Advertisement

RESEPI: MAKARONI GORENG SOSEJ SIMPLE

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Di hari cuti hujung minggu ini, hari Sabtu yang ceria ini sudah pastinya ada pelbagai aktiviti yang kalian semua lakukan, betul tak? Ada yang keluar jalan-jalan bersama keluarga dan kawan-kawan dan ada yang berehat dirumah. Kepada yang bekerja pada hari ini (termasuk Cik TK), Happy Working ya!!! 

Hari ini Cik TK ingin kongsikan resepi yang sangat mudah iaitu Makaroni Goreng Sosej yang mudah untuk dibuat. Tak semestinya sosej, ikut kalian sebenarnya nak letak apa pun.


* Resepi ini untuk 6-8 orang

BAHAN-BAHANNYA:
Bahan A
  • Makaroni 1 paket - Ini nak tukar dengan pasta lain pun boleh seperti spiral ke, penne, shells ke ikut suka hati saja 
  • Air secukupnya
  • 1 sudu garam

Bahan B
  • 2 biji bawang besar  - hiris
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • 3 tangkai cili merah - hiris halus
  • Sosej (kuantiti ikut suka hati) - hiris (boleh juga tukar dengan apa-apa bahan lain yang kalian suka seperti udang, sotong, ayam, daging kisar, bebola ikan dan sebagainya)
  • Sayur - hiris/potong kecil (jenis sayur ikut selera kalian. Cik TK guna pak choy dan shiitake)
  • 1 sudu kicap pekat 
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu kicap manis
  • 2 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • 1 sudu serbuk lada hitam
  • Setengah kiub ayam
  • Minyak secukupnya



CARA-CARANYA:
Bahan A

  • Dalam satu periuk, didihkan air berisi garam. Pastikan air cukup banyak kerana makaroni memerlukan ruang sebab ia mengembang. 
  • Setelah air mendidih, masukkan makaroni dan biarkan sehingga masak. Kacau sekali sekala
  • Setelah makaroni masak, angkat dan tos.

Bahan B
  • Tumis bawang besar, bawang putih dan cili merah hingga layu
  • Kemudian masukkan sosej dan sayur.
  • Masukkan kicap pekat, sos tiram, kicap manis, garam, lada hitam dan kiub ayam. Cuba-cuba rasanya dan tambah apa-apa jika perlu
  • Masukkan telur. Biarkan sekejap baru kacau.
  • Masukkan makaroni yang telah ditos tadi dan gaul rata. Biarkan lama sedikit masaknya. Kalau terlalu kering boleh tambah sedikit air rebusan makaroni tadi.
  • Siap dan sedia dihidang!

Selamat mencuba!!!!



Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. sedap..makaroni grg..skali skala tukar selera dr mkn nasi kan..
    tq sharing recipe nya cik TK :)

    BalasPadam
  2. sedapppp! dlu sllu masak ni utk ank sedara..
    suka dorg mkn makaroni goreng.. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lagi bila guna pasta macam2 bentuk lagi diorang suka kan..

      Padam
  3. terliurrrr tgk aihh...

    jemput ke blog baca novel :)

    https://zieyaweasley.blogspot.com/search/label/novel

    BalasPadam
  4. nampak sedap! resepi simple, boleh cuba ni hehe

    BalasPadam
  5. Sedapnya macaroni goreng. Kadang jemu makan mee goreng, bihun goreng masak macaroni goreng tukar selera.

    BalasPadam
  6. makaroni memang sesuai untuk sarapan... simple tapi budak-budak selalunya suka

    BalasPadam
  7. Aduhh sedapnya ! nak cuba la nanti masak macaroni macam ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan silakan.. macaroni ni macam2 lagi boleh buat! Hehe selamat mencuba!!

      Padam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!