Advertisement

SIFAT SI PENCINTA KUCING

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini Cik TK ingin berkongsi tentang sifat-sifat mereka yang sukakan kucing. Eh, cintakan kucing! Cik TK tidak tergolong dalam kumpulan ini kerana jarang juga bermain dengan kucing. Satu, sebab kucing suka lari bila Cik TK datang dekat. Dua, tak mahu dia cakar!  (>︿<)


Disekeliling Cik TK ramai yang suka kucing dan bela kucing. Kadang boleh lihat dari cara mereka apabila mereka terjumpa kucing atau bersama kucing belaan mereka. Malah dari cara mereka sapa kucing. Ada yang jenis kucing suka datang dekat dengan dia. Golongan ini Cik TK panggil 'si-pemanggil-kucing'. Mana tidaknya, apabila dipanggil terus datang. Kadang hulurkan tangan ke arah kucing saja terus kucing itu datang. Siap ada yang bawa kawan.

Mereka juga tidak kisah untuk memberi makan kepada kucing yang bukan hanya dijaga mereka, malah yang bukan kepunyaan mereka sekalipun. Terutama untuk yang dibela mereka, mereka sanggup berbelanja lebih untuk keperluan kucing mereka seperti makanan, permainan, rumahnya, vaksin dan sebagainya kerana kucing juga dianggap sebagai kawan rapat dan keluarga mereka. 

Si pencinta kucing selalu ada kesan cakar atau calar pada tangan mereka. Ada ke kucing yang tak mencakar ye? Tiba-tiba Cik TK teringat, Cik TK jarang main dengan kucing. Ada satu kali tu, main dengan kucing. Kemudian dia cakar masa Cik TK belai-belai dia. Seram! 

Orang yang selalu bersama kucing ini juga selalu ada bulu kucing melekat pada bajunya. Tanda baru lepas bermain dengan kucing tu. Satu lagi, sudah pasti telefon mereka atau media sosial mereka dipenuhi dengan banyak gambar kucing!


Nota kaki: Cik TK tak pernah bela kucing, tapi pernah bela kura-kura. 🐢


Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. Ada satu lagi : Tak jijik dengan najis dan muntah kucing

    BalasPadam
  2. Zhi pencinta kucing, tapi tak boleh bela kucing di KL sebab stay di Condo. UNtuk keselamatan, kena letak semua kucing tu di kampung. Bila balik kL, ah rindunyaaa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ye kan, kadang ada sesetengah kawasan perumahan susah untuk bela kucing ye...

      Padam
  3. Buat masa ni BFF Sis, si Kenit bulu hehehehe

    BalasPadam
  4. Belum masuk dalam pencinta kucing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe Cik TK pun sama. Suka tengok meow, tapi tak reti main dengan mereka...

      Padam
  5. Akak memang kategori pencinta kucing. Tangan banyak parut kena cakar. Lepas tu sentiasa ada lint roll sebab nak buang bulu kucing yang melekat kat baju 😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. uii dah la sakit dia cakar. Walau dia gigit manja pun kadang sakit gak.

      Wah bagusnya.. jadi selalu ada lint roll dirumah dan bila bawa kucing ke mana-mana juga la ye?

      Padam
  6. Petang kelmarin cheq dicakaq oleh kucing jiran kat betis, lepas tu cheq marah2 kucing tu. Hari ni dia mai lagi, cheq buat tak layan 😂

    BalasPadam
  7. Saya juga ada memelihara dua ekor kucing yang kami namakan Musang dan Comot, Musang yang paling manja.

    BalasPadam
  8. i am not pecinta kucing juga sbb ikut mood klu nak main ke tak ngn kucing , yet ada sekor stray cat selalu dpt uma... then i nama kan dia juga and selalu bg dia makan .. hahah tapi klu dia tak dtg tak cari

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo faham, kira dia datang sekali sekala saja la ye. Sama macam kucing yang datang kat rumah Cik TK. Tak tahulah dari rumah jiran yang mana (sebab ada pakai colar dan loceng), tapi bila dia datang kalau dia datang dekat Cik TK main dengan dia. Kalau lari, dah.. bye bye je laaa

      Padam
  9. so far bab penuh cakaran belum lagi sebab masih mengamalkan tidak membuli kucing. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehee.. tak leh buli kucing.. tak baekkk.. hehe.. tapi Cik TK tak buli dia pun kena cakar.. huhuuu

      Padam
  10. menyapa dan memberi makanan tu shida kerap buat tp masalahnya...shida ni penakut kucing..lg2 kucing besar ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kucing besar kalau yang manja tak apa.. jangan yang garang.. seraammm...

      Padam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!