Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Apa khabar semua? Kebelakangan ini Cik TK entah kenapa agak sibuk dan kurang masa untuk berada di dunia maya ini. Disebabkan itu, Cik TK ni agak lambat sikit update entri. Hampir dua minggu yang lalu, sebelum adanya panic buying dan sebagainya Cik TK awal-awal lagi sudah keluar membeli barang. Kebetulan offday masa itu. Sempat la Cik TK singgah ke kedai EcoShop yang berhampiran dan membeli sedikit barang.
Sejak dua menjak ini juga, Cik TK ni suka layan video-video haul. Shopee haul la, EcoShop haul la dan macam-macam haul. Yang biasa Cik TK layan ialah video-video dari Yaya Nadia dan juga Aisha Mohd. Seronok dengar mereka membebel. Enjoy tau! Korang pun boleh la try layan video haul mereka. Jadi sekarang ini, saja la Cik TK nak tulis apa yang Cik TK beli hari tu. Nak taip lama dah, tapi tak tertaip. 😅 Jadi seperti biasa dan seperti dalam beberapa entri sebelum ini, Cik TK mempersembahkan... entri throwback lagi! Haha!
Okay pertama sekali seperti dalam gambar di atas adalah bahagian perkakasan dapur. Cik TK pergi berdua dengan mama Cik TK waktu ini. Maka kalau barang-barang keperluan dapur ni mama yang pilih. Antara yang dibeli ialah pemegang penutup periuk sebab salah satu penutup periuk dekat rumah dah pecah.
Selain itu, ada beli gunting dapur juga, spatula, mangkuk kecil, senduk, tapuweh dan juga silicone lid atau dalam bahasa melayunya penutup silikon, yang guna untuk mangkuk tu. Pasal silicone lid tu sebab dah lama nak cuba pakai. So nak simpan lauk ke sayur ke ayam perap ke apa dalam peti sejuk senang sikit kan? Tak perlu asyik nak cari tapuweh yang mana kadangkala bikin tension juga sebab selalu jumpa tapuweh tanpa penutup. Tak tahu la dia punya penutup suka berjalan ke mana. Mungkin korang pun ada pengalaman yang sama pasal penutup tapuweh ni?
Baiklah sekarang kita beralih ke barangan random. Cik TK beli besi penahan buku atau biasa orang panggil bookend. Sebabnya Cik TK ni ada tabiat suka 'susun' buku atas katil. Maka tidurlah Cik TK bersama buku-buku tu semua. Jadinya Cik TK guna bookend ni susun buku secara tegak di tepi katil.
Selain itu Cik TK beli Go Go Fever. Saja nak try, tapi belum ada peluang untuk cuba lagi. Penghalau semut pun ada. Kebelakangan ni banyak semut pula muncul di rumah. Bukan setakat dalam dan luar rumah. Malah dalam kereta pun ada. Maka Cik TK cuba antipest cube tu dalam kereta. Setakat ini okay la. Tak ada dah semut dalam kereta. Lagi Cik TK beli tisu basah dan satu mainan untuk Dhia (anak buah Cik TK). Okay part mainan ni kelakar. Mainan ni last sekali bukan Dhia je yang main. Semuanya ikut main sekali. Terutama maklong Dhia (Cik TK la tu). 😂
Sekarang kita pergi ke seksyen makanan pula. Kalau Cik TK ni, tak singgah bahagian makanan tak sah kan? Seperti mana yang korang boleh tengok dalam gambar di atas ini bahan makanannya yang biasa kita guna, seperti kicap masin, tepung pisang goreng, makaroni dan roti sosej. Tepung karaage dan korean pancake mix ini pula Cik TK pertama kali beli dan nanti Cik TK akan cerita kisah mengenainya lebih lanjut dalam entri akan datang.
Okay ini gambar terakhir. Juga makanan. Memang spesis yang suka ternak lemak ini akan beli dan cuba macam-macam. Semua yang dalam gambar di atas ini memang Cik TK tak pernah cuba lagi. Cik TK beli 2 jenis chocolate cake mix, uncang teh SariWangi, minuman Chococinno GoodDay, minuman coklat Beng-Beng, minuman kurma Energen dan biskut Kokomo. Antara semua ni biskut tu je yang dah Cik TK try yang lain belum lagi.. On the way. Memang biasanya beli buat stok, teringin baru buat/makan/minum. Begitulah seketul Cik TK. Tapi kadang-kadang pun tak sempat nak try, tengok-tengok dah habis. Kalau begitu, kiranya bermaksud ianya sedap kan kalau cepat habis?
24 Ulasan
Masuk Eco memang akan shopping habis-habisan. Macam-macam yang menarik ada. Akak kalau pergi Eco suka beli tisu dapur, pewangi bilik dan makanan :)
BalasPadamBetul tu kak farrah!! Banyak benda menarik ada kat sana. Kita kena explore ja
Padamlast masuk eco sebelum pkp..hehehe..rambang mata kalau masuk eco ni.
BalasPadamHehe samaaa.. last sebelum lockdown ni
PadamEco ni memang kedai berhantu. Tak pernah keluar dengan tangan kosong. Tapuweh hilang penutup tu biasa. Tapi kalau tupperware ori mau kena marah dengan mak
BalasPadamHaha betul!! Nasib baik la bukan tapuweh ori...
PadamEco kedai berhantu hehhe . saya kali pertama mask uishh banyak membelinya
BalasPadamHahha kannn.. rambang mataaa!
PadamKena kental iman, sebab selalu terbabas je. Rambang nafsu kalau kak PC ni.
BalasPadamHehe betul betul!
PadamMurah-murah juga barangan di Eco, tapi bila dah masuk, macam-macam dibeli. Akhirnya banyak juga duit keluar. Hihi
BalasPadamHehe betul.. walau 1 barang rm2.10, bila masuk sana takkan beli 1 barang je. Mesti jadi banyak punyaaa...
PadamBanyaknya cik tk borong..tp semalam pn kak shida pi kdai eco..nak beli 2 brg je amik2 smpai 15 barang jd nya..aduhai ����
BalasPadamTakkan ikut planning punya kak shida! Kedai ni berhantuuu..
PadamKedai berhantu ni...memang dari nak beli 1-2 barang keluar lebih 10 barang
BalasPadamSetuju 200%!!!
PadamTak pernah pergi lagi sejak PKP.
BalasPadamFaham faham
Padamsamalah kita..suka susun buku atas katil, senang..hihi..sambil baring2 capai buku..
BalasPadammmg ralit kalau masuk kedai Eco ni..tetiba mcm2 benda nak beli..sesekali buat haul..
Kan... Letak buku dan barang lain yang biasa guna atas katil ni sesungguhnya sangatlah memudahkan kita
PadamTapuweh? hehehehe
BalasPadamHahhaha aah tapuweh uncle. Penutup dia selalu melancong sini sanaaa.. huhuuu
PadamSelamat membeli. Nanti boleh review satu2 barang ni hehe
BalasPadamHehe kalau rajin Cik TK review.. hehe
PadamJangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!