Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sekarang ini Cik TK selalu agak sibuk. Rasanya bukan Cik TK sahaja. Ramai yang begitu kan? Kadangkala kelam kabut untuk memasak (walaupun belum berkahwin, memasak itu perlu kan?) selepas balik dari kerja. Oleh itu, marilah Cik TK sekali lagi berkongsi resepi yang mudah dan cepat untuk disiapkan.
Resepi kali ini Cik TK guna apa sahaja yang Cik TK jumpa dalam peti sejuk.
SAYUR CAMPUR BERSAMA BEBOLA IKAN
Bahan-bahan (Kuantiti bahan sayur dan bebola ikut keperluan):
- 1 biji bawang besar - hiris
- 2 ulas bawang putih - cincang
- 3 tangkai cili padi - ketuk (nak lebih pedas tambah kuantiti cili, Cik TK juga tambah lada benggala sebab suka)
- Sayur ikut suka (Cik TK guna kubis - dihiris, cendawan shiitake - hiris, tomato ceri - dibelah dua)
- Bebola ikan dibelah dua
- Garam, air, minyak dan lada sulah secukupnya
- Sedikit sos ikan (optional)
Cara membuatnya:
- Tumis bawang hingga layu. Kemudian, masukkan bawang putih, cili padi, lada benggala, cendawan shiitake dan kubis.
- Setelah itu, tambahkan air ikut keperluan sebanyak mana kuah yang dimahukan, bebola ikan, sedikit sos ikan, garam dan lada sulah secukupnya.
- Setelah mendidih, masukkan tomato ceri.
- Siap dan sedia dihidang. Enak dimakan bersama nasi panas dan ikan goreng. Selamat mencuba!!!
12 Ulasan
Nampak sedap kejadiannya
BalasPadamSedap! Ni namanya stail campak2 apa je yang jumpa yang penting rasa okay. Hehe
Padamstyle gini pun sedap nih... simple tapi sedap
BalasPadambetul dan mudah disediakan
PadamSedap ni :)
BalasPadamhehe sedap!
Padamsedapnya cikTK :)
BalasPadamboleh la shida cuba buat nanti
PadamWaduhh sedap ni
BalasPadamNyummy
PadamSedap juga sesekali masak macam nie..
BalasPadamSedap dan mudah saja
PadamJangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!