Advertisement

TERIMA KASIH BLOGGER JURNAL SHIKIN RAZALI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? Terasa lama Cik TK tidak memunculkan diri di sini. Masa tidak mengizinkan untuk Cik TK berada di sini. Sesungguhnya kadangkala terasa masa 24 jam sehari ini tidak mencukupi untuk membuat pelbagai perkara. Apapun, apabila berkesempatan akan Cik TK update entri (rupanya sudah agak lama juga ya sejak entri terakhir, itu pun scheduled sebenarnya) dan melawat teratak sahabat-sahabat sekalian ya.


Berbalik kepada tujuan entri kali ini. Kisah akhir bulan lepas sebenarnya. Baru nak update sekarang. Haiyaaa.. Maaf tak menyempat nak update entri. Alkisah parcel ini kelakar juga sebenarnya. Parcel ini sampai terletak di atas pagar rumah jiran sebelah sebenarnya. Mungkin sudah satu atau dua jam terletak di sana (sebab ada dengar bunyi motor singgah sekejap) dan mungkin tiada juga orang di rumah. Terdetik untuk suruh adik pergi tengok, sebab ada atas pagar nanti terjatuh ke mana-mana pula.

Sekali, adik ambil bawa masuk. Untuk Cik TK rupanya. Lepas tu macam.. Eh tak ada order barang pun. Sekali tengok nama pengirim. Oh dari kak Shikin rupanya. Sempena Top Commentator untuk bulan Ogos hari tu. Alhamdulillah ada 2 unit organizer (terus pasang boleh guna untuk simpan barang) dan 2 unit mask. Terima kasih ya kak Shikin!! InsyaAllah akan digunakan sebaiknya!



Bagi mereka yang masih lagi belum mengenali blogger Shikin Razali boleh la singgah terus ke blognya. Tekan saja laju-laju banner di bawah ini.




Catat Ulasan

21 Ulasan

  1. Alhamdulillah, terima kasih kepada awak jugak kerana selalu drop down komen kat jurnal akak, dan terima kasih untuk entri nie...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama kak shikin.. thanks sekali lagi...

      Padam
  2. tahniah...seronok dapat hadiah kann...

    BalasPadam
  3. nasib baik adk bwk masuk.. hehe..

    alhamdulillah.. rezeki dpt adiah.. =)
    tahniah!

    BalasPadam
  4. Bestnya dapt bekas organizer tu...boleh buat macam,-macam tu

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!