Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Lama Cik TK tak pergi jogging. Beberapa bulan jugalah. Tapi walaupun tidak pergi berjogging, Cik TK masih kekalkan untuk melepasi had 8000 langkah sehari walaupun hanya tercapai semasa hari bekerja.
Baru-baru ini, Cik TK secara tiba-tiba terdatang (eh boleh pula ada 'ter' ya?) ke Lake Valley yang bertempat di Bandar Tun Hussein Onn (atau secara ringkasnya BTHO), Cheras dengan tujuan nak mencuci mata.
Tapi entah kenapa tiba-tiba terus memulakan langkah mengelilingi tasik. Lepas jugalah 2 round keliling tasik. Round pertama makan masa sikit sebab singgah sini sana menghayati pergerakan indah burung-burung, ikan-ikan dan kura-kura.
Rehat sebentar selepas 2 round |
Papan tanda notis dan amaran di Lake Valley. Sila patuhi peraturan yang telah ditetapkan ya! |
Sebelum ini Cik TK datang sini awal pagi untuk berjogging. Inilah kali pertama Cik TK datang pada waktu petang, dan ini juga kali pertama sejak selepas PKP. Di sini suasananya nyaman dan tenang sekali tidak kira waktu pagi atau petang.
Suasana di sini juga sesuai sebagai tempat untuk mencari ilham dan juga untuk menenangkan fikiran, jiwa dan perasaan. Lagi-lagi macam Cik TK ni jenis yang bila tengok alam ni (tidak kira flora dan fauna) boleh duduk diam lama-lama di sana.
Cik TK tak mahu bercerita banyak. Biarlah gambar-gambar di bawah yang menceritakan segala keindahan yang ada di Lake Valley ini.
Pelbagai spesis ikan di sini. Ramai pengunjung datang memberi makan kepada ikan. Terdapat merpati dan bangau juga di sini. |
Banyak juga kura-kura di sini. Tetapi satu ni saja yang datang dekat dengan Cik TK. Yang lain lari |
Taman permainan untuk kanak juga ada di sini. Ada pengunjung yang memberi makan kepada burung-burung. Sepanjang trek keliling tasik ini terdapat pondok dan bangku untuk berehat dan santai. |
Remark: Walau ke mana pun kalian semua pergi, jangan lupa kita masih berhadapan dengan virus Covid19. Maka jangan lupa sentiasa jaga diri. Pakai mask, sentiasa cuci tangan, guna hand sanitizer, jaga jarak dan sentiasa patuhi SOP yang telah ditetapkan ya! #KitaJagaKita
18 Ulasan
bestnye cik tk cantiknyaa , lah menyesal tak pergi masa intern dulu
BalasPadamOne day masa datang sini boleh la singgah.. hehe
PadamAmmi pun dah lama tak berjogging. Lepas raya haritu adalah sekali pastu krik krik je
BalasPadamHehe mungkin Cik TK pun bakal krik krik.. susah nak konsisten..
Padamadem banget yah! kalau nongkrong sore sambil bawa minum makanan gitu seru kayaknya
BalasPadamIya.. bagus banget suasana di sana!! Seru sekali ngeliat ikan-ikan sama kura-kura!!
Padamseronoknya dapat berjogging..shida geram lama dah ni nk berjogging..xde kesampaian..
BalasPadamHehe Cik TK pun jarang-jarang dapat jogging.. sekali dapat.. wahh rasa best!
Padamsgt sesuai utk warga kota melakukan riadah di tempat terbuka mcm ni....
BalasPadamKan abam kie.. suasana pun tenang dan damai kat sini..
Padambestnya tempat CikTK jogging! klu mcm ni.. atie pun nak g tiap hari.. its so nice!!
BalasPadamTempat ni tenang je.. sejuk mata memandang.. best
PadamSaya juga sudah lama tak ber-jogging. Sebab, di masa pandemi corona ini di rumah je. Eehheheee
BalasPadamHehe boleh juga olahraga cara lain mas di rumah walau suasananya nggak sama.
PadamBest dapat buat aktiviti keluarkan peluh ni. Tempat jogging pun cantik.
BalasPadamKaannnn
Padamcantiknya tempat tu..damai je ...
BalasPadamKannn
PadamJangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!