Assalamualaikum dan salam sejahtera!
Bertemu lagi kita dibulan baru, 1 Disember yang mana bermaksud ada sebulan sahaja lagi nak masuk tahun baru 2021! Macam mana dengan azam tahun ini? Adakah tercapai semuanya? Ke bawa semua azam-azam itu ke tahun depan sebab banyak tak boleh nak capai tahun ini kerana keadaan semasa?
Tak ada masalah, Cik TK tahu banyak rancangan yang tergendala kerana masalah pendemik ini. Marilah kita bawa segala azam dan perancangan ke tahun berikutnya dan laksanakan bila keadaan dah beransur pulih terutamanya rancangan melancong dan jalan-jalan ke sini sana. Tunggu keadaan reda dulu. Sementara ini, duduk saja diam-diam jaga diri dan keluarga, putuskan rantaian covid ini.
Bulan ini pun umur Cik TK akan bertambah 1 angka lagi. Umur? Tarikh? Biarlah rahsia. Tak penting pun... Sesungguhnya menjadi december babies ni time sekolah dulu memang sangat best sebab boleh perasan jadi yang paling muda dalam kelas. Dan perangai perasan muda ini dibawa sehingga sekarang walaupun dah tak muda sangat dah. Haha!
Kepada semua yang membaca entri ini, Cik TK doakan semoga semuanya dimurahkan rezeki dan may all your wishes comes true!
20 Ulasan
sekejap je dh bulan disember kan? mcm x puas lagi jer nk tulis 2020 dlm segala surat menyurat rasmi... happy birthday in advance cik TK!!!
BalasPadamTak terasa pun tahun ni kak mim.. huhuuuu.. tetiba je dah disember..
PadamThanks kakmim!!!
tahun ini terasa cepat sangat masa berlalu, tahun yang di lalui tanpa buat banyak benda.... bnyak duduk di rumah aje
BalasPadamBetul, banyak duk rumah.. semua plan lari.. tapi apakan daya, dengan keadaan sekarang ni.. huhuhuuu..
PadamAamiin. Moga baki hari ditahun 2020 ini tetap boleh diisi dengan sebanyaknya hal bermanfaat.
BalasPadamBetul.. marilah kita penuhi masa kita dengan benda yang berfaedah
PadamSame to you too!
BalasPadamto b honest im not appy wit tis 2020, too much tears in tis year n am tired!
BalasPadamhopefully 2021 will b a great year for me.
happiest december to u tho :)
Semoga segala cubaan dan dugaan awak dipermudahkan.. stay strong ya Litah.. moga awak sentiasa kuat, ceria dan gembira.
PadamHappiest december to you too!! =D
saya ada satu azam. tapi Allah belum tunaikan :)
BalasPadamsedang berusaha lagi :)
Semoga awak dapat apa yang awak hajatkan ya nikiysha.. moga dipermudah semua urusan...
PadamTak lama lagi kita sambut 2021!
BalasPadamYa kak Amie.. beberapa minggu je lagi nak tahun baru dah.
Padami just hope this year will end soonest possible bcs i hate 2020 huhu
BalasPadamjust few weeks more... bersabar ya...!
PadamHaha sama saja la kita ni kak Diana.. huhuhuuu
BalasPadamHappy birthday Cik TK walau Eza tak tahu berapa usianya atau tarikhnya. Semoga semua yang awak hajati tercapai dan sentiasa berbahagia di samping family tersayang ya. Jaga kesihatan masa musim pandemik ni ya!
BalasPadamThanks Eza!! Awak pun, jaga kesihatan ya!! Dan moga apa yang awak hajatkan tercapai!
PadamTak lama lagi nak masuk January 2021 dah. kejap betul masa berlalu kan. Tahun ni banyak rancangan tergendala. apapun semoga semuanya cepat kembali pulih. Aaminn
BalasPadambetul! moga cepat reda keadaan ini..
PadamJangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!