Advertisement

NULL PETA, KUMAMIKO DAN HYOUKA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sejak hujung minggu yang lalu, Cik TK ada juga ber-marathoning anime. Tapi tak begitu kerap. Terputus-putus juga kerana ada benda-benda lain yang Cik TK buat.  Jadinya ini dipanggil marathon semput-semput. 😅

Dan hari ini baru Cik TK sempat nak update anime apa yang Cik TK tonton, sebab tadi baru habis tonton Kumamiko. Cik TK tengok anime ni tak pergi jauh. Pergi Muse Malaysia je. Sarikata Bahasa Malaysia pun ada. 

1. Null Peta

Episod: 12

Secara ringkas, anime komedi ini mengisahkan Null (adik) si adik genius yang tidak mahu kesekolah yang mencipta sebuah robot yang dinamakan Peta (nama kakaknya) sebagai pengganti kakaknya yang mati kerana kemalangan jalanraya. Kisah adik beradik ini memang kelakar tapi sebenarnya ada plot twist dipengakhirannya.



2. Kumamiko


Episod: 12

Machi seorang gadis Miko (gadis kuil) yang seumur hidupnya (14 tahun) tinggal di kawasan pergunungan luar bandar bersama Natsu si penjaga beruang yang boleh bercakap. Machi membuat keputusan untuk tinggal di bandar tapi tidak tahu apa-apa mengenai gaya hidup di bandar dan Natsu cuba untuk mempersiapkan Machi supaya boleh bersedia untuk tinggal di bandar.



3. Hyouka


Episod: 22

Oreki Houtarou merupakan seorang pelajar yang tidak berapa nak sertai aktiviti-aktiviti di sekolah kerana konsepnya yang suka 'jimat tenaga' tapi dia seorang pelajar yang tajam pemikirannya. Kerana permintaan kakaknya yang merupakan bekas pelajar sekolah itu, Oreki menyertai kelab sastera supaya kelab itu tidak dibubarkan kerana ketiadaan ahli. 

Akan tetapi, bukan hanya Oreki yang berada di dalam kelab itu. Terdapat juga Chitanda Eru, gadis yang rasa ingin tahunya tinggi. Satoshi, kawan baik Oreki yang aktif dalam kelab kraftangan dan juga salah seorang ahli jawatankuasa majlis pelajar beserta Mayaka yang merupakan pengawas perpustakaan dan ahli kelab anime juga menyertai mereka.

Maka di dalam kelab ini, bermulalah pengembaraan mereka berempat untuk menyelesaikan misteri antologi 'Hyouka' 45 tahun lalu yang mana ianya ada kaitan dengan pakcik Chitanda dan juga terdapat misteri lain yang berlaku disekolah mereka.



Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. nice sharing..
    sy kurang minat genre mcm ni..yg Hyouka tu tengok separuh jalan sbb bosan..mcm slow btl jalan cerita haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah Hyouka agak slow sikit, tapi bagi Cik TK masih okay sebab jalan cerita menarik

      Padam
  2. Halah..halah..halah..anime pula cik TK..ni kalau husben mmg minat habis tau! ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha encik husben minat, kak shida boleh join sekali tu! Heheee seronok gak layan anime ni! Lagi-lagi bila genre dan jalan cerita dia kena dengan selera kita

      Padam
  3. saya kurang tengok anime tapi once dah tengok bile rase cite tu best haaa..tengoklaa smpai x ingt dunia hehehehe..salam singgah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha Cik TK pun macam itu juga. Minat, tapi jarang-jarang layan. Sekali layan berterusan!

      Padam
  4. i still tgk fruit basket ni ! hahahaha season 2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waahh Cik TK tak layan lagi fruit basket season 2

      Padam
  5. Kalau layan anime ni mmg best sebab lukisan yg cantik dan job cite yg best. Lama dah mama x tgk anime

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!