Advertisement

TIBA-TIBA BUAT CUPCAKE, GUNA NORAINI'S CHOCOLATE MOIST CAKE INSTANT MIX

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar semua? Sebagaimana tajuk di atas, ya memang Cik TK tiba-tiba buat cupcake. Bukanlah jenis yang fancy letak frosting fancy di atasnya tu. Just yang biasa-biasa untuk kami serumah makan saja. Ini semua sebab tiba-tiba terasa nak makan kek. Kebetulan cake mix yang Cik TK beli sebelum ini dalam entri ini Cik TK belum ada peluang untuk cuba lagi. Dan kejadian ini berlaku minggu lepas sebenarnya. Tak ingat nak update di sini. Teringat bila skrol gambar-gambar di galeri telefon.


Bila buat cake pakai instant mix ini lebih memudahkan kerja sebenarnya. Biasanya Cik TK beli cake mix di kedai bahan bakeri, selalunya yang Red Velvet punya la. Lepas itu kebetulan hari itu masa pergi Ecoshop dua bulan lepas (Cik TK memang macam ini. Kadangkala beli, biar terperuk dulu baru pakai) ternampak ini dan saja nak try. Sebelum ini pun Cik TK ada buat entri mengenai produk Noraini's ini mengenai Korean Pancake.


Tanpa membuang masa, mari kita teruskan dengan pembuatan cupcake ini. Untuk percubaan kali pertama ini Cik TK terus menggunakan 2 paket adunan cake mix ini. Cik TK agak-agak perlukan 2 paket kerana pada masa itu Cik TK fikir 1 paket mungkin tidak cukup untuk kami berlapan. Proses pembikinannya pun senang sahaja, ikut sahaja arahan yang terdapat pada paket ini.


Arahan semua sudah ada di belakang paket ini, boleh terus ikut saja.
Bahan juga mudah didapati dan biasanya ada di rumah.

Sebab Cik TK guna 2 paket cake mix ini, maka semua bahan Cik TK darab dua.
Maksudnya kalau tertulis 1 biji telur, Cik TK guna 2 biji.
Begitu juga dengan bahan-bahan lain.


Sesi kacau kacau sampai sebati!

Masukkan air dan cake mix sikit demi sikit.
Cik TK juga masukkan chocolate flakes dan gaul gaul dalam ini tapi lupa nak ambil gambar.

Lepas siap tu masukkan dalam acuan.
Biasanya Cik TK masukkan dalam 3/4 dari ketinggian bekas tu. 
Dapat la dalam 11 cupcake ni. Tepat keputusan menggunakan 2 paket sekaligus.

Cik TK tak biasa sangat kukus kes, maka Cik TK bakar sahaja.
Suhu 160℃, 25 minit.

Tadaaa!!! 

Ok, sebenarnya lepas beberapa minit tu ada beberapa biji cupcake ini jadi mendap sedikit pula ditengahnya. Nasib baik bukan semua, hanya beberapa biji sahaja. Mungkin ada benda yang Cik TK salah buat. Kalau buat frosting ke letak topping ke tak nampak dah. Tapi dari segi rasa, sedap! Lepas ini boleh la buat lagi. Lepas ini Cik TK nak cuba buat kek lain pula. Mungkin yang berlava pula lepas ni? Heheee...


Catat Ulasan

24 Ulasan

  1. Waaa.. Menarik sekali kejadian cupcake ni.. Mesti enak sekali.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe sedap juga ni fairus, nanti boleh la minta isteri masakkan...

      Padam
  2. Balasan
    1. Hehe alhamdulillah menjadi walau dia jadi mendap

      Padam
  3. akak suka guna brand ni untuk buat donut... hehehe.. utk cupcake or cake x pernah try lg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ada yang untuk donut ya? Nanti boleh Cik TK survey yang lain pulak

      Padam
  4. Cantik elok cupcake nya cikTK! Ngap-ngap laju habis ni :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe betul, tapi kena ingat orang belakang juga ya! Hehe~

      Padam
  5. nak carilah tepung segera brand ini. senang nak buat kek :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang senang ada pre-mix, jadi mudah nak buat kek

      Padam
  6. Sedapnya Cik TK. Naniey dah beli tapi tak buat lagi. Tengah menyeru mood rajin datang ... Hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena ada sesiapa birthday dulu ni kot baru mood datang...

      Padam
  7. Senang,campur2 pastu bakar & siap!!😊💕

    BalasPadam
  8. menarik jugak pakai tepung mix tu... senang je bancuh dan tambah sikit je bahan lain

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak dana.. jadi senang dan memudahkan. macam2 jenama juga ada di pasaran.

      Padam
  9. wahhh mudah ni boleh lah kak ana try nanti :)

    BalasPadam
  10. Senang je buatnya kan. Tggu rajin or tak jaa 😆😆

    BalasPadam
  11. Senang buat cupcake guna ready instant mix. Menjadi tu naik dia walaupun ada yang mendap. Asalkan sedap dan menjadi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha yang penting rasa dia kan kak fiza...

      Padam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!