Advertisement

MARI KITA BERBAIK SANGKA SELALU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bersangka baik atau Husnuzon ialah suatu perbuatan yang baik dan mulia dalam Islam. Ia memberi maksud kita mengganggap baik suatu perkara dan elak dari berprasangka buruk dan menuduh orang lain membuat keburukan atau perkara jahat (Suuzon), lebih-lebih lagi jika tiada bukti yang kukuh kerana ianya boleh membawa kepada fitnah. Seperti kata-kata Saidina Umar bin Al-Khattab r.a: 

“Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik.” 

berbaik sangka

Tetapi dalam kita berbaik sangka kita harus berpada-pada juga dan sentiasa berhati-hati supaya tidak mudah ditipu dan diambil kesempatan oleh mereka yang berniat jahat. Terdapat banyak kelebihan bersangka baik, antaranya: 
  • Melatih diri untuk sentiasa berfikiran baik terhadap orang lain.
  • Mengelakkan manusia dari bergaduh dan berpecah belah antara satu sama lain.
  • Mengelakkan dari rasa bersalah dan menyesal kerana menuduh tanpa bukti yang kukuh.
  • Mengeratkan silaturahim sesama manusia. Ini kerana apabila kita bersangka baik antara satu sama lain maka hubungan kita akan jadi lebih baik dan jauh dari sifat yang negatif seperti hasad dengki dan sebagainya.


Nota:
Kita haruslah sentiasa berbaik sangka kepada Allah dan semua urusan dan keadaan. Sesungguhnya semua yang berlaku kepada kita itu sudah ditentukan sejak azali dan kita seharusnya sentiasa mensyukuri nikmat yang dikurniakan dan bersabar dengan dugaan yang diberikan kepada kita. Allah tidak akan menurunkan ujian melebihi kemampuan kita dan semua yang berlaku itu sudah pasti ada hikmah disebaliknya.






Catat Ulasan

26 Ulasan

  1. Bersangka baik kepada Allah dan sesama insan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu PC. Sama-samalah kita perbaiki diri

      Padam
  2. bersangka baik perlu berpada2 juga..kdg2 takut org amik kesempatan kn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul juga tu. Walau bersangka baik, pengalaman mengajar kita supaya kita berhati-hati.

      Padam
  3. Betul. Berbaik sangka juga akan menjadikan diri kita lebih positif

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Dila. Berburuk sangka hanya menjadikan kita negatif. Sama-samalah kita perbaiki diri

      Padam
  4. abe kie cuba sentiasa bersangka baik kpd semua org...

    BalasPadam
  5. dulu akak jenis negatif tapi sejak dah tua ni akak banyak husnuzon, bersangka baik buat diri dan hati rasa lebih tenang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah bagusnya kak Dana.. mari kita sentiasa bersangka baik

      Padam
  6. Ada juga buruk sangka tapi dalam hati tidak dizahirkan pada orang lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang memang tak boleh elak NA. Terdetik juga di hati sesekali.

      Padam
  7. betul, sentiasa la bersangka baik, sebab positivity penting dalam hidup ni kan.. yg penting elak kan selisih paham antara manusia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jauhkan perkara negatif, dekatkan diri dengan perkara positif

      Padam
  8. Waalaikumussalam. In shaa Allah, berbaik sangka hidup sentiasa aman. Sentiasa berlapang dada dalam apa jua situasi.

    BalasPadam
  9. terima kasih atas post ni :) . I will try to do so :)

    BalasPadam
  10. Yaa, sepakat sangat akan hal ini... Kita harus terus berbaik sangka, husnuzhon, positive thinking.
    Kata ustadz, carikan 1001 alasan, untuk selalu husnuzhon

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul itu mas, kalau terkadang sukar, kita coba usaha!

      Padam
  11. Balasan
    1. Sama-sama kak shida.. sama-samalah kita perbaiki diri

      Padam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!