Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua? Sekali lagi hari Isnin datang. Moga tidak Monday blues ya! Moga hari kalian semua adalah hari yang bertuah, tenang dan ceria! Hari ini Cik TK nak cerita sesuatu yang mana semua ini berlaku pada minggu yang lalu.
Random 1: Dhia
Dhia ni anak buah Cik TK. Baby perempuan yang comel, umur tak sampai 5 bulan lagi. Pipi dia ni agak gebu, orang kata pipi pau sampai rasa nak gigit-gigit je pipi dia tu. Sangat jarang Cik TK mentioned pasal budak comel ni dekat sini kan?
Minggu lepas dia datang rumah. Tiap kali dia datang macam-macam kepandaian baru yang dia tunjukkan. Sekarang dah boleh meniarap, tapi yang kelakarnya bila dah meniarap belum boleh nak berpusing (ke bergolek?) untuk menelentang balik. Yang dia buat masa meniarap, dia bergerak pusing ke kiri dan ke kanan 360°. Memang comel.
Cepat je masa berlalu. Tak lama lagi nanti pejam celik pejam celik akan merangkak pula, lepas tu duduk, belajar makan, berdiri, berjalan, berlari, memanjat dan sebagainya!
Inilah dia budaknya. Nama dia Dhia, tengah meniarap ni. |
Random 2: Casing
Sebelum ini fon ini punya casing retak dan patah. Jadinya Cik TK beli casing lembut kosong baru, dapat harga murah di Shopee. Kemudian memang hajatnya nak pakai macam itu saja mulanya. Tapi lepas beberapa hari, ianya terasa kosong.
Maka Cik TK recycle balik i-ring dari casing lama, gamkan ke casing baru ini. Kemudian, Cik TK tampalkan sticker panda ini. Cik TK juga warnakan kertas A4 jadi seperti dibawah ini (guna pensil warna dan air) dan potong ikut bentuk dan saiz yang sepatutnya. Kemudian ditampal dari dalam casing berkenaan. Akhirnya jadilah bentuk seperti dibawah ini. Tahu tak cantik, tapi sila jangan kecam ya! 😅
Nota: Rasa-rasanya orang boleh terus cam Cik TK bila nampak Cik TK guna fon ni dekat luar kan?
Inilah hasilnya! Actually nak buat doodle, tapi bila test lukis jadi apa entah. 😅 |
Random 3: Birthday
Sambutan kali ini seronok sebab ada anak buah sekali. Hehe... Habis pipi dia Cik TK kerjakan. Haha! Adik-adik Cik TK ada beri hadiah. Tudung bawal. Terasa lama sungguh tak pakai jenis bawal ni. Yang dapat ni, serius memang senang nak bentuk! Mudah nak pakai. Chanella dari Fareha. Satu lagi dapat purse! Hehe, dua-dua warna hitam! My favourite colour! Thanks adik-adikku! Ada satu lagi sebenarnya. Montaj video. Dari seorang sahabat. Tapi segan nak letak di sini.. Hehe..
Ini tudung yang Cik TK dapat. Lepas tu Cik TK terus rasmikan dan selfie. Tapi segan nak up gambar selfie di sini. Hehe... |
Purse yang Cik TK dapat. Boleh pakai lepas ni. Hehee |
17 Ulasan
Happy belated birthday CIk TK!! review org bawal fareha tu best pakai.. kakmim pun ada beli tp x sampai lg.. nk juga test... hihihi
BalasPadamThanks Kakmim!! Hehe memang senang nak bentuk kakmim. Tak ada kembung2 yang bikin stress. Haha
PadamX sabar ni nk try fareha
Padamalahaiii Dhia tu nanti cepat ja membesar.. huhuhuh pastu dah mula susah nak dukung dia..
BalasPadamand disebabkan Cik TK yg DIY casing tu ! surely org boleh cam hehe
and Happy Belated BIRTHDAY!!
Haha kan.. cepat je dia membesar. Lama2 berat dah nak dukung.
PadamHaha kannn....
Hehe.. Thanks Atie!!! 😆
Kira bekas telefon unik khas si empunya telefon bimbit.
BalasPadamSeronok dapat hadiah kan.
Hehe bila terasa bosan kang macam2 benda buat. Adik Cik TK pun nak ikut buat, dia punya casing dia nak lukis gambar character dalam naruto.
PadamHehe alhamdulillah...
happy birthday..cantik purse..
BalasPadamTerima kasih!!! 😆😆😆
PadamAlhamdulillah. Moga usia yang direzekikan sentiasa dimanfaatkan sebaik-baiknya.
BalasPadamTerima kasih PC!
PadamHb belated birthday cik TK... amboi purse tu forever young yek
BalasPadamcantik tudung tu, casing hp tu memang comel..
akak aritu pun godeh casing dari kosong akak boh bunga kat belakang nya...
Thanks kak Dana!!! Haha jadi muda remaja sentiasa dengan forever young.. hehehhe..
PadamWah mesti comel kan letak bunga kat casing tuuu
Tudung chanella ni memang tengah pemes sekarang kan hehe
BalasPadamOh baru tahu chanella ni tengah femes.
PadamTahniah untuk semuanya cik TK..Alaa nk tgk wajah baby dhia ^_^
BalasPadamHehhe thanks kak shidaaa.. hehe mama dhia tak kasi letak gambar dhia kak. Huhuuu
PadamJangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!