Advertisement

RESEPI: PAK CHOY MASAK SOS TIRAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Berikutan selepas mencuba dua menu brokoli seperti dalam entri yang lalu, kali ini ini Cik TK mencuba sesuatu yang sama tapi tukar menggunakan sayur pak choy. Suka betul Cik TK ni masak guna pak choy ya? Haha sayur ini sedap dimasak apa pun, sebab itu selalu guna sayur ini! Untuk kali ini, Cik TK tak makan bersama nasi putih, tapi sebagai sayur untuk dimakan bersama nasi ayam! Ala-ala macam The Chicken Rice Shop pula! Korang layan dulu gambar nasi ayam ini, resepi pak choy masak sos tiram ini ada di bawah sekali ya!

Hehe masak nasi ayam lagi!

Kita kasi zoom dekat sikit...

Kami biasa kalau masak nasi ayam, ayamnya buat ayam goreng tepung.
Favourite semua warga isi rumah.

Sup, kicap dan sambal semua buat sendiri juga!
Resepi main campak-campak saja!


RESEPI PAK CHOY MASAK SOS TIRAM


Okay berbalik kepada tujuan asal entri ini, jom Cik TK kongsikan resepinya. Caranya mudah sahaja tapi mudah-mudah itu pun rupa hidangan ini jadi tak seperti yang Cik TK harapkan. Tapi, tak apalah, sebab nanti bila makan perut tanya sedap ke tak, kenyang ke tak je kan? Perut tak tanya cantik ke tak hidangan tadi (Sedapkan hati sendiri, sedangkan hidang kat ahli keluarga ni). 😂


Bahan-bahan:
  • Pak choy
  • Bawang putih - cincang
  • Sos tiram
  • Sedikit air
  • Sedikit minyak
  • Garam jika perlu

Cara-caranya:
  • Panaskan air dan tegakkan pak choy untuk masukkan (tenggelamkan) batang pak choy ke dalam air panas untuk bagi masak batangnya sekejap. Batangnya sahaja ya (Supaya masa masak nanti tak perlu masak lama), daun tak perlu. Kemudian keluarkan, tos dan ketepikan.
  • Tumis sedikit minyak dengan bawang putih cincang. Bila bawang putih agak garing, masukkan sedikit air dan sos tiram. Dan masukkan juga pak choy tadi.
  • Gaul-gaul, kalau perlu tambah garam sikit. Setelah masak terus angkat dan sedia dihidang.

Cik TK buat terlebih air ni, tapi tak apa, makan sahajalah! 😅


Catat Ulasan

27 Ulasan

  1. pak choy tu masak apa pun sedap bagi akak... terliur pulak nengok nasi ayam tu... lama tak masak sendiri nasi ayam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh terus masak nasi ayam lepas ni kak dana.. nyummy!!!

      Padam
  2. sedapnya..betul Pak Choy ni paling senang, masak apa pun boleh

    BalasPadam
  3. Lahh senang jee resepinya. hahah ahritu ada pak choy search esepi lain mcm complecated lah. terus maleh buat. sudahnya jadi sup sayur je kiki

    BalasPadam
  4. biasa yg campak2 la sedap cik TK :)
    tq share resepi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2 kak shida! hehe kannn campak2 je semuanya!

      Padam
  5. Adudu sedapnya menu.. mudah aje resepi pak choy ni

    BalasPadam
  6. Akak Pak Choy tumis biasa2 kadang letak gak sos tiram hihihi

    BalasPadam
  7. Sedapnya sayur pak choy masak sos tiram. Rare nasi ayam jenis ayam goreng ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kannnn.. biasa ayamnya stim atau roasted gituuu

      Padam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. rumah ammi tetiap minggu kalau boleh mmg nak sayur ni. faveret yg sulung dan yg no. 3

    BTW, nanti follow blog baru ammi ye (https://nestumsusu.blogspot.com/)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe sayur ni sedap, boleh masak macam2...

      Baik..nanti cik tk singgah!!

      Padam
  10. Faveret hakak ni Cik TK…. Tak pe campak campak pun, janji kenyang dan sedap dan tak berlama lamaan di dapur

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!