

    BalasPadam
  8. Selamat datang bulan kemerdekaan.

    BalasPadam
  9. ada nampak movie ni dekat netflix tapi tak datang lagi mood untuk tengok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik TK memang layan siri ni. So wajib utk Cik TK layan. Heheheeeee

      Padam
  10. Salam bulan kemerdekaan Cik TK..
    ada movie kena tonton lah nmpak gayanya kan..
    Selamat Menonton cik TK :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks kak shida! Salam bulan kemerdekaan juga!

      Padam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!