Advertisement

RESEPI: TERUNG SALUT TEPUNG SEBAGAI LAUK DAN KUDAPAN RANGUP

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Malam tadi Cik TK dan mama Cik TK buat benda yang kami saja nak cuba-cuba sebab tengah bosan. Haha macam selalu je bosan kebelakangan ini kan? Kalau bosan buat benda ke arah kebaikan tak apa. Jangan buat benda mengarut ya!

Jadinya semalam mama pergi hiris semua terung ini dan beritahu Cik TK, nak cuba buat goreng rangup tak? Cik TK pun layan, okay jom! Maka terhasillah menu seperti di bawah. Jadi satu lauk selain lauk telur mata dan asam pedas ikan tenggiri semalam.

Nak tahu cara membuatnya? Jom semak resepinya di bawahnya! (Kami buat ini try and error saja)

TERUNG SALUT TEPUNG
Jadilah satu lauk. Tapi kalau nak makan begitu saja pun boleh!


Terung Salut Tepung Rangup


Bahan-bahan:

  • Sebatang terung (hiris ikut suka hati, kami suka yang halus) - rendam sekejap dalam air berisi sedikit garam
  • Tepung bestari
  • Minyak secukupnya

Cara-caranya:

  • Terung yang telah dihiris direndam sekejap dalam air yang berisi sedikit garam.
  • Sambil itu panaskan minyak dalam kuali.
  • Dari sini kami cuba 2 cara (Hasilnya pada Cik TK, ianya akan menghasilkan rasa yang sama, cuba teksturnya akan jadi sedikit lain seperti dalam gambar yang disertakan):
    • Satu: Salut terus terung itu dengan tepung dan goreng.
    • Dua: Bancuh tepung dan salutkan terung dalam bancuhan tepung dan goreng.
  • Setelah selesai goreng, angkat dan toskan. Sedia dihidang.
HIRISAN TERUNG YANG DIRENDAM
Memang habit kami rendam sekejap terung atau tempe atau tauhu dalam air berisi sedikit garam.
TERUNG SALUT TEPUNG
Ini adalah hasilnya setelah digoreng. Yang bersalut tepung adalah di sebelah kanan dan yang bersalut bancuhan tepung adalah yang di sebelah kiri.


Selamat mencuba!!!



Catat Ulasan

38 Ulasan

  1. Biasa jugak tgk org buat terung gorwng tenpura tapi mcmni jarang nampak, tapi bg akak terung masak apa pun sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terung goreng tempura pun sedap!!! Betul2 terung masak jadi apa pun sedap kak dana!

      Padam
  2. x pernah terfikir nak buat macam tu.. boleh try nnti, macam mudah sangat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha memang senang pun. Makan dengan nasi letak sup pun sedap!

      Padam
  3. Nampak sedap nanti nak cuba buat.

    BalasPadam
  4. sedap tu..tkpernh try lg tp pernh mkn kt restaurant

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah.. versi restoran punya mesti sedap kannnn, tak pernah lagi try makan ni kat luar

      Padam
  5. nampak sedap..ada sekali tu nmpk kat Aeon, tempura terung & labu kuning..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Labu kuning pun ye? Boleh Cik TK try nanti kalau ada labu

      Padam
  6. aah rendam dengan garam dapat elakkan die tukar warna coklat kan..haishh kenapa semua blog yg bw cerita pasal resepi ni..tergugat ni..tapi senang je nak buat yea..nak cuba la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin itu tujuannya. Ada orang kata juga untuk sedapkan lagi rasa terung. Entah la. Cik TK dah biasa buat macam itu

      Hehe.. time PKPB ni semua dok pakat masak-masak share resepi ni.. hehehhe..

      Selamat mencuba!

      Padam
  7. this is my favorite tapi takleh nak makan terung sangat, sbb allergic enzyme :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allergic enzyme Cik TK kurang faham. Meaning ada banyak yang tak boleh dimakan ye? Macam seafood pun?

      Padam
  8. wah kreatifnya..CUya tak pernah terfikir..hahaha

    BalasPadam
  9. Sedapnya, biasa masuk terung dlm gulai..kali ni boleh try resepi celup tepung pula ye, tq sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasa terung Cik TK buat sambal berlada. Ni pun pertama kali try goreng macam ni

      Padam
  10. Sedap ni. tepung bestari tu memang best. Semua benda jadi sedap bila pakai tepung tu. Nanti boleh try. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha betul2! banyak kegunaan tepung bestari ni

      Padam
  11. Ala tempura. sedap ni salut tepung bestari.

    BalasPadam
  12. Lh macam dapat rasa macam mana rasa terung goreng padahal tengok gambar aje.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe ada kesempatan nanti cuba la buat..

      Padam
  13. Rangup ke,Sis..sebelum ni pernah buat..tpi jadi lembik..x rangup..ahaha, silap cara la tu mgkn..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mula-mula rangup.. bila dah lama-lama tu dia start lembik. Macam kami, lepas masak tu waktu makan habiskan saja terus. Tak simpan lama

      Padam
  14. sophea tak suka makan terung . tapi mcm nak try pula hehe . manatau kalau try terung goreng jadi sula ke kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohoooo silakan silakan... Try terung goreng tempura. Sedap juga!

      Padam
  15. Wahhh ena biasa masak sambal je. Tak pernah lagi goreng guna tepung bestari. Tepung ni favourite selalu goreng bayam brazil. Boleh cubalah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bayam brazil goreng tepung? Wah menarik.. boleh cik tk cuba nanti

      Padam
  16. Bagus juga idea resepi ni..terung plg ssh husben nk mkn tp kalau celup tepung mmg licin..lg2 kalaut salut dgn tepung grg ayam pastu salut lg dengan telur..bertambah sedapnya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau potong nipis2 kan kak shida, tak terasa sangat terung dia.. sesuai untuk orang yang susah makan terung mencuba.

      Hehe makanan apa pun, salut tepung goreng memang sedap kan... Ayam, udang.. sotong.. 😋

      Padam
  17. Uishhh ni feveret cheq nih! 😆👍🏻

    BalasPadam
  18. menarik ni, TK.
    nak copy paste.
    minta izin ye...

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!