Advertisement

AKTIVITI HUJUNG MINGGU: BERMAIN BERSAMA CASING PHONE

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar? Tiba lagi hujung minggu. Selamat hujung minggu kepada semua yang sedang membaca entri ini. Hujung minggu kali ini, Cik TK buat design untuk casing telefon. Saja buat custom macam ini sebab casing fon ni kosong sahaja maka kita pun designkan dia dengan apa-apa supaya tak nampak kosong. Sebelum ini pun pernah juga Cik TK buat, guna pensil warna. Korang boleh la rujuk di entri ini.

Cik TK lupa nak ambil gambar step by step sebenarnya sebab buat ini pun spontan saja. Tiba-tiba ditengah-tengah malam, dikala mereka yang lain dah tidur adanya seketul Cik TK ditengah rumah bersama kertas dan magic pen colour bertemankan seorang adik lelaki Cik TK yang tengah layan filem apa entah di tv. Adik Cik TK pun pelik apa la kakak dia tengah buat ni...

Inilah hasilnya. Dua-dua ini untuk handphone Cik TK. Satu untuk kerja dan satu untuk personal.
Yang personal ni (yang kecil) pun fon lama dah 4 tahun pakai. Moga masih boleh bertahan lama ya!

Cara Cik TK buat ini mudah saja. Cik TK rasa korang yang baca ini boleh ikut kot.
  1. Bentangkan plastik, conteng-conteng sesuka hati dengan magic pen colour. Warna apa itu sesuka hati. Cik TK pakai merah, biru dan purple. Memang hentam saja conteng-conteng.
  2. Kemudian, spray contengan magic pen tadi dengan air. Nanti contengan itu akan jadi basah-basah.
  3. Tekapkan kertas kosong pada contengan basah pada plastik tadi dan tekan-tekan bagi rata warnanya. Kemudian angkat kertas itu dan biarkan kering.
  4. Setelah kering, ikut suka nak lukis apa-apa pada permukaan kertas berwarna tadi. Cik TK ni tak ada bakat melukis, maka Cik TK guna clear stamp saja. Cik TK pernah cerita pasal clear stamp ini sebelum ini di entri ini.
  5. Setelah selesai, potong kertas ikut saiz casing fon. Cik TK ukur pada casing kosong dan potong guna gunting biasa sahaja. 

Selepas selesai Cik TK punya casing ini, keesokannya bila adik perempuan Cik TK pula tengok, dia kata dia pun nak juga. Nak tema Jepun katanya. Maka terhasillah design seperti dibawah! Cik TK terlebih spray air, maka adalah kesan macam bekas-bekas air ni, tapi tak apa, ianya masih unik! Dan untuk melengkapkan tema Jepun ini, Cik TK guna clear stamp saja, corak perempuan berkimono dan berpayung dan juga bunga sakura. 

Untuk warna latar ini Cik TK guna magic pen warna merah dan hijau.


Catat Ulasan

14 Ulasan

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!