Sabtu, 19 Jun 2021

RANDOM: IT'S ALL ABOUT FOOD, AGAIN.

Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Pejam celik pejam celik sudah tiba hujung minggu, hari di mana kita spend time, luangkan masa bersama dirumah. Setelah kita semua sibuk dengan pembelajaran dan bekerja secara online, hujung minggu ini adalah masa untuk kita 'bermain'. Apa la Cik TK mengarut dari tadi ni? Sebenarnya Cik TK tiada idea nak taip apa ni, tapi rasa nak menaip. Macam mana tu? Maka skrol gambar-gambar di galeri untuk dijadikan cerita. Lama juga rasanya Cik TK tak buat entri random ni kan? 


CORNFLAKES DAN CHOCOLATE FLAKES


Sepertimana tajuknya, dua-dua ini flakes. Bezanya corn (jagung) dan satu lagi tu coklat. Biasanya cornflakes ini dimakan ketika sarapan untuk memulakan hari. Juga boleh digunakan untuk pelbagai menu hidangan seperti cornflakes madu (kuih raya), cornflakes salted egg (untuk kudapan) dn sebagainya. Untuk kali ini Cik TK makan cornflakes ini bersama chocolate flakes dan susu sebagai sarapan. Nyummy!
Cornflakes dan chocolate flakes bersama susu.

FRENCH FRIES DAN SOS KEJU


Pada suatu petang, Cik TK tak makan tengah hari lagi. Bukan sebab diet, tapi memang tak lapar lagi masa itu. Dah petang sikit baru terasa lapar dan baru ke dapur mencari sesuatu untuk dimakan. Walaupun ada nasi, Cik TK tak rasa nak makan nasi pada masa itu. Buka peti sejuk, ternampak fries laju je pergi goreng. Lepas tu mengada pula tak nak makan dengan sos cili, pergi pula buat sos keju. Alang-alang dah menggoreng kentang ni, lebihkan saja untuk ramai-ramai makan. 
Tadaaa! Rasa macam makan sos keju ala-ala KFC pula.

SPAGETTI CARBONARA WITH MINCED CHICKEN


Kali pertama pula Cik TK letak ayam kisar dalam spagetti karbonara. Nice juga. Sebenarnya Cik TK asingkan ayam kisar ini untuk kegunaan lain. Nak masukkan sebagai inti popia sebenarnya. Kalau bukan untuk popia pun, nak masukkan dalam nasi goreng atau mi goreng. Tapi entah macam mana Cik TK guna untuk hidangan ini. Kalau untuk spagetti bolognese, letak daging kisar pula sangat sesuai (pada pendapat Cik TK la...).
Inilah rupanya. Ada ayam kisar, sosej dan shitake kegemaran Cik TK.

LAUK DINNER SIMPLE TAPI NYUMMY!!!


Kadang kala, lauk yang digunakan untuk dijamah bersama nasi tak perlu terlalu rumit untuk difikirkan. Beberapa hari lalu, untuk makan malam kami masak ikan goreng kunyit, telur mata kicap dan sayur campur. Macam ini sahaja pun sangat nikmat bersama nasi panas. Alhamdulillah... Nyummy!
Untuk membuat telur mata kicap ini  mudah sahaja. Tumis bawang dan cili, letak kicap. Cik TK campurkan kicap lemak masin dan kicap manis, kemudian siap tuang ke pinggan berisi telur mata.
Untuk membuat ikan ini pun senang sahaja. Kelar ikan, lumurkan sedikit garam, serbuk kunyit dan cuka. Biarkan seketika dan goreng.
Sayur campur ini pula Cik TK main sumbat apa yang Cik TK jumpa dalam peti sejuk. Ada lobak merah, kubis dan brokoli. Caranya tumis bawang merah dan cili, kemudian masukkan semua sayur dan air. Perasakan dengan garam dan lada sulah. 

MENGAMUK DENGAN TAUHU?


Seperti mana dalam gambar di bawah, kali ini makan lauk bukan dengan nasi putih, tapi dengan nasi kuning. Buat macam nasi ayam sebenarnya. Saja tukar selera asyik tengok nasi wana putih. Hehe... Layan pula dengan lauk gulai daging, telur mata dan tauhu goreng tepung. Tauhu tu watak utamanya. Sebab yang makan tauhu ni tak ramai. Secara tak sengaja Cik TK termasak ia menggunung seperti ini. Kalau tengok dari sisi, tinggi juga 'gunung' tu. Bukan masalah termasak banyak sebenarnya. Cuma terkejut ia terbanyak pula, dan ada yang tanya, "Mengamuk ke masak banyak ni?". Hehe tak sengaja. Tapi kalau ia terbanyak pun, maka lepas makan malam kalau tak habis boleh layan sambil tengok tv. Lalala~

Tauhu goreng tepung. Membuatnya mudah saja. Cik TK suka rendam tauhu yang telah dipotong dalam air garam. Kemudian paling senang salutkan dalam tepung serbaguna yang telah dibancuh air dan goreng.

12 ulasan:

  1. telur mata kicap tu ahhh..nikmat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kannnnn.. Kadang makan simple macam ini pun dah nikmat rasanya...

      Padam
  2. Semua sedap... lapar terus

    BalasPadam
  3. sedap sedap belaka cik TK :)
    yummiessss

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah semua enak lazat kak shida!

      Padam
  4. Dapnyaaaa lama tak makan cornflake

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama la.. Hari tu beli nak juga untuk lain, tapi lepas tu jadinya ke lain.. 😅

      Padam
  5. Cornflake tuu nampak sedapppp tuu. Kene buat jugak nty.hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe tambah coklat ja ni awak. try la nanti!

      Padam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!