Advertisement

MAKAN-MAKAN: MENJAMU SELERA DI ALI, MUTHU & AH HOCK

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ali, Muthu dan Ah Hock. Menarik nama kopitiam ini kan? Serupa dengan keunikan namanya, lokasi restoran ini terletak strategik di kawasan Pasar Seni, sangat dekat dengan MRT Pasar Seni, dalam 5 minit jalan kaki sahaja.

Suasana di restoran ini lebih kepada feeling old school macam tu. Dengan reka bentuk dinding konkrit lama, gambar-gambar lama tergantung di dinding, dan lagu-lagu yang berkumandang adalah lagu-lagu tempatan dan lagu lama yang mana ianya menimbulkan suasana tenang dan klasik. Sesuai untuk duduk makan, lepak-lepak/chill-chill bersama kawan-kawan, bahkan untuk meeting. 

Macam-macam jenis menu ada di sini. Antara menunya seperti nasi lemak, nasi goreng, pelbagai hidangan mee dan hidangan hainan ada di sini. Servisnya juga cepat. Jadi tidak perlu menunggu lama.

Ali, Muthu & Ah Hock
Senang je nak jumpa. Cari je bidai ni.
Menu Ali, Muthu & Ah Hock
Ini adalah senarai menu yang ada di sini.

Ali, Muthu & Ah Hock

Untuk order isi borang ini
Jemput makan semua!!! 

Cik TK order Nasi Ayam Hainan dan Iced Lemon Tea. Nasi ayamnya sedap, recommended. Kawan-kawan Cik TK makan Nasi Goreng Ali, Nasi Lemak ayam goreng dan Nasi Lemak Rendang Ayam. Tapi Cik TK lupa nak ambil gambar sebab masing-masing pun dah lapar dan terus makan. Lain kali boleh la Cik TK datang lagi untuk cuba menu lain.



Catat Ulasan

24 Ulasan

  1. Selalu terrcari-cari nasi ayam sedap. Hehe tapi jauh kalau semata-mata ke Pasar Seni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe kalau kebetulan ada sekitar sini boleh laaa

      Padam
  2. Wow! Betul-betul Malaysian ni!
    Teringin pula nak rasa menu gabungan 3 budaya ni.
    Tq for sharing ye. In shaa Allah, ada rezeki balik Malaya, akan try datang sini.

    BalasPadam
  3. Menarik kopitiam 3 kaum utama di Malaysia.
    Kalau dekat dengan rumah mesti saya pergi ke restoran ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Konsep namanya yang unik membuatkan timbulnya rasa ingin tahu kan?

      Padam
  4. Wah kopitiam muhibbah
    Selamat menjamu selera

    BalasPadam
  5. wah kopitiam satu malaysia gitu..hehe

    BalasPadam
  6. Sngat unik. Barulah satu Malaysia kan. Macam macam menu adaa

    BalasPadam
  7. comel nama restoran ni..1 Malaysia...hihi

    BalasPadam
  8. memang cun lah nama restoren nih, unik betul menggambarkan 1 malaysia

    BalasPadam
  9. waa restoran 1 Malaysia ni .. good job

    BalasPadam
  10. Dah lama tak jejak kaki kat Pasar Seni. Nanti boleh singgah kedai ini :)

    BalasPadam
  11. wahhhh ada kopitiam baru. kena cuba ni :)

    BalasPadam
  12. alaaa baru mggu lps sy ke area ni. kalau tau awal2 sy boleh sggh😆😊

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!