Advertisement

TIBA-TIBA BELI BENANG KAIT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ingat lagi tak dalam entri sebelum ini Cik TK cerita pasal belajar benda baru iaitu mengait? Pada masa itu setelah pulang ke rumah Cik TK intai-intai benang dan jarum kait di Shopee. Setelah masukkan semua dalam cart Cik TK masih berfikir-fikir patut tak beli? Sebab tak pandai buat kan.

Akan tetapi sebab mama Cik TK pun kata nak cuba mengait kembali dan selepas beberapa hari berfikir, Cik TK pun proceed saja. Cik TK beli dari lovelyknithouse. Gebu-gebu benangnya. Jadi lepas ini Cik TK akan cuba mula belajar buat sesuatu yang senang-senang dulu, kemudian baru topi baby atau selimut. Ini semua gara-gara adik Cik TK yang minta, untuk anak buah Cik TK juga. 

Cepat juga sampai. Okay jom unboxing!
Ini lah yang Cik TK beli untuk saja belajar dan main try-try dulu.


P/S: Adakah projek ini akan berjaya? Kalian ada apa-apa tips untuk cepat belajar mengait ni?





Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Belajar mengait! Saya pun belum tahu cara mengait.
    Harap berjaya.

    BalasPadam
  2. wahhh..colourful benang dan jarum kait. comel.
    sy belajar crochet dgn mak sejak sekolah rendah. tapi dah lama tinggal, jadi kejung balik tangan bila nak mula mengait semula. Mungkin kena selalu buat supaya tangan lembut dan dapat jaga tension kaitan dengan baik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul jari boleh kejang bila lama tak buat atau guna benang halus

      Padam
  3. Waa bestnya m ngait tapi Tu la mama.x sempat nak buat.. buat face mask.extention.. comeyy

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih... Nanti ada kesempatan boleh la buat

      Padam
  4. shida sendiri pun x pndai ^_^ kena belajar juga nih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe boleh tambah ilmu ni.. Cik TK pun baru je belajar basic

      Padam
  5. selamat belajar mengait. semoga dpt menghasilkan rekaan2 yg cantik...

    BalasPadam
  6. Salam perkenalan.. done follow sini..
    Sha pernah juga belajar-belajar mengait ini satu masa dahululah.. hehehe..
    Selamat mengait ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kenal jugaaa.. thanks sudo follow.. thanks awak!!!

      Padam
  7. Practice makes perfect, x ada jln lain. Akak pun ada byk benang jenis. Selalu guna utk kait topi. Propjek terbengkalai pun byk jg. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuu kena praktis dan tengok banyak tutorial.. belajar dari sini dan sana. Cik TK tengah cuba buat topi baby. Harap berjaya

      Padam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!