Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Okay, pertama sekali Cik TK nak maklumkan yang Cik TK pun dah lupa bila Cik TK buat ini sebenarnya. Entri ini terperam di dalam draft. Bila tengok-tengok balik, macam-macam ada dalam draft tu, cuma entah bila Cik TK nak taip dan publish. Upload saja gambar dan save. Apa punya perangai la ini. Korang jangan tiru perangai ini ya!
Kali ini Cik TK nak kongsikan mengenai percubaan Cik TK yang pertama kali menggunakan tepung ayam goreng ala Jepun keluaran Bon Chef. Ayam karaage. Nak Jepun lagi, kita boleh panggil menu ini 'tori karaage'. Tori ini bermaksud ayam dan karaage ini bermaksud deep fry. Kebiasaannnya ayam karaage ini diperap dan disalut tepung terlebih dahulu sebelum ianya digoreng.
Yang Cik TK buat ini seperti yang di atas ini rupanya. Layan dengan nasi hangat san sup sayur. Simple tapi sedap! Bungkusannya seperti dalam gambar di bawah ini, didatangkan dalam pek 100g. Dalam arahan di pek tertulis campurkan 100g tepung ini dengan 100ml air sejuk. Maksudnya sebungkus ni terus pakai semua. Cik TK bancuhkan dan celupkan dengan isi ayam yang Cik TK dah potong-potong. Kebetulan pada masa ini ayam lain dah habis. Tinggal isi ayam sahaja yang biasanya diasingkan untuk buat ayam halia dan sebagainya.
Dah koyakkan pek baru ingat nak ambil gambar. Nampak sangat dah tak sabar nak makan tu kan? |
Ada arahan cara penggunaan di belakang pek. |
Ini rupanya bila sedang diperap. Terasa macam Cik TK terletak lebih air pula, ke perasaan saja? |
Setelah ayam dicelup ke dalam bancuhan tepung, Cik TK biarkan ia dalam sejam macam tu sebelum panaskan minyak untuk sesi menggoreng. Kemudian, hasilnya jadilah seperti gambar dibawah. Rasanya? Sedap! Ok juga, boleh beli lagi nanti. Dan kalau nak tahu, bukan hanya untuk ayam ini sahaja Cik TK gunakan tepung ini. Pada masa itu terdapat lebihan bancuhan tepung yang mana Cik TK guna untuk malamnya, salutkan pada bendi. Sedap tu hasilnya! Pernah rasa bendi goreng? Boleh rujuk sini untuk cara membuatnya --> Resepi Bendi Goreng
Oh ya! Lupa nak beritahu, tepung ini ada 3 perisa sebenarnya. Yang Cik TK cuba ini rasa Sweet Chilli. Tapi tak pedas pun. Selamat untuk orang yang tak makan pedas juga (pendapat Cik TK la). Selain itu ada rasa original dan juga rasa belacan. Rasa belacan ini macam teringin juga Cik TK nak cuba tapi takut hidung gatal tapi menarik untuk dicuba. Tengoklah nanti macam mana.
38 Ulasan
Nampak sedap la cik TK
BalasPadamHehe sedap!!
Padamtak lebih air dah rasanya tu, cantik hasilnya
BalasPadamYeay!!!
PadamNampak menyelerakan..
BalasPadamSedap makan dengan nasi.
Padamnampak menarik dan sedapp..
BalasPadamDan mudah dibuat...
PadamWah mesti sedap pulak diperap sekejap sebelum digoreng.
BalasPadamKannnnn
PadamWahh nampak macam chicken tempura hehe mungkin bentuk potongan ayam tu. kalau tambah bread crums mesti dah jadi tempura hehe
BalasPadamBoleh try buat guna breadcrumb pulak lepas ni
Padamwahhh menarik-menarik nih... nanti nak cuba jugak
BalasPadamHehe sila sila kak dana
Padamdone follow
BalasPadamThanks sudi follow...
Padamwahhh.. nampak sedap dan menyelerakan...
BalasPadamDan mudah dibuat kak mia!
PadamFavourite anak-anak begini. :)
BalasPadamAnak-anak memang suka makan ayam...
PadamSalam, pasti sedap tori karaage, nampak pun menyelerakan, lama tak makan bendi goreng.
BalasPadamHehe boleh la cuba nanti tu
PadamSedap ni. Cicah dengan sos buat minum petang pun jadik.
BalasPadamHehe kan kak fiza.. ayam kecil2 boleh makan macam popcorn
Padambeli kt mana tepung tu?
BalasPadamKat ecoshop ni. Terjumpa sana saja nak try
PadamNampak sedap tu. Eh, makanan Jepun pun ada rasa belacan jugak.
BalasPadamBendi goreng, ok akak belum pernah makan/buat.
Hehe itu la yang Cik TK pun cam.. ehh ada flavor belacan? Maybe disesuaikan dengan flavor kita kot..
PadamNanti kak ujie boleh la cuba buat bendi goreng. Sedap!
Alaaaa...Cik TK ni...SA ni dah la senang terjebak..kat mana plak nak beli ni....adoiii...nampak sedap ayam tu ha...
BalasPadamBeli kat ecoshop tu kak SA. Hehe
PadamNampak temptingnya... boleh cuba beli tepung ni nanti.
BalasPadamBoleh la kak farrah try nanti
PadamAlamak..kak shida ade beli juga kat eco..blm cuba lg..xsabar nk buat nanti heheee
BalasPadamcepat-cepat cuba kak shidaaaa
PadamSedaplah nampak hasil gorengannya.
BalasPadamRasa belacan tu yang nak dicuba.
Next Cik TK pun nak cuba yang rasa belacan
PadamNampak sedap menyelerakan . Nk cuba la
BalasPadamSila silaaaaaa
PadamJangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!