Advertisement

RESEPI: BAWAL EMAS KUKUS KUNYIT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini Cik TK nak share resepi lauk simple. Ikan bawal emas kukus kunyit. Enak dilayan bersama nasi hangat dan telur mata. Nyummy, terbayang terus. Sebenarnya, gambar bawal emas kukus dah lama terperap dalam draft. Sejak semasa perayaan Tahun Baru Cina lagi sebenarnya. Lupa nak settlekan entri ini dan publish. Jadinya, Cik TK baru nak update sekarang. Baiklah, tanpa melengahkan masa lagi, mari kita semak resepi bawal emas kukus kunyit ini.


Bahan-bahan:
  • Seekor Bawal Emas (nak guna ikan lain pun boleh) - kelar sedikit supaya bahagian dalamnya cepat masak
  • Sayur (optional) - Cik TK guna brokoli dan bunga kubis 
  • Perahan limau nipis
  • Hirisan cili padi
  • Daun kunyit
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Air


Cara membuatnya:
  • Mula-mula perap ikan sekejap bersama serbuk kunyit, perahan limau nipis dan garam.
  • Kemudian letakkan sedikit air pada pinggan (Cik TK kukus terus guna pinggan), letak sedikit garam dan sayur pilihan tadi. Gaul kejap dan kosongkan bahagian tengah untuk letak ikan.
  • Letakkan ikan dan susun balik sayur 
  • Potong dan konyotkan daun kunyit, letakkan pada ikan. Jangan lupa sepahkan hirisan cili padi.
  • Kukus sehingga masak.
  • Sedia dihidang.


Berkenaan cara kukus ini, Cik TK rasa setiap orang ada cara yang berbeza untuk mereka-mereka yang tidak menggunakan alat pengukus. Macam Cik TK, guna kuali biasa saja. Kemudian letak alas besi (entah apa nama), isi air dibawahnya. Macam mana pula cara kalian semua? Baik, sampai di sini dulu entri kali ini. Selamat mencuba!



Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. Sedapppnyaaaa Cik TK.
    Sabarrr lambat lagi nak buka ni hahahaha

    BalasPadam
  2. Menariknya resepi nih CikTK, boleh dicuba nanti nih

    BalasPadam
  3. Resepi baru ni.. selalu kakmim stim letak halia & sos tiram je

    BalasPadam
  4. Thank you cikTK..banyak resepi saya dah kumpul ni, mudah-mudahan adalah datang mood memasak ye nanti :P

    BalasPadam
  5. wahh, boleh try utk berbuka nnt ni. dah lama tak makan ikan bawal masak sendiri. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. sila la cuba.. mudah sebab letak letak terus kukus. sambil kukus boleh buat benda lain

      Padam
  6. nyummmm !!! lambat lagi nak berbuka ni huhuhu

    BalasPadam
  7. Uishh... terliur akak dibuatnya. Nasib baik dah nak dekat waktu berbuka 🤤

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe nyummy! boleh la kak fara cuba buat nanti

      Padam
  8. Sedapnyee 😊😊 Tq share resepinya cik TK 😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama kak shida! ada kesempatan nanti boleh la try kak

      Padam
  9. akak tak pernah beli lagi ikan bawal emas ni, tapi mak akak biasa masak ikan ni... nnti boleh cuba lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah... mesti macam2 mak kak dana masak kan.. masak apa paling best guna ikan ni kak?

      Padam
  10. Hidangan sihat dan berkhasiat!

    BalasPadam
  11. ehhhh ikan bawal.. dapnyaaaa ..boleh try resepi ni nt :)

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!