Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Seperti mana tajuk di atas, Cik TK ingin menyatakan di sini bahawa Cik TK rindu nak travel. Rindu nak pergi jalan-jalan. Akan tetapi, disebabkan keadaan semasa Cik TK masih tidak begitu yakin untuk pergi jauh walaupun kita dibenarkan merentas negeri.
Kenapa Cik TK tiba-tiba muncul dengan topik ini kali ini? Sebenarnya, semasa Cik TK skroll gambar-gambar sebelum ini Cik TK melihat dan mengimbas kembali memori dan kenangan semasa Cik TK pergi bercuti dan berjalan-jalan bersama kawan-kawan dan keluarga. Sebab itulah. Dan, Cik TK nak letakkan sedikit random picture yang mungkin sedikit lari tajuk seperti dihujung entri ini.
Jadinya sekarang ini sesekali Cik TK singgah di mana-mana kawasan yang berada berdekatan dengan lokasi rumah atau tempat kerja sebelum pulang. Oleh sebab itu, beberapa entri Cik TK sebelum ini (dan mungkin juga yang akan datang) berkisarkan jalan-jalan dan makan-makan di kawasan Kuala Lumpur, contohnya seperti di Pasar Seni dan juga seperti dalam entri mengenai Merchant's Lane dan Kwai Chai Hong, Nu Sentral dan juga di kopitiam Ali, Muthu & Ah Hock. Jadi jugalah macam Jalan-Jalan Cari Makan.
Di sekitar Kuala Lumpur juga ada banyak lokasi-lokasi yang boleh kita kunjungi untuk luangkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan. Seperti contoh adalah lawatan ke SkyBridge Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur, Taman Burung, Zoo Negara, pelbagai muzium dan pelbagai lagi lokasi menarik yang boleh kalian kunjungi.
Ini ialah pemandangan dari Pintasan Saloma (berdekatan LRT Kampung Baru). Kelihatan bangunan kembar tertinggi di dunia tersergam indah di situ. |
Ini keadaan dalam pintasan Saloma tersebut. Sebenarnya gambar ini diambil sebelum PKP lagi. Saja Cik TK nak buat throwback di sini. |
Semasa Cik TK ke KLCC baru-baru ini ada event Kempen Beli Barangan Malaysia 2020 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri kita iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu 18 Julai 2020 |
Bonus: Foto ini diambil semasa bercuti bersama sahabat-sahabat karib di Melaka awal tahun lalu di Melaka. Cik TK sedang menghayati pemandangan (masa ini feeling macam di luar negara sekejap walaupun bukan) semasa dalam perjalanan menuju ke Sand Dunes Melaka |
Remark: Walau ke mana pun kalian semua pergi, jangan lupa kita masih berhadapan dengan virus Covid19. Maka jangan lupa sentiasa jaga diri. Pakai mask, sentiasa cuci tangan, guna hand sanitizer, jaga jarak dan sentiasa patuhi SOP yang telah ditetapkan ya! #KitaJagaKita
8 Ulasan
Rindu juga nak bercuti. Kali terakhir bercuti rentas negeri masa anak 4 orang. Hihi.. Tunggu keadaan reda dan pulih, insyaAllah, nak bawa anak6 bercuti dan berliburan.
BalasPadamSemoga keadaan cepat reda dan pulih
Padamsamalah shida pun rindu nk jalan2..skg pun dah bz dgn keja..hope raya haji ni ade bkesempatan utk plan bjalan2..
BalasPadamSemoga raya haji ni shida berkesempatan untuk jalan-jalan dengan family
PadamCantiknya gambar Dari pintasan Saloma Tu MCM kat oversea
BalasPadamHehe nice kannn
PadamTeringin betul nak ke pintasan Saloma tu..
BalasPadamKalau pergi malam pun best.. pintasan saloma tu berlampu
PadamJangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!