Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Enoki goreng datang lagiii!!! (Cuba bayangkan bunyi Tora datang lagi!! Budak 90-an mesti tahu bunyinya. Hehe~) Lauk malam tadi Cik TK buat enoki goreng lagi tapi kali ini Cik TK tak guna telur seperti resepi yang Cik TK share sebelum ini. Yepp, sebelum ini pernah Cik TK share resepi enoki goreng tepung ini, boleh rujuk link di bawah ini.
Sebelum ini Cik TK celupkan dulu enoki ini pada telur sebelum disalut pada tepung serbaguna. Tapi kali ini entah kenapa Cik TK buat cara lain. Tak apa, yang penting hasilnya menjadi! Korang hanya perlukan 3 bahan utama sahaja iaitu cendawan enoki, tepung serbaguna dan air.
Inilah hasilnya, dah nak habis baru teringat nak ambil gambar! |
Cara membuatnya juga pun mudah sahaja.
- Bancuh tepung serbaguna dengan air, kuantiti agak-agak sahaja, tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
- Kemudian, enoki yang dipotong panjang (hiris melintang pada bahagian bawah yang hampir dengan akarnya, akar jangan lupa buang ya!) dicelup pada bancuhan tepung tadi.
- Goreng dengan minyak panas. Setelah kuning keemasan, angkat dan toskan. Sedia dihidang.
Celupkan enoki dalam tepung yang dibancuh |
Sesi menggoreng. Cik TK goreng satu persatu supaya cantik 'rambut'nya mengembang. |
18 Ulasan
okey..ada idea dah..nak buat gak macam ni...tapi buat tomyam pun sedap kan? hahahaha
BalasPadamsedap juga. Enoki ni biasa Cik TK masak letak dalam sup
PadamWah..senang.. kalu akak nie memang ratah jea..
BalasPadambest jadi kudapan!
PadamSedapnya!
BalasPadamBoleh ratah sahaja.
Boleh dbuat kudapan juga.
betul tu kak amie!!!
PadamWah sedap ni Cik TK. Pernah nampak orang buat tapi tak pernah lagi cuba buat. Susah gak nak mencari cendawan enoki ni. Pasaraya besar adalah kan.
BalasPadamaah kat pasaraya ada, bahagian sayur cendawan tu
Padamfebret ni! baru beli cendawan enoki.. nt blh buat.. hehe
BalasPadamwahh good luck!!!
Padamlama dah tak beli cendawan enoki ni..
BalasPadamnanti bila2 boleh layan enoki pula
PadamTepung serbaguna ada kat dapur ..esok nak cari cendawan enoki laa
BalasPadamwahh selamat mencuba!!
PadamSekarang kalau pegi beli barang dapur. Enoki memang wajib beli. Mak saya beli kadang2 5 hingga 6 pacak yang packaging ekcik tu haha goreng dengan tepung ebstari. Fuhhh ratah sedap. makan dengan nasi pun sedap
BalasPadamkannn memang sedap! sama juga bila shopping barang dapur selalu beli enoki!
PadamSedapnya.. makan cicah sos
BalasPadamHehe sedaaappp!!!
PadamJangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!