Advertisement

MENCUBA WASHI TAPE HOLDER

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Korang pernah dengar tak pasal washi tape? Washi tape ini adalah tape jepun yang digunakan untuk menghias macam-macam. Bukan hanya untuk buku, malah ada banyak lagi kegunaan lain. Korang boleh google kegunaan washi tape ni. Atau kalau Cik TK rajin (kalau rajin la) nanti Cik TK up satu entri mengenai washi tape.

Cik TK ni suka tengok stiker dan washi tape, maka Cik TK ada satu kotak parcel kecil comel yang Cik TK guna balik sebagai tempat simpan stiker dan washi tape. Orang akan bertanya, nak buat apa dengan semua tu? Kalau nak Cik TK jawab, Cik TK pun tak pasti. Sebab sampai masanya nanti akan digunakan juga. Contohnya seperti di dalam jurnal/planner, buku nota, casing fon dan sebagainya. Siap ada beberapa yang dah habis pun. Hehe...

Baru-baru ini Cik TK terasa macam dah penuh je kotak ini dengan stiker dan washi tape. Biasanya kalau beli pun, bukan beli banyak. Beli sikit-sikit lepas tu terkumpul jadi banyak macam ni. Jadi Cik TK beli washi tape holder ni, saja nak cuba adakah ianya boleh membantu menjimatkan ruang dalam kotak comel ini. Maka jadilah seperti dalam gambar di bawah ini.


PROSES PEMINDAHAN WASHI TAPE


Gambar di bawah ini adalah gambar asal keadaan dalam kotak. Dah agak penuh juga. Supposed boleh saja Cik TK cari organizer ke apa untuk susun semua ni, tapi Cik TK nak cuba elak dulu. Sebab macam sayang pula nak tukar bekas lain. Maka Cik TK beli washi tape holder tu. Harganya pun murah sahaja, hanya beberapa sen.


Kemudian Cik TK pindahkan washi tape tu dari roll-nya ke washi tape holder ini. Sambil slow-slow gulung-gulung sambil layan animasi filem "Care Bears" di Youtube. Dah kenapa tiba-tiba layan Care Bears? Entah la, Cik TK sebelum ini save for view later, entah berapa lama ada dalam tu, maka Cik TK pun decide nak layan. Menarik juga sebab ada nilai-nilai yang baik dan positif yang disampaikan.



Selepas dah habis gulung-gulung rupanya tak muat pula nak letak pindah semua. Tapi boleh nampak ada perubahan pada ruangan dalam kotak ini. Ada extra space untuk susun tambah barang lain masuk sini.

Nota: Hari keesokannya selepas susun washi tape ni, tiba-tiba datang washi tape lain. Yang mana Cik TK order ni seminggu lepas dan Cik TK lupa. 1 set ada 7 tape pula tu. Dan ada lagi 3 yang Cik TK tak ambil gambar. Hahahahaha! Ok jap, Cik TK susun. Muat semua. Lepas ni dah, stop intai washi tape ke apa dekat shopee ya!


Haha bertambah-tambah isi dia. Hasrat tak nak ada banyak-banyak pun! 😅



Catat Ulasan

26 Ulasan

  1. rajin cik TK mengumpul washi tape. comel sangat :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Actually bukan sengaja kumpul.. tapi terkumpul.. Kadang2 tergoda pula dengan corak dia. huhuuu

      Padam
  2. cer cita apa kegunaan lain washi tape tu? macam menarik je nengoknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam2 juga sebenarnya. Boleh jadi pelbagai corak dalam buku, penanda buku, jadi tag, penanda kepunyaan barang, hiasan kad ucapan, dan sebagainya.

      Padam
  3. Balasan
    1. Rasanya akan datang mesti akan bertambah lagi koleksinya tu. 😅

      Padam
  4. Sama!! Saya suka kumpul washi tape jugak..haha..sebab banyak design kan, tengok pun dah gembira..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe cantik berwarna warni pelbagai corak kan...

      Padam
  5. Balasan
    1. ada banyak jenis corak lagi di pasaran kak syaz.. Cik TK suka corak vintage dan grid

      Padam
  6. Wah, awak satu geng la dengan akak.. Akak pun kumpul jugak washi tape nie, untuk bullet journal akak..

    BalasPadam
  7. Warna-warni la washi tape dia. Kalau buh kat journal... Cantiknya.

    BalasPadam
  8. best plak tgk washi tape comel2..
    nk beli kang xtau nk guna kat mana.. haha..
    risau tkot ank je main nt.. kehkeh

    BalasPadam
  9. Bagus. Banyak kegunaan tape macam ni.

    BalasPadam
  10. Boleh geng blogger Farrah MF. Biasa orang simpan washi tape ni untuk kraf. Berseni rupanya cik TK

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik TK tak pandai seni.. Cik TK guna untuk kegunaan biasa sahaja

      Padam
  11. Sebelum kahwin dulu memang suka sangat dengan washi tape ni letak dalam planner. Sekarang tak sempat dah..

    BalasPadam
  12. Banyak betul koleksi washi tape Cik TK. Saya pun terbeli satu pek haritu. Lepas tu tak tahu nak buat apa. Beli sebab suka dengan corak tu.

    BalasPadam
  13. Biasa mcm tu la fiza..CIk TK...beli sebab suka bkn nk pkai sgt pun hehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha kannn... Cik TK pun kadang tak tau nak guna untuk apa. Nanti sampai masa akan digunakan juga

      Padam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!