Advertisement

POSTER SEBAGAI PEMBALUT BUKU?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dikala waktu duduk dirumah saja ini, ketika bosan entah macam mana Cik TK terkemas buku lama sekejap. Dan terjumpa buku yang berbalut poster. Jangan terkejut, ada je orang yang balut buku dengan poster. Ini sebenarnya buku masa zaman Cik TK masa zaman study dulu. Berkurun lepas sudah.

Dulu ni Cik TK ada habit yang mana bila tak nak orang tahu buku apa yang Cik TK baca, Cik TK pergi balut buku tu pakai poster yang Cik TK dapat dari majalah. Dulu masa zaman sekolah Cik TK ni suka baca majalah Kreko. Selain manga, dalam tu banyak la info pasal anime, manga, game dan info artis Jepun. Jadi kadang-kadang ada poster sekali dalam tu. Jadi mengimbau kenangan pula. Kalau tak silap ada 5 buku yang Cik TK balut macam ni. Ni jumpa 4, satu lagi tak jumpa pula.

Inilah 4 buku berkenaan.
Korang kenal tak dari anime mana keempat-empat poster ini? Yang paling atas dan yang paling bawah rasanya ramai yang cam kan? Hehe... Dulu, bila tengok macam ini teringat dulu orang pernah tanya, "baca apa tu?" dan Cik TK jawab "Komik.". 😅 Senang je jawapan kan? Sesungguhnya isi kandungan buku ini amatlah jauh dari realiti kulit barunya. Dalamnya semua BUKAN FIKSYEN. Boleh dikatakan semuanya bacaan ilmiah. Boleh percaya tak?

Ini pandangan dari tepi, tulang buku-buku ini.

Yang berkulitkan anime Death Note ini, dalamnya adalah buku 'Teach Yourself Japanese'. Buku belajar bahasa Jepun, yang mana Cik TK pun dah lupa kewujudan buku ini. 
Yang ini mesti ramai kenal kan? One Piece! Yang berbalut One Piece ini pula dalamnya adalah buku 'Learn Chinese Through English'. Pasal dulu masa study belajar bahasa Mandarin sebagai bahasa ketiga, Cik TK beli buku ni konon nak study lebih lanjut. Tapi lepas itu plan-nya kelaut pula. 😅

Yang ini pula tak ingat dari anime mana. Dalamnya adalah tajuk yang bakal mengundang kontroversi di kalangan kawan-kawan pada zaman masa Cik TK study tu, maka Cik TK pun pergi balut buku ini.
Dan ini pula sebenarnya buku pengajian am tingkatan 6. Ada masanya sebelum ini Cik TK jadikan rujukan walaupun selepas tamat sekolah. Watak dalam poster itu pun Cik TK tak ingat watak apa.

Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. Nampak menarik Pula bila guna poster..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... Nampak comel je bawak merata. Lagi kalau letak gambar yang kita suka, sambil cuci mata la jadinya...

      Padam
  2. Akak pun dulu buat perangai macam ni...suka balut buku ngan poster artis..hahaha..especially poster Ziana Zain...sampai kena perli kat sekolah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik TK faham perasaan tu. btw, hehe kita geng!!!

      Padam
  3. Teringat terus dengan kawan PC, suka macam ni, Lgi-lagi poster pelakon bollywood kegemaran dia. Fuh. Kalau PC suka juga tapi suka guna kelendar yang gambar pemandangan. Ada kan dulu jenis kalendar besar jenis kertasnya tebal gambar pemandangan dari merata negara..ha tu PC suka sangat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ooo ingat ingat... rasa macam dah lama juga tak nampak kalendar jenis macam tu...

      Padam
  4. tak pernah balut buku guna poster. nampak cantik juga macam ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. comel kan... Dulu pun ada juga kawan Cik TK buat macam ni. Terpengaruh dari dia mungkin...

      Padam
  5. Dulu biasa ambil kalender buat balut buku sekolah..ambil yang sebelah belakang, warna putih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah lagi senang pakai kalender kan... Lagi dia warna putih boleh juga klau nak main hias2

      Padam
  6. cantik dah macam buku anime pula kan , anak kak ana suka laa ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan.. sebab tu boleh kelentong orang kata ini komik/manga. Hehe

      Padam
  7. Cantik jugak tu . Teringat zaman sekolah dulu CCL pernah balut buku guna surat khabar . Nak lain dari kawan2 .hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah pakai surat khabar pun nice! macam ala-ala vintage juga

      Padam
  8. ha.a dulu k.shida pula..balut buku guna kad topup RM30 tu..dulu2 kad topup kan keras saiz mcm ic kita tu..tampal seluruh buku panjaang..lepas tu balut dgn plastik..mmg nmpak unik ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oo kad tuuu!!! nostalgia ni kak, dah lama tak jumpa kad tu. sekarang pun biasa jumpa yang kecik panjang tu je.

      Padam
  9. Nampak lagi cantiklah mcm tu , dulu ada juga comic sekrg taktau kat mana

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!